Pages

Showing posts with label Ben's Segment. Show all posts
Showing posts with label Ben's Segment. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

Segmen BEN ASHAARI Dan Saya

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama tak join segmen blogger otai ni
Plus...dia sendiri pun dah lama tak buat segmen
Tetiba malam ni macam terajin pula aku nak bersegmen
Sebab mudah sangat caranya kan...so aku join jelah ^_^




Blog yg aku suka terjah dan baca entri-entri mereka adalah jenis-jenis blog santai.
Ayat yg digunakan jelas dan mudah difahami apa yg dia nak sampaikan.
Lepas tu aku suka juga baca blog-blog yg ada entri ilmiah ni.
Hadith ke, kisah-kisah nabi ke etc.
Lagi, aku suka baca blog-blog yg ada banyak petua dan tips kehidupan.
Pendek kata, aku baca hampir semua jenis blog la.
Yg melemahkan semangat aku nak masuk blog tu sebab blog tu berat je.
Menunggu nak loading tu memang mencabar kesabaran sebenarnya.
Okay...tak nak mengarut panjang-panjang.
Sesiapa yg nak join sila klik banner kat atas tu ye.
Tapi kena cepat, sebab bro BEN ASHAARI tutup segmen ni pukul 11.00
Perghhh...nasib baik sempat join!!


p/s : kadang-kadang aku layan juga blog yg ada entri syok sendiri ni sebab aku pun sama (",)

Photobucket

Friday, 19 August 2011

Kami BLOGger Prihatin

Sila klik banner untuk join jadi BLOGger prihatin (",)

Alhamdulillah, dapat juga join segmen ni. Riang rasa hati dapat buat sedikit kebajikan di bulan Ramadhan macam ni kan (",)

Semalam, masa tengok BA letak waktu tutup penyertaan pukul 11.00 malam, rasa agak kecewa la sebab tak dapat join. Tapi, BA dah lanjutkan due date tu sampai 1 Syawal. Hmm...rasanya ramai lagi BLOGger yang akan join lepas ni.


Jika ada sesiapa yang berminat dan bermurah hati untuk menderma , boleh la ke laman ini : http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
p/s : moga amalan dan ibadah kita dirahmati-Nya...amin

Wednesday, 17 August 2011

Wednesday, 10 August 2011

BEN ASHAARI Ajak Kenal Blog Ini #2

Klik muka hensem bro BEN kat atas untuk join (",)
Assalammualaikum BLOGgers...!!

Moga-moga hari ini hidup kita diberkati dan dirahmati-Nya. Alhamdulillah, hari ini masih ada kesempatan nak berBLOGwalking. Walaupun matahari dah terpacak kat atas kepala..huhu :p

So, login je tadi, kat dashboard tu dah terpampang entri ni. Terus klik, baca banyak kali, pastu terasa nak join. Bak kata bro BEN, entri ni menarik sebab kena rajin update. Okay bro, i'll update all the time (or maybe everytime after blogwalking)

Aku cerita serba sedikit sejarah blog aku ni ye. Blog ni aku create pada 22 September 2010. Dengan entri F.A.M.I.L.Y tu, aku anggap sebagai intro untuk aku menulis cerita yang lain pula. Masa tu aku letak My Life My World sebagai tajuk blog aku. Aku tambah sana, tambah sini, konon-konon nak mencantikkan blog. Dulu, aku tak aktif nak update sebab aku rasa aku menulis dalam ni untuk suka-suka dan jadikan sebagai tempat untuk aku meluahkan perasaan aku.

Dah lama-lama tu, bila ada tambah beberapa follower (walaupun tak ramai) aku rasa best pula nak berBLOGging ni. Aku masukkan pula entri-entri yang lebih menarik. Lepas tu aku stop kejap. Tak tahu la kenapa, tapi aku rasa macam takde masa untuk BLOGging ni. Sampai la baru-baru ni, rasanya beberapa minggu sebelum puasa..aku add BEN ASHAARI dalam bloglist aku (lepas tu dia jadi follower aku lak..terharunya saya..sob..sob..) baru aku tahu betapa best sangat dapat BLOGging. Thanks bro..you are the best!!

