Pages

Showing posts with label Hati dan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Hati dan Perasaan. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

Bila Hati Dah Sayang


Tajuk tak boleh blah!
Suka sangat la nak bercakap pasal hati kan
Padahal kerja tengah menimbun ni Dylla oii..!!
 November ni ada konvokesyen yg ke-13 untuk Unirazak
Jadi, banyak benda yg nak kena settle
Tugas aku tak la sesusah mana pun
Exhibition & Sponsorship
Cuma...kadang-kadang merungut juga bila kena buat semua ni
Hey...tak baik la buat kerja merungut, Dylla!!

Okay...back to the topic
Bila hati dah sayang
Apa yg akan jadi...??
Huish...jangan ditanya!
Bila hati dah sayang..macam-macam benda boleh jadi tau

Ada yg sanggup buat apa saja untuk yg disayangi
Yg pasti
Bila rasa sayang tu dah mula wujud dalam hati
Seseorang tu pasti akan jadi lebih sensitif
Semua perkara pun akan menjadi lebih serius

Kalau dulu..tak kisah pun diri tak diutamakan
Tapi...bila hati dah sayang
Mula la nak rasa merajuk bagai
Mula la nak buat perangai
Ish..ish..ish..

Walau apapun
Maruah diri harus dijaga
Jangan disebabkan rasa sayang
Semua benda pun tak dipedulikan lagi
Peace ^_^


p/s : peringatan buat diri sendiri (",)


Friday, 14 December 2012

Jangan Biarkan Hati Rasa Kosong

Assalammualaikum W.B.T

Beberapa hari ni banyak bercakap pasal hati. Kenapa ni, Dylla..? Takde apa-apa la. Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan. Sedikit-sebanyak isu macam ni boleh dijadikan motivasi, kan? Aku pasti, ramai antara kita yg pernah mengalami atau sedang mengalami situasi di mana kita terasa kosong. Hati terasa kosong.

Aku pernah. Jujur sangat mengaku. Tapi, sedar tak..saat-saat kita terasa hati kita kosong, di saat itu la syaitan akan cuba membisikkan hasutan yg tak baik buat kita..?? Ayah pernah cakap dulu, syaitan paling suka dengan manusia yg hatinya kosong, hatinya marah dan hatinya bersedih. Sebab itulah adanya zikir-zikir yg perlu kita amalkan. Bukan saja membuatkan hati kita menjadi tenang. Tapi, dalam masa yg sama juga, kita tak akan merasa kekosongan lagi...In Shaa Allah.

Kalau kita terasa malas hendak berzikir sekalipun, cukuplah sekadar kita membaca Surah al-Fatihah dan Ayatul Kursi **ini yg aku amalkan jika aku tak berzikir** Jangan la kita mengeluh bahawa kita sering kesunyian dan terasa kosong kerana Allah S.W.T itu sentiasa ada dengan kita. Cuma kita saja yg tidak menyedari hakikat ini.

"Kenalilah Allah S.W.T di saat kita senang agar Alah S.W.T kenali kita di saat kita susah."


p/s : wallahu'alam




 ~ Dylla Abas ~

Thursday, 13 December 2012

Jika Hati Itu

Google
Jika hati itu seputih awan
Biarlah ia bergerak dengan keikhlasan
Jika hati itu setenang lautan
Mengalirlah ia dengan kejujuran
Jika hati itu seindah pelangi
Warnailah ia dengan kebahagiaan
Jika hati itu sehebat bulan
Sinarilah ia dengan persahabatan
Jika hati itu dilukai
Sembuhkanlah ia dengan KEMAFAAN

p/s : jom kita perbaiki hati (",)


~ Dylla Abas ~

Wednesday, 19 September 2012

Hanya Allah S.W.T

Assalammualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tatkala hati sedang dilanda kepiluan
Kata-kata ini begitu memujuk dan menenangkan




Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar
Sesungguhnya diri terasa begitu kerdil di sisi-Nya =(


p/s : sumber dari Facebook




~ Dylla Abas ~

Wednesday, 15 February 2012

Memilih dan Dipilih


Hidup ini ada dua pilihan
MEMILIH ataupun DIPILIH

Jika MEMILIH...pilihlah yg terbaik buat dirimu
Jika DIPILIH...maka jadilah yg terbaik buat dirinya

Google

Thursday, 25 August 2011

Monolog Seorang Hamba Allah

Aku hanya manusia biasa
Yang lemah lagi hina
Aku berdiri kerana-Nya
Aku jatuh juga kerana ketentuan-Nya

Aku sering tertanya
Mengapa aku yang dipilih oleh-Nya
Mengapa aku yang harus melalui ujian ini
Mengapa aku yang dicipta untuk diduga sebegini
Walaupun jawapannya telah sedia ada
Bermain-main di minda dan di jiwa
Namun, adakah aku punya hak untuk bertanya

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Andai diri ini lemah
Izinkan aku untuk terus gagah berdiri
Serta bermunajat kepada-Mu
Agar aku tidak alpa
Bahawa segala ketentuan-Mu itu
Adalah yang terbaik buat diriku


p/s : tiba-tiba hari ni hati rasa sangat sayu :(



Monday, 22 August 2011

Dunia Dalam Setiap Perhubungan

Lelaki dan dunianya
Wanita dan dunianya
Bila LELAKI dan WANITA bersatu
Dunia dia dan dia akan jadi Dunia Mereka
Dua dunia menjadi satu

Tapi, macam mana seseorang wanita nak hadapi kemungkinan...
Yang dia terpaksa hidup dalam hubungan yang ada Dunia Lelaki sahaja..??
Begitulah juga sebaliknya..
Adilkah perhubungan begitu...??

p/s : dalam setiap hubungan mesti kena ada 2 hala...kalau sehala je..susah beb!! macam hiway..boleh bayangkan kalau hiway sehala je..??
** adesss...apa la yang aku mengarut ni...!!


Tuesday, 9 August 2011

Erti aku dalam diri kamu

Alamak...tajuk entri macam jiwang sikit la malam ni. Entah kenapa 2-3 hari ni terasa nak layan jiwang lak. Dah la sekarang ni tengah dengar lagu Bahang Asmara (rock kapak sangat!!!!)

Bila kita bersama seseorang, bercinta dengannya dan menyayangi dirinya, kita mesti tertanya-tanya..apakah tempat kita di hatinya..? Berertikah kita dalam hidupnya..? Pentingkah kita dalam rutin hariannya..? Manusia normal akan merasai perasaan ini (aku rasa la) Kalau ada yang tak pernah rasa, tunggu bila sampai masanya, kamu akan rasainya juga. Tapi, kalau tak rasa juga, sila la berjumpa dengan pakar. Mungkin kamu ada masalah mental. Hahahaha...




Okay, berbalik pada tajuk entri, Erti Aku Dalam Diri Kamu. Alangkah bagusnya kalau kita dapat menerjah ke dalam hatinya untuk mengetahui apakah erti sebenar kita dalam dirinya, kan..? Tapi, kita boleh mengetahuinya atau merasainya dari setiap perbuatan dan tindak-tanduk dirinya terhadap kita. Walaupun tidak semua perbuatannya itu mentafsirkan rasa hatinya, tapi sekurang-kurangnya dengan perbuatan itu akan membuatkan diri kita terasa dihargai (perbuatan yang baik jelah ek..)

Tentu kita akan rasa terharu bila dia mengungkapkan, "aku bersyukur sebab dapat peluang untuk menyayangi dan disayangi oleh kau.." Kita mesti akan sehabis daya akan berusaha yang terbaik untuk dirinya.

Wahai sang kekasih di luar sana, beritahulah kepadaku apakah isi hatimua. Agar bisa aku tahu erti sebenar aku dalam diri kamu. Agar hidupku ni bisa sebahagia orang lain.

p/s : entri macam poyo ni aku tulis sebab dah takde idea nak tulis apa..sekali termerapu lak (",)