Pages

Showing posts with label Transformasi Diriku. Show all posts
Showing posts with label Transformasi Diriku. Show all posts

Friday, 19 April 2013

Transformasi Diriku : "Alimnya kau!!"

Assalammualaikum W.B.T

Salam Jumaat yg penuh barakah. Moga kita semua diberi kenikmatan dan sentiasa dirahmati oleh-Nya selalu. Amin. 

Topik transformasi kali ni berkisar tentang dialog, "alimnya kau..!!" Hmm, setakat ni, belum pernah terjadi kat diri aku. Tak pernah lagi ada kawan-kawan yg ucapkan dialog macam tu kat aku. Tapi, secara amnya, dialog begini wujud di mana-mana, kan...? Siapa setuju angguk kepala 3 kali (>_<)

Bersarung kaki, bertudung labuh, bersarung lengan...semua tu sebenarnya bukanlah petanda kita ni alim. Alim tu kalau diikutkan makna sebenar ialah orang yg berilmu. Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud, "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." **golongan yg kelima ialah golongan yg bukan dari 4 golongan yg dinyatakan sebelumnya**

Tapi, secara peribadinya, aku setuju juga orang-orang begini digelar "alim". Sebab mereka memang berilmu. Sebab mereka berilmu la mereka faham konsep mengenakan sarung kaki, tudung labuh dan sarung lengan, demi menjaga aurat mereka mengikut kehendak syarak. 

Cuma budaya orang kita, asal nampak si tudung labuh, "alimnya minah tu!!" Alhamdulillah. Baguslah kalau dia alim kan. Kita...?? Tak nak jadi alim ke..?? Tak nak jadi orang yg berilmu...?? Well, tepuk dada tanya iman la ye. Kalau dulu aku sendiri pernah ucapkan ayat sebegitu, sekarang tidak lagi. Mungkin seiring dengan peningkatan usia, pemahaman terhadap sesuatu perkara tu semakin baik...in shaa Allah.


p/s : bila dah biasa bersarung kaki dan bersarung lengan, rasa pelik bila tak pakai (",)




~ Dylla Abas ~

Saturday, 2 March 2013

Transformasi Diriku - Teringin Nak Berjubah

Assalammualaikum W.B.T

Sejak akhir-akhir ni, aku suka sangat buka page yg jual jubah atau abaya. Dalam hati tu dah ada rasa teringin nak berjubah. Zaman sekarang ni, macam-macam jenis jubah ada di pasaran. Macam-macam design. Macam-macam kaler. Sumpah teringin nak pakai jubah!

Beberapa hari lepas, aku ke Butik First Lady di Jalan TAR tu. Niat asal nak mencari baju kurung. Sekali bila  masuk ke bahagian jubah, terus bertukar niat tu. Satu-persatu jubah kat situ aku belek. Semuanya cantik-cantik belaka. Lagipun, harga yg ditawarkan di butik tu memang berpatutan dan aku berani mengatakan yg harganya memang sangat murah berbanding dengan harga di butik lain. 

Bila dah tengok banyak sangat koleksi jubah kat situ, mula la nak jadi rambang mata kan. Akhirnya, aku beli juga sepsang jubah yg berharga RM45.00 dan berwarna putih! Semuanya putih. Corak sulam pada jubah tu pun kaler putih juga. Polos sangat rasanya. Tapi, masih belum pakai lagi. Tunggu hari Jumaat minggu depan la baru pakai ** motif nak pakai jubah hari Jumaat???? **

Apapun, mungkin seiring dengan peningkatan usia ni, aku pun dah mula slow dalam berfesyen. Walaupun masih suka nak mencuba pelbagai jenis baju, tapi macam dah ada reminder yg menyuruh aku STOP!! Cukuplah kot selama ni aku ber"huru-hara" dalam berpakaian. Pelan-pelan ubah penampilan agar lebih sesuai dengan diri yg semakin tua ni. Yg pasti, seiring dengan kehendak syarak. In shaa Allah.


p/s : tapi masih gile berfesyen dalam bertudung...huhu ^_^





~ Dylla Abas ~



Tuesday, 4 December 2012

Sunday, 16 September 2012

Transformasi Diriku - Bertudung Bukan Kerana Ikutan Budaya

Assalammualaikum W.B.T

Melihat terlalu banyak gaya dan fesyen bertudung hari ini, membuatkan aku terfikir - ikhlaskah kita bertudung kerana perintah Allah S.W.T...?? Kini, memang ramai yg berubah untuk berhijab. Dan perubahan yg positif ini amat baik dan bersesuaian dengan tuntutan agama. 