Melalui bro BEN aku dapat kenal dengan beberapa BLOGger lain. Yang muda, yang tua (macam aku je :p) yang lelaki, yang perempuan, semua pun best. Aku add diorang bila aku rasa enjoy baca entri diorang. Aku terasa macam nak selalu tahu apa yang berlaku dalam kehidupan diorang (bukan busybody okay..!!)

Bila dah semakin aktif, aku tukar tajuk blog aku kepada When Dylla Met Keyboard. Kira memang pantang jumpa keyboard la. Mesti terus login blogspot ni. Kalau tak update entri pun, aku akan terjah blog BLOGger lain. Yang pasti blog bro BEN, hari-hari aku terjah :)

Header terkini blog aku (",)
Okay, rasa macam dah panjang sangat aku merapu ni. Nanti orang tak nak baca lak..hehehe :) So, it's time to BLOGwalking..!!!

BLOG-blog yang aku dah terjah (10/08/2001) :

** membalas kunjungan mesra kakak ni..btw, blog dia sangat sweet..

** suka baca info-info dalam blog ni

** childish but nice :)

** sebab nama blog dia sangat pelik yg buat aku terasa nak terjah :p

** sangat impress tengok blog dia ni (",)

** blog dia sangat elegant..!!

Sambungan terjahan Blog (12/08/2011) :
http://cthaslinda.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajajk-kenal-blog-ini-2.html
** sangat suka singgah blog yang cute ni (",)

http://redchizzy.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html
** saya suka butterfly jugak!!

http://mhzmc.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html
** DJ yang versatile..caya la bro!!

http://farehazone.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html
** pinkish..i loike!!

http://duniasaya2001.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html
** kekemasan blog ni menambat hati..sedap mata memandang

http://coklatberapi.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html
** coklat?? berapi?? tapi pinkish lady :)

http://mindaalammaya.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html
** blogger baru yg bercita-cita tinggi nak jadi macam bro BEN..gud luck!!

http://rushnurul.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html
** MUFC die hard fan..??? saya jugak (",)

http://specpatah.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html
** suka header dia..sweet!! entri pun menarik.simple tapi memang rasa nak baca :)

p/s : kan best dapat mengikat tali silaturrahim sesama kita (",)

Friday, 5 August 2011

Segmen : BEN ASHAARI : aku tunggu sahur...korang??


SEMENTARA TUNGGU SAHUR, AKU memang membuta la. Apa lagi kan. Tapi, lepas dah habis sahur baru aku perasan ada segmen ni. Tapi, sampai sekarang masih belum tahu siapa yang bertuah. Bro BEN..bila nak tutupnya nih..?? hoho :p


Monday, 1 August 2011

BEN ASHAARI : Ramadhan #1 : Sahur Di Kala Budak

Assalammualaikum W.B.T


Klik banner atas sini kalau nak join..!!

Ish...excited ni nak share kenangan ketika bersahur, berpuasa dan berbuka di kala budak. Haa..ada 2 kenangan yang tak boleh nak dilupakan. Paling best la rasanya kenangan ni.

Kenangan 1
Ayah : Umur kakak dah berapa tahun ni..?
Aku : 5 tahun (menjawab sambil tunjuk 5 jari kat tangan)
Ayah : Umur 5 tahun dah kena mula puasa
Aku : Puasa..????
Ayah : Esok ayah kejutkan bangun sahur, okay..?
Aku : Tapi, abang tak puasa pun tahun lepas (sambil buat muka tak puas hati)
Ayah : Oh, abang sakit. Sebab tu dia tak boleh puasa (abang aku ada asma yg serius..tak boleh skip ubat..so, dia mula belajar puasa umur 7 tahun)
Aku : Kalau macam tu kakak pun sakit la juga esok. Tak payah bangun sahur. Yeay!!
Ayah : ??????????

