Pages

Showing posts with label Aku di UiTM. Show all posts
Showing posts with label Aku di UiTM. Show all posts

Friday, 16 December 2011

UiTM Di Hatiku - Part 3

Sambungan entri [INI] dan [INI]

Mushroom
Mushroom tu cendawan kan..?? Semua orang tahu. Tapi, mushroom di UiTM Kampus Arau tu bukanlah cendawan. Rupabentuk bangunannya pun takde macam cendawan. Pokok-pokok cendawan pun takde kat kawasan Mushroom tu. Aku pun tak pasti kenapa ia dinamakan Mushroom. Tak sempat nak korek cerita masa kat sana dulu. Tapi, yg pasti Mushroom ni ialah pusat segala pusat kat UiTM Kampus Arau tu. Ada pusat jual-beli. Ada pusat dobi. Ada pusat sewa motor dan kereta. Ada pusat Cyber Cafe. Ada pusat sumber. Choppp...pusat sumber takde. Itu aku tambah sendiri..huhu (",)

Aku dan kawan-kawan kalau rasa bosan kat kolej, selalu la melepakkan diri kat Mushroom tu. Ada dua kedai makan kat situ yg telah menjadikan aku ni pelanggan tetap diorang. Satu tu kedai moy sup. Sedap gile! Pertama kali aku makan moy sup masa belajar kat sana la. Aku rasa dalam seminggu tu 4-5 kali juga la aku makan moy sup dia. Lagi satu kedai tu selalunya dimonopoli oleh pasangan kekasih. Aku kalau ke sana nak makan aiskrim atau fries je. Tak termasuk dalam golongan yg ber'dating' tu ye. Sebab aku takde boyfriend masa belajar dulu. Takde orang nak kat aku..hahaha

Cyber cafe kat Mushroom ni pun jadi tumpuan aku juga la. Zaman belajar dulu takde PC sendiri, apatah lagi nak ada laptop. So, nak print segala bentuk assignment kat CC tulah. Tapi, selalunya kalau pergi CC tu buat kerja sekejap je. Yg lamanya dok ber'chatting'. Zaman-zaman tu kan paling famous laman sembang MIRC. Macam-macam channel aku join. Borak dengan entah sape-sape. Bila diingatkan balik rasa sangat kelakar. Eh, tapi aku ada kenal seorang mamat ni kat MIRC channel 'Kampung' dan sampai sekarang kami masih berkawan baik. Anak-anak dia pun rapat dengan aku. Sebenarnya, teknologi di hujung jari ada kebaikannya kalau kita tak salah-gunakannya.

Memandangkan entri ni macam dah agak panjang, jadi aku terpaksa buat entri sambungan yg lain. Hmm..okay la. End of story (",)



Thursday, 17 November 2011

UiTM Di Hatiku - Part 2

Kembali lagi untuk bercerita tentang tempat yang yang menjadi kenangan terhebat dalam hidup aku ** hebat ke?? UiTM atau di kecilkan sedikit menjadi UiTM Kampus Arau. Bahagia rasanya menjadi sebahagian dari warga kampus itu.


Kali ni aku nak ceritakan perihal kolej kediaman pelajar yang terdapat di sana. Bagi yg menetap di rumah sewa, mungkin kenangan tu berlainan dengan aku, yg menetap di kolej kediaman ni. Selama 3 tahun belajar di sana, aku telah menetap di 3 buah kolej.

KOLEJ CENDANA
Kolej ni asalnya dihuni oleh pelajar lelaki. Tapi, disebabkan oleh bilangan pelajar perempuan yg melampaui batas...eh, bukan-bukan...sebab pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki, jadi Kolej Cendana ni di'convert'kan penghuninya. Kedudukan Kolej Cendana ni sangat berhampiran dengan 'Mushroom'. Apa 'Mushroom' tu..?? Haa...tu kena cerita dalam entri lain. Sebab 'Mushroom' tu bukan kolej kediaman ye kawan-kawan. Ia adalah sebuah tempat....tetttt...to be continued (",)


Sambung balik pasal Kolej Cendana. Aku menghuni kolej ni hanya selama seminggu je. Itupun sewaktu minggu orientasi. Di kolej inilah aku menjadi teman sebilik Hidayah. Kalau nak tahu siapa Hidayah tu, sila rujuk [SINI].