Setuju tak kalau aku cakap, ramai yg berhijab kerana terpengaruh dengan fesyen bertudung...? Jika ada yg sebegitu, maka cubalah perbaiki niat kita agar menjadi lebih ikhlas kerana Allah S.W.T. Berubahlah kerana Allah S.W.T, bukan kerana ikutan budaya. Bagi seorang wanita Islam, kita tiada pilihan di dalam menutup aurat kerana inilah kewajipan yg harus kita ikuti. Dan aku sendiri, mungkin agak terlewat untuk sedar, walaupun hakikatnya, inilah yg kita pelajari semenjak dari kecil lagi. 

Tiada istilah belum sampai seru atau belum dikurniakan hidayah, kerana hidayah itu perlu dicari, bukan dinanti.  Namun, tidak dinafikan perkembangan fesyen bertudung sekarang ini memberi kesan yg positif terhadap golongan wanita, terutamanya remaja. Ada pelbagai jenis gaya bertudung yg boleh kita peragakan. Untuk kelihatan cantik dan menarik di dalam berhijab tidak menjadi masalah, namun biarlah secara sederhana dan tidak melampau. Paling penting ikut landasan dan syarat yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Janganlah pula kita bertudung sempurna menutup dada, tetapi lengan baju terlalu singkat sehingga menampakkan lengan. Itu juga aurat yg perlu kita ambil kira. Aku sendiri kadang-kadang terbabas juga. Ada masanya bila tersedar yg aku dah nampakkan sebahagian daripada tangan aku ni, cepat-cepatlah buat sesuatu untuk menutupinya.

Hingga ke hari ini aku masih tidak putus-putus berdoa agar aku dikekalkan di landasan yg benar. Takut betul membayangkan jika hidayah yg dikurniakan ni ditarik balik. Moga-moga kita semua akan menjadi lebih sempurna di dalam menutup aurat seperti yg dikehendaki-Nya. Amin.
~ Dylla Abas ~




Friday, 20 July 2012

Transformasi Diriku - Bukan Nak Tunjuk Pandai

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Esok kita semua akan mula berpuasa. Pasti semuanya dah bersedia untuk memulakan puasa, kan? Alhamdulillah...bagus...bagus. Bagi yg ada cita-cita nak kuruskan badan, mungkin inilah masa yg sesuai untuk korang. Tapi, kena la kawal pemakanan masa berbuka puasa tu. Kalau berbuka makan untuk cover balik breakfast and lunch, memang takde makna la korang boleh turunkan berat badan. Apapun, yg penting niat berpuasa tu mestilah kerana Allah. Jangan kerana nak kurus pula ye >_<

Okay, topik kali ni takde kaitan dengan puasa pun sebenarnya. Tapi, dah terpanjang pula intro aku tentang puasa. Takpe. Abaikan. Aku nak cerita tentang transformasi diri - menegur yg lain selepas diri sendiri berubah. Apa pendapat korang...?

Pada aku, bagus sangat la tu. Bila kita dah mula berubah ke arah kebaikan, tentu dalam diri kita ada ilmu-ilmu baru yg kita pelajari, kan? Jadi, bila dah ada ilmu tu, jangan la kedekut sangat. Apa salahnya berkongsi dengan yg lain. Tambahan pula ilmu tu melibatkan agama Islam.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "sampaikan pesanku walau cuma satu ayat."

Nampak tak...? Walau satu ayat je tentang ilmu yg kita tahu, kita harus sampaikan. Inikan pula kalau kita tahu berayat-ayat. Jadi, jangan la kita hentam orang-orang yg nak berubah jadi baik ni bila mereka cuba menegur kita.

"Eleh...baru pakai tudung dah nak tunjuk alim!"