Kenangan 2
Aku : Nurse..hari ni saya puasa. Tak boleh inject..
Nurse : Takpe dik. Kena Inject tak batal puasa
Aku : Tapi, saya tengok kawan-kawan saya semua minum air lepas kena inject. Ayah saya marah kalau saya buka puasa
Nurse : Oh, tu sebab mereka memang tak puasa
Aku : Bukan sebab nurse bagi diorang gula-gula sebab kena inject ke..??
Nurse : ????????

Hahahaha..setiap kali puasa pasti aku akan ingat kenangan ni. Tak tahu la ayah aku atau nurse tu masih ingat lagi ke tak (",)

Cakap pasal buka puasa aku paling suka makan laksa. Sebenarnya tak la suka sangat. Tapi, aku dengan ayah ada misunderstanding. Sekali aku beli, dia ingat aku suka. Lepas tu hari-hari dia belikan untuk aku. Aku pula..?? Terpaksa la makan hari-hari sebab ayah dah beli. Lama-lama terus melekat. Nak buka puasa mesti makan laksa dulu.

p/s : Laksa mak aku buat paling best..!!


Saturday, 30 July 2011

ish..BEN ASHAARI ni takde benda lain ke nak minta..???

Salam semua...!!!
(especially to bro BEN ASHAARI for creating this segment...)

Mood : Super duper excited
Weather : Raining
Background music : I Will Survive (Glroia Gayner)



Hmm..dalam banyak-banyak segmen, aku rasa segmen ni macam best la. Bila bro BEN suruh letak apa-apa gambar DAN apa saja tajuk asalkan ada nama BEN ASHAARI tu, aku rasa excited walaupun terlambat sikit nak join (sebab tadi sempat view BLOGgers lain yang dah siap entri nya..)

So, kat bawah ni aku attach gambar yang menyimpan kenangan yang bermakna tapi memang gelak la kalau ingat balik. Malam kedua kat A Famosa Resort Malacca, kitaorang (aku dan budak-budak ofis) ada program kat Cowboy Town tu. Sebab nama dia Cowboy Town, jadi aku pun berusaha la memakai pakaian yang ala-ala cowgirl. Haa..amik kau!! Jadi..!!! Takde topi, takde pistol, takde kuda. Kalau ada semua-semua tu..memang perfect la (",)

** edited **
Gambar terpaksa di 'remove' kan satas sebab-sebab tertentu



Thursday, 28 July 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG...CEPAT!!

Salam..Salam..Salam...!!


Cari punya cari...sekali terjumpa BLOG budak baru nak belajar ni pula (",)

Wahai kawan-kawan BLOGger...bila sebut pasal cari ni..aku sangat-sangat suka nak perluaskan maksud CARI tu apa :
Sebenarnya kalau nak buka kamus untuk mencari maksud CARI tu mesti tak dapat..hahaha..kebanyakan kamus (buku atau online) akan memberi penjelasan tentang penggunaan cari. Huh..payah juga kan nak tahu apa maksud cari tu. So, macam mana nak tahu maksudnya..?? Aku cuba terangkan secara ringkaslah maksud cari tu mengikut definisi aku sendiri (rasa-rasanya ramai yang dah tahu)

CARI ialah perbuatan atau usaha untuk mendapatkan sesuatu.

Jadi kawan-kawan, cepat-cepat CARI jalan untuk dapatkan Traffic Blog yang best dengan menyertai event kat atas tu (klik je banner bro BEN ASHAARI tu) Good luck..!! Moga BLOG anda akan diterjah..yiehaaa!!



Tuesday, 26 July 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...


Ada sesiapa yang berminat nak join Ben Ashaari dalam
Segmen : Ben Ashaari Ajak Join Bloglist Baru..??
Haa..ringan-ringankan tangan anda klik banner kat atas tu ye

p/s : sesiapa yg berminat nak tukar SUKA SAMA SUKA link dengan saya..
sila tinggalkan komen di kotak bawah..peace..!!!

SAYA BUDAK BARU BELAJAR...KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN (",)