Kenangan yg paling aku tak boleh lupa ketika di kolej ini ialah sikap Hidayah sendiri. Dia seorang teman yg SANGAT banyak cakap. Mulut dia tak pernah diam. Bak kata orang tua-tua, diam masa tidur je! Haa, itulah Hidayah. Tapi, aku happy dengan keadaan itu. Cerialah sikit hidup ni kan. Ada teman yg suka bercakap...hehehe. Sepanjang minggu orientasi, kami tidak dibenarkan menggunakan handphone. Bukan masalah besar bagi aku, sebab aku memang takde handphone masa tu. Tapi, si Hidayah ni, memang macam kucing hilang anaklah pendek kata. Resah. Gelisah. Setiap saat bertanya tentang kemungkinan orang-orang yg akan menghubunginya. Padahal sebenarnya dia tunggu sang bf yg call. Eleh, cover line pula dia!

Ada 1 malam tu, aku tiba-tiba terjaga, dalam pukul 2 pagi aku rasa. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang bercakap-cakap. Aku pandang Hidayah. Tengok dia macam aman je bawah selimut tu ** Hidayah ni suka tidur berkelubung!! Aku cuba panggil dia, tiada jawapan. Maksudnya bukan dia la yg bercakap tu. Tapi, siapa?? Aku pun bacalah ayat Kursi, berkali-kali sampai aku terlelap balik. Sebelum terlelap tu, sempat pula aku terfikir, "berhantu ke kolej ni..??"

Esoknya, Hidayah meminta maaf sebab dah mengganggu aku tidur. Pelik pula aku. Bila masa dia ganggu. Oh, rupa-rupanya dialah yg bercakap-cakap malam tu. Suara dia la yg aku dengar! Hampeh punya budak. Menakutkan aku je. Geram betul. Tak pasal-pasal aku terfikir kolej ni berhantu!


KOLEJ BERINGIN
Rumah nombor SATU...!! Kolej Beringin ni unik sikit. Kolej ni direka dengan bentuk rumah teres. Rumah aku memang betul-betul berhadapan dengan jalan besar dari pintu belakang untuk menuju ke kawasan kelas. Dah la rumah paling depan, paling hujung, dekat pula dengan gerai makan. Memang kerja makan jelah aku. Kolej Beringin ni agak jauh dari dewan makan. Jadi, kalau malas nak menapak ke dewan makan tu, aku dengan budak-budak rumah makan di gerai je.

Jalan besar yg dimaksudkan

Aku masuk Kolej Beringin ni sebaik saja tamat minggu orientasi. Berpindah mengangkut barang-barang dari Kolej Cendana ---> Kolej Beringin...memang kerja gila! Jauh kot. Berjalan mengheret beg-beg berisi baju, dengan baldinya, beg-beg tambahan yg lain...maveles! Selepas berulang-alik 2-3 kali, akhirnya selesai sudah proses perpindahan. Letih tak payah cerita. Terus lena lepas siap memindahkan barang-barang. Tapi, yg tak bestnya, aku dapat katil atas. Leceh betul. Kerja aku asyik memanjat jelah. 


Yg paling kiri tu rumah yg pernah aku tinggal

Bilik aku ada 4 orang didalamnya. Bilik tu agak kecil juga. Terpaksa berkongsi almari baju...bayangkan! Aku ni dah la sangat banyak barang. Berkongsi almari pula?? Sabar jelah. Sebab kakak-kakak AJK kolej tu cakap, pelajar semester 1 je yg akan stay kat kolej tu. Bila naik semester 2, kami semua akan dipindahkan ke kolej yg lain pula. Alhamdulillah. Lega aku dengar. Dah berangan-angan nak duduk kolej macam Kolej Cendana tu. Selesa je.

Okay. Nak cerita pasal teman sebilik dan teman serumah. Dalam rumah aku tu, ada 12 orang kesemuanya. Bilik air ada 1, toilet ada 1. Bayangkan...??? Kalau 12 orang ada kelas pukul 8.00 pagi...mesti ada yg terpaksa berkorban bangun seawal pukul 6.00 pagi. Aku..?? Tak pernah mengorbankan waktu tidur. Aku dan Hidayah yg kekal menjadi teman sebilik, tetap menjadi orang terakhir yg bangun. Selalunya kami memang akan biarkan mereka yg lain-lain tu mandi dulu. Sama ada aku atau Hidayah la yg akan mandi paling akhir...hehehe. Tapi, kami cepat bersiap. Walaupun mandi lambat, tapi, kami la orang pertama yg akan keluar dari kolej menuju ke kelas. Don't play-play, okay!