Tu salah satu contoh hentaman yg sangat femes la aku rasa. Sebab aku pun pernah kena masa mula-mula aku pakai tudung dulu. Alah bisa tegal biasa. Tak ambil hati pun. Bagi aku, orang yg bercakap macam tu, dia tak pakai akal. Dia cakap ikut hati. So, biarkan je. Harapannya, lama-lama nanti dia sedar la (",)

Sebenarnya, secara peribadi la, aku tak pernah rasa nak tunjuk pandai pun lepas melalui tempoh transformasi ni. Bila aku dah mula berubah, sedikit demi sedikit, banyak benda buruk yg aku dah tinggalkan. Jadi, bila aku nampak ada orang yg melakukan keburukan tu, salah ke aku menegur..? Perlu ke sampai nak hentam macam tu..? Niat di hati tu cuma tak nak melihat orang lain melakukan perkara buruk seperti yg pernah aku lakukan dahulu. Salah ke...?

Ambil la yg positif. Jangan terlalu memikirkan tentang perkara yg dah berlalu. Past is past. Semua orang pernah buat silap. Kita bukan maksum seperti nabi-nabi kita. Jadi, jangan la cepat sangat menghukum orang-orang yg nak berubah ke arah kebaikan ni.

Sepatutnya kita dekatkan diri kita dengan dia. Beri sokongan agar dia terus kekal di landasan yg benar. Kerana orang-orang yg berubah ke arah kebaikan ni telah menemui hidayah Allah S.W.T yg mereka cari. Mencari hidayah itu bukan perkara mudah. Hanya dengan keyakinan yg tinggi terhadap Allah S.W.T saja yg boleh membantu kita menemuinya. Wallahu'alam.




SELAMAT BERPUASA SEMUA...!!!


Photobucket

Monday, 9 July 2012

Transformasi Diriku - Aku Taknak Mengalah

Assalammualaikum W.B.T

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. InsyaAllah dalam 11 atau 12 hari saja lagi. Persiapan menyambut bulan puasa..? Biasa je. Cuma bulan puasa kali ni aku merancang nak habiskan bacaan al-Quran yg sedang aku baca sekarang ni dan mulakan balik bacaan yg baru pada tanggal 17 Ramadhan nanti. Moga-moga usahaku dirahmati Allah S.W.T selalu ** kalau boleh nak renew bacaan al-Quran setiap kali menjelangnya 17 Ramadhan...insyaAllah **

Melihat keadaan diri sendiri, baik dari segi mental ataupun fizikal, memang jelas kelihatan yg aku sedang bergelut untuk terus kekal di landasan yg benar. Oh, bukan mudah rupanya nak menjadi hamba yg lebih baik. Macam-macam dugaan yg terpaksa ditempuhi. Dugaan yg tak sebesar mana pun. Cuma aku yg kadang-kadang tidak punya kekuatan untuk menempuhinya. Arghhh!!

Google

Tapi, aku taknak mengalah dan tak akan mengalah. Biar susah macam mana sekalipun, ini jalan yg seharusnya aku ikut. Ini jalan yg semua umat Islam patut lalui. Ya Allah, berilah kekuatan pada aku untuk menguatkan iman dalam diri ini.


p/s : sedih bila melihat ada orang yg taknak berubah kerana terlalu obses pada kesenangan hidup di dunia... na'uzubillah


Photobucket

Monday, 11 June 2012

Transformasi Diriku - Pesan Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum W.B.T

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau memandangnya, akan menggembirakanmu, apabila engkau perintah, dia taat dan apabila engkau tiada, dia akan menjaga hartamu dan kehormatan dirinya.

Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin. Allah S.W.T memuliakan wanita dengan cara melarang mereka mendedahkan aurat. Janji Allah S.W.T antaranya :

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan serta pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) agar mereka mengenangnya (dan bersykur)."

Semua orang akan dipanggil untuk menatap wajah Allah S.W.T Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi Dia sendiri akan datang untuk bertemu dengan wanita yg menjaga auratnya dengan istiqamah.

Ingatlah, Allah S.W.T melaknat wanita yg sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yg bukan mahram.





