Pages

Showing posts with label 101 Rekreasi Hati. Show all posts
Showing posts with label 101 Rekreasi Hati. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

101 Rekreasi Hati (7)

Bismilahirrahmanirrahim

Memilih Sahabat

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yg bermaksud :

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat at-Tirmidzi dan al-Hakim)




Pengajaran : Kita perlu cerewet di dalam memilih kawan kerana kawan merupakan salah satu faktor yg akan mencorakkan keperibadian kita.




~ Dylla Abas ~

Saturday, 23 February 2013

101 Rekreasi Hati (6)

Bismillahirrahminarrahim

Larangan Menakut-Nakutkan

Daripada sebahagian sahabat r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yg lain."
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Pengajaran : Dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, perlulah ada sikap kasih-mengasihani, bantu-membantu, sokong-menyokong dan sifat yg diberkati Allah S.W.T





~ Dylla Abas ~

Wednesday, 20 February 2013

101 Rekreasi Hati (5)

Bismillahirrahmanirrahim

Memelihara Wudhu

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Tidak masuk syurga orang yg mengacum (menyebar fitnah)."
(Riwayat Muslim)




Pengajaran : Lebih-lebih lagi orang yg difitnah itu sedang melakukan perkara kebaikan. Ini adalah salah satu penyakit hati yg berkait dengan sifat dengki, iri hati, dendam dan sebagainya.





~ Dylla Abas ~

Tuesday, 5 February 2013

101 Rekreasi Hati (4)

Bismillahirrahmanirrahim

Memelihara Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk."
(Riwayat Ahmad)


Pengajaran : Memelihara wuduk bererti kita sentiasa berada dalam keadaan suci.





~ Dylla Abas ~

Sunday, 3 February 2013

101 Rekreasi Hati (3)

Bismillahirrahmanirrahim

Muslim Adalah Bersaudara

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yg lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran : Tidak menyakiti, membenci, menuduh sesama kita dengan perbuatan yg tidak sepatutnya.




~ Dylla Abas ~

Saturday, 2 February 2013

101 Rekreasi Hati (2)

Bismillahirrahmanirrahim


Tipu Daya Dunia

Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)."
(Riwayat at-Tirmidzi dan al-Hakim)

Pengajaran : Segala kepayahan yg kita hadapi mempunyai hikmah disebaliknya. Terimalah kesusahan dengan hati yg terbuka dan janganlah kamu mengeluh.




~ Dylla Abas ~

Thursday, 31 January 2013

101 Rekreasi Hati (1)


Assalammualaikum W.B.T



101 Rekreasi Hati oleh Dr.Zahazan Mohamed
** Karikatur oleh Nik Wafdi Nik Jaafar **
Dah lama aku beli buku ni
Dah 3 kali khatam pun >_<
Cuma baru sekarang ada kesempatan nak share dengan korang semua
Suka dengan tagline buku ni
Buat Diriku Yang Mudah Lupa

Tapi sehari aku share 1 jelah ye
Baru ada entri yg aku boleh update setiap hari (",)


Ilmu Itu Wajib

Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)


Pengajarannya : Dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana saja kita berada, kerana apa yg kita lakukan adalah mengikut ilmu yg kita ketahui.





~ Dylla Abas ~