Wednesday, 30 May 2012

Transformasi Diriku - Dugaan Bila Berniat Ingin Ke Arah Kebaikan

Assalammualaikum W.B.T

Sudah 7 bulan proses hijrah berlaku dalam hidup aku. Sepanjang tempoh ini, banyak sungguh dugaan yg terpaksa ditempuhi. Tapi, sukacita aku maklumkan, dugaan itu tidaklah seberat mana pun. Sekadar kata-kata sinis yg aku umpamakan sebagai langau je (",)

Aku pernah terdengar, Allah S.W.T akan menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara. Semakin tinggi iman seseorang itu, semakin beratlah dugaannya. Jadi, kepada mereka **termasuk diri aku sendiri** yg ingin bertaubat dan berubah ke arah kebaikan, pasti tidak akan terlepas dari dugaan-Nya.

Kadang-kadang, aku melatah juga bila diduga. Walau sekecil mana pun dugaan tu, bila aku terpaksa hadapinya dalam keadaan yg kurang bersedia, memang tak fikir sabar dah. Teruk betul. Lemahnya iman dalam diri. Hmm...macam mana nak jadi lebih baik ni...?

Ya Allah, kuatkanlah imanku untuk terus menghadapi dugaan-Mu dan kekalkanlah aku di landasan yg benar. Janganlah Kau berpaling dariku setelah Kau memberi hidayah kepadaku. Amin.




Thursday, 29 March 2012

Transformasi Diriku - Ramai Dah Berubah

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Usiaku bertambah sehari lagi. Masih ada lagi peluang untuk menambahkan amal ibadah. Dan hampir 5 bulan aku berjaya mengekalkan hijab di kepala (",)

Semalam, teman serumah sempat membeli majalah Jelita. Belek punya belek, ada 1 isu yg mengupas topik transformasi diri. Mereka fokuskan golongan artis la. Alhamdulillah. Dah ramai artis yg memilih untuk menutup aurat, atau dalam erti kata yg lebih mudah - berhijab.

Moga-moga, kami ditetapkan iman untuk terus berada di landasan yg benar...amin.

Dah banyak artikel yg aku baca tentang hukum menutup aurat ni. Sebenarnya dari awal lagi kita semua telah didedahkan dengan pengetahuan begini. Cuma, aku je yg agak lambat untuk mengikutinya. Tak nak cakap pasal orang lain. Sebab aku yakin, ramai yg faham tentang hukum menutup aurat. Hati kita sendiri yg menentukan setiap tingkah-laku dan perbuatan. Jadi, tepuk dada tanyalah iman.

Apapun, aku bersyukur kerana ramai yg memilih untuk menjadi yg lebih baik. Bak kata Ustaz Azhar Idrus :

"Solatlah walaupun terpaksa. Tutuplah aurat walaupun terpaksa. Kerana setiap amal kita ini memang kadangkala memaksa kita untuk melakukannya. Lama-kelamaan ia akan jadi kebiasaan dan keikhlasan akan wujud kemudiannya. Hidayah itu perlu di cari, bukan ditunggu."

Wallahu'alam.

Friday, 6 January 2012

Transformasi Diriku - Semakin Takut Dengan Keasyikan Dunia

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke-6 untuk Tahun Baru Masihi. Bagaimanapun, bagi kita umat Islam, dah masuk hari yg ke-41 untuk Tahun Baru Hijrah (",)

Tak boleh nak elakkan diri dari bercerita tentang azam tahun baru. Seperti orang lain, aku pun ada azam tahun baru juga. Dan salah satu daripadanya aku dah laksanakan sebelum masuk Tahun Baru Hijrah lagi. Advance sikit..hehe. Alhamdulillah sebab aku diberi peluang untuk menunaikannya. Dan untuk azam-azam yg lain, aku akan usahakan yg terbaik untuk melaksanakannya.

Semalam aku beli satu buku tentang soal-jawab permasalahan semasa oleh Ustaz Azhar Idrus. Dah banyak kali aku dengar nama dia. Jadi, teringin juga rasanya nak baca buku tentang soal-jawab tu. Alhamdulillah. Aku dah baca separuh. Soalan yg berat tapi jawapan yg amat ringkas serta mudah difahami. Itulah kelebihan Ustaz Azhar Idrus ni aku rasa. Dia dapat merumuskan jawapan dengan ayat yg paling mudah. Dan jawapan itu memang memberi pemahaman yg sangat jelas.

Ada satu persoalan tentang hukum ber'couple'. Memang sudah jelas, 'couple' ni hukumnya haram. Apatah lagi bila pasangan tu duduk berdua-duaan. Hmm...macam-macam fitnah akan timbul dan macam-macam hal boleh jadi. Aku beristighfar panjang lepas baca jawapan Ustaz Azhar Idrus tu. Ya Allah, aku pernah menjadi sebahagian dari manusia-manusia yg ber'couple' ni. Jahilnya pengetahuan aku tentang hukumnya sehingga aku ambil mudah je.

Dan sekarang aku semakin takut dengan setiap keasyikan dunia ni. Banyak benda yg aku suka nak buat. Yg aku tak boleh nak mengawal nafsu untuk melakukannya. Contoh terbaik, bab ber'couple' ni la kan. Tapi benda yg aku suka tu, benda yg sangat tak digalakkan di dalam Islam. Ya Allah, bantulah aku agar aku boleh mengawal diriku ini. Amin.

Thursday, 22 December 2011

Transformasi Diriku - Bukan Sekadar Menutup Aurat

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama tak buat entri tentang transformasi diri aku ni. Cheh, macam la nak jadi para robot Transformer tu. Kecoh je nak cerita. Hehe..tak kisah la..itu je idea yg aku ada buat masa ni nak update blog.

Okay..berbalik kepada tajuk. Bukan sekadar menutup aurat. Aku fokuskan kepada diri aku sendiri setelah melalui zaman transformasi dan setelah melihat keadaan persekitaran. Bila melihat keadaan diri sendiri.. alhamdulillah, walaupun berseluar jenas, berskirt labuh, ber t-shirt, tapi aku akan pastikan yg pakaian aku tu tidak terlalu pendek atau singkat.

Sebelum berhijrah begini, aku memang selalu perhatikan gelagat orang ramai. Bila aku pandang sekeliling, terutamanya perempuan yg bertudung, aku selalu tertanya, kenapa mereka boleh bertudung tapi memakai baju yg berlengan sangat pendek..? Atau berbaju sangat ketat..? Atau berpakaian sangat singkat sehingga boleh menampakkan sebahagian dari kulit badan..? Takut aku melihat keadaan begini. Aku selalu berdoa, kalau la satu hari nanti aku bertudung ** alhamdulillah..dah tertunai pun doa aku (",) janganlah aku menjadi sebahagian dari orang-orang begini.

Maaf la, takde niat nak mengutuk apatah lagi nak menghina. Aku cuma rasa pelik. Selesa ke bertudung bila berpakaian begitu..? Hmm..tepuk dada tanya la iman. Kalau kita bertudung ikhlas kerana Allah S.W.T dan kerana memenuhi tuntutan-Nya, insyaAllah kita akan faham dengan lebih jelas tentang konsep berpakaian yg diwajibkan, terutamanya ke atas umat Islam la.

Aku sendiri pun belum sempurna lagi menutup aurat. Memang aku bertudung. Memang aku tidak memakai yg terlalu ketat, singkat dan sebagainya. Tapi, kadang-kadang aku suka juga sinsing lengan baju panjang yg aku pakai. Dan kadang-kadang aku pakai juga baju-baju yg berlengan 3/4 tu. Aku masih dalam proses untuk menyempurnakan aurat aku ni. InsyaAllah.

Tuesday, 29 November 2011

Transformasi Diriku - Hijrah

Alhamdulillah. Aku telah melepasi fasa Hijrah dalam hidup. Sempena tahun baru Islam yg ke-1433H ni, aku betul-betul rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk berhijrah. Berhijrah ke arah yg lebih baik, insyaAllah.

Malam terakhir 1432H yg lepas, aku berkesempatan untuk membaca doa Penutup akhir tahun dan diaminkan oleh mak, abang, kakak ipar aku serta anak buahku, Azeem. Bahagia rasanya dapat berdoa dan diaminkan oleh yg tersayang. Doa Pembuka awal tahun pula aku baca seorang diri, memandangkan yg lain sibuk bersujud menghadap Illahi.


Kalau ikutkan tahun Islam, usia aku sebenarnya dah masuk 30 tahun, dan perkiraan telah bermula untuk memasuki ke usia yg seterusnya. Hmm, 30 tahun dah aku hidup ye. 30 tahun Allah memberi aku berpeluang untuk bernafas dengan sangat baik di atas muka bumi ni. 30 tahun Allah beri peluang untuk aku menjadi hamba yg baik atau sebaliknya. DIA telah merancang segalanya untuk aku, hanya aku sendiri yg perlu menentukan hala tujuan hidup aku. Hanya aku sendiri yg perlu membuat keputusan untuk meletakkan diri aku di kategori yg macam mana.

Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, dengan berkat rahmat dan kasih sayang-Mu, aku masih terus mampu untuk berdiri dan berdikari. Cukuplah Engkau bagi diriku. Rahmatilah hidupku. Sesungguhnya, daripada-Mu aku datang dan kepada-Mu aku akan kembali jua.

Tuesday, 8 November 2011

Transformasi Diriku - Bertudung Kerana Tuntutan Agama Atau Sekadar Gaya



Assalammualaikum W.B.T

Selamat petang semua (",)

Pagi tadi memang takde isu nak diketengahkan. Jadi, hanya sempat update entri-entri ringan selain dari BW ke blog-blog yg menarik perhatian.

Melihat diri sendiri, jauh ke sudut hati, aku tertanya, aku bertudung ni kerana tuntutan agama atau sekadar nak bergaya..?? MasyaAllah, Dylla!!!!! Teruk betul aku terfikir macam tu. Niat asal aku melakukan penghijrahan ni memang kerana telah bersedia sepenuhnya untuk menjadi hamba yg lebih baik. Mahu mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tapi, kenapa itu yg terlintas di kepala otak aku ni..??


Ni semua gara-gara perasaan teruja melihat video-video klip tentang pemakaian tudung yg lebih elegan. Astaghfirullah. Dylla, change your mind, right now!

Jangan berubah kerana dunia Dylla. Berubahlah kerana Allah. Jangan teruja dengan hiasan dunia. Tapi, taksublah dengan Syurga yg menanti...insyaAllah.

Wednesday, 2 November 2011

Transformasi Diriku - Ish...match ke baju ni dengan tudung ni..??


Rasa nak gelak dulu baca tajuk entri ni sebelum aku sambung menulis...hehehe (",)

Okay. Back to the main point. Apa yg aku nak tekankan dalam entri ni bukan isu baru. Isu ni dah sangat-sangat sebati dalam diri para gadis dan wanita yg memakai tudung atau berhijab.

Dulu, masa aku masih lagi belum bertudung, aku selalu dengar adik perempuan, kakak ipar dan emak aku bertanya-tanya sesama mereka tentang padanan warna tudung dan baju yg mereka pakai. Adess...masa tu aku malas nak layan. Bagi aku, pakai jelah warna apa pun. Asalkan pakai.

Tapi, sekarang ni bila aku sendiri dah bertudung, baru aku tahu perasaan tu macam mana. Aku pula yg asyik bertanya, "eh...baju macam ni nak pakai dengan tudung apa ye..?" Kelakar pula rasanya melihat kerenah diri sendiri. Sebab tulah aku suka nak pergi Jalan TAR tu beli tudung banyak-banyak. Bila dah ada koleksi tudung yg banyak, boleh la aku match kan dengan baju-baju aku ni...hahaha

suka tudung plain je - senang!!

Friday, 28 October 2011

Transformasi Diriku - Gelagat Memilih Tudung

Disebabkan tempat kerja yg baru ni amat berdekatan dengan Jalan TAR, Jalan Masjid India dan SOGO, aku memang terpaksa men'kategori'kan diri sebagai 'Gila Shopping'.

Merancang untuk mencari tudung dan selendang baru, aku mengikut 2 orang teman sepejabat ke Jalan TAR, waktu makan tengahari sebentar tadi. Hari ni kan hari Jumaat, rehat 2 jam kot!! ** staff Mudajaya yg baca entri ni sila jangan jeles ye :p

Melihat kepada fizikal, mungkin ada yg mengatakan aku TAMAK..hehehe. Tapi, sesungguhnya, walaupun 3 beg plastik penuh berisi tudung dan selendang, namun harganya baru saja mencecah rm30 je. Tak mahal kan..?? Haaa, memang murah-murah tudung dan selendang kat situ. Tak nak promote lebih-lebih, sebab aku yakin ramai sangat yg dah tahu tentang perkara ni. Aku je yg baru nak ambil tahu (",)

Memandangkan ramai sangat orang kat kedai menjual tudung dan selendang tu, aku tak sempat langsung nak snap gambar. Seronok dan rasa terhibur tengok gelagat orang. Dan rasa kelakar melihat gelagat sendiri memilih selendang yg pelbagai jenis dan corak tu..haha

Alhamdulillah. Ada rezeki aku untuk menambah koleksi tudung dan selendang yg dah sedia ada. Lepas ni nak kena belajar pakai pula. Poyossss!!

Sopan berbaju kurung di hari Jumaat (",)





Thursday, 27 October 2011

Transformasi Diriku - Seminggu Sudah Berlalu

Alhamdulillah. Dah seminggu lebih aku berhijrah. Ternyata penghijrahan ini memberikan aku lebih ketenangan. Terasa diri lebih sempurna dengan aurat yg ditutup sebegini (",)

Masa mula-mula nak bertudung ni, aku beria-ia cari tudung. Pergi beli selendang barang sehelai dua. Mencuba pelbagai cara memakai tudung dan selendang. Menonton Youtube video-video Hana Tajima. Adesss...agak ketinggalan sikit aku rasa. Tapi, takpela...biar lambat asalkan aku buat.




Niat di hati tu memang la nak mencuba pelbagai gaya dan cara pemakaian tudung ni. Nampak menarik je. Selain dari menutup aurat, fesyen yg dikenakan juga nampak moden. Hmm, tapi berfesyen pun kena berjaga-jaga juga kan. Tak nak la jadi gila sangat nak berfesyen sampai jadi mengarut. Contohnya, pakai tudung tapi baju sesendat rasa. Ataupun, pakai tudung, tapi singkat sangat sampai nampak dada. buat masa ni, alhamdulillah...aku belum mengenakan fesyen-fesyen sebegitu. Tak tahu la lepas ni macam mana. Harap-harap aku tak melampau sangat dalam berfesyen muslimah ni.

Dulu, aku selalu menyuruh teman sepejabat mengenakan tudung dengan warna-warna yg lebih ceria berbanding hitam. Tapi, bila aku sendiri mengenakan tudung berwarna hitam, aku rasa warna ni nampak elegan. Chewahh!! Tapi, serius...aku lebih suka mengenakan tudung hitam ni berbanding tudung lain. Macam kena je dengan aku warna hitam ni kan (",)



Transformasi Diriku - Prolog

Assalammualaikum W.B.T

Setelah sekian lama merancang, sekian lama berperang dengan diri sendiri, sekian lama menantikan saat-saat untuk menjadi hamba yg lebih baik, hari ini akhirnya aku berjaya juga. Walaupun belum lagi menjadi hamba yg baik sepenuhnya, namun aku berjaya menguatkan iman aku untuk meninggalkan hiasan duniawi yg sementara ini. Alhamdulillah.

Aku tak nafikan, penghijrahan ini sedikit sebanyak akan mengubah cara hidup aku. Namun, aku bersyukur kerana diberi peluang oleh-Nya untuk berubah. Aku berpuas hati dengan keputusan yg aku buat ini. Inilah pengorbanan yg sepatutnya aku lakukan sejak dari dulu lagi.


Berita baik ini aku kongsikan dengan ibu tersayang, Bonda Rahimah Omar. Dia begitu gembira dengan keputusan aku untuk menutup aurat. Berkali-kali emak mengucapkan syukur ke hadrat Illahi dengan perubahanku ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku bersyukur, di atas rahmat dan kasih sayang-Mu terhadap hamba-Mu yg lemah lagi hina ini. Izinkan aku untuk terus hidup dengan mengikuti segala perintah-Mu dan meninggalkan segala larangan-Mu. InsyaAllah...