Pintu masuk Kolej Beringin
Yg sebelah pondok pengawal tu ialah Klinik Kesihatan UiTM

Budak bilik aku yg lagi 2 orang tu pelajar aliran Sains. Salah seorang dari diorang sangat aktif PALAPES. Alah, macam tentera tu. Dia kalau balik dari latihan PALAPES, mesti flat gile! Lepas tu, aku tak nak duduk 1 bilik dengan dia. Mesti ada 1 bau yg mengasyikkan. Lepas dia mandi, baru aku masuk bilik balik. Alah, bukan sengaja. Tapi, hidung ni yg tak tahan!

Yg seorang lagi, Salwa namanya. Tak sangka kami jadi kawan rapat sejak kenal di situ. Hinggalah sekarang dia kekal menjadi kawan rapat aku. Family aku pun dah sangat mengenali dia. Salwa ni ada 1 perangai suka meminjam baju orang. Aku tak kisahlah dia nak pakai baju aku. Baju aku kan banyak ** opsss...hehehe Tapi, bila jenis meminjam tapi agak lambat memulangkan balik, buat aku rasa tak selesa juga. Walaupun dia tu kawan rapat aku, tak bermakna la semua barang aku pun kena rapat dengan dia, kan? Ada 1 hari tu dia nak pinjam jaket jeans aku. Okay, aku pinjamkan je. Tak suka nak kedekut. Apatah lagi benda tu memang ada kan. Tapi, lepas dia pakai, aku nampak dia sangkut jaket tu kat kerusi. Seminggu. Dua minggu. Tiga minggu. Takde pun tanda-tanda dia nak pulangkan. Aku saja je pura-pura tak nampak. Pandai pinjam elok-elok, pulangkan mesti la elok-elok juga, kan?

Tapi kan kawan-kawan, sedih betul bila aku tengok jaket tu kalernya dah pudar!! Jaket tu dah la baru beli masa dia pinjam. Aku pun baru pakai sekali je. Sayangnya =( Masa dia nak pulangkan jaket tu, dia sempat basuh dulu jaket tu. Makin lunturlah kaler nya. Hmmm...memang bukan rezeki aku la. Aku takde la marah-marah dia masa tu. Relax je. Ambil jaket tu, simpan dalam almari. Dok la situ diam-diam! Tapi, dalam hati rasa sedih gile...huhu

Pendek kata, walaupun baru semester 1 di sana, aku rasa banyak sangat peristiwa manis yg buat aku tersenyum sorang-sorang bila ingat balik.
Baru cerita pasal 2 kolej je dah panjang berjela. Terpaksa la aku masukkan pasal kolej ke-3 dalam entri lain. Sebab kenangan kat kolej terakhir yg paling best! Banyak betul benda nak dikongsi dengan para pembaca semua (",)








Tuesday, 15 November 2011

UiTM Di Hatiku - Part 1

Assalammualaikum W.B.T

UiTM di hatiku..?? Kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) tak kiralah cawangan mana sekalipun, pasti sudah biasa sangat dengan kata-kata ini, kan..?

Aku juga merupakan salah seorang bekas penuntut UiTM sekitar tahun 2000-2003 di Kampus Arau. Ye...Arau, Perlis. Jauh tu! Tapi, sebenarnya tak la jauh sangat. Biasalah, bila kita dah set dalam minda tentang sesuatu perkara tu, contohnya lokasi tempat tu jauh, maka jauh la jadinya. Adess...belajar psikologi pula. Sorry...sorry...tukar channel balik.

Banyak kenangan yang tercipta semenjak aku bergelar pelajar, hinggalah di saat-saat akhir aku meninggalkan bumi Arau tu. Kenangan pahit dan manis, pasti menjadi sesuatu yg sangat indah untuk dikenang semula.


MINGGU ORIENTASI
Bermula dengan hari pendaftaran, aku sempat berkenalan dengan seorang teman (Hidayah) yg berasal dari Kuala Lumpur. Kebetulan kami diletakkan di dalam satu bilik yg sama, dan berada di dalam jurusan yg sama. Jurusan apa tu..?? Nanti aku cerita (",)

Kami menjadi sangat akrab. Dan satu lagi perkara kebetulan yg merapatkan lagi hubungan kami ialah, bf si Hidayah ni merupakan kawan baik sepupu rapat aku. Ya Allah, bahagia betul dengan kebetulan ni. Aku dah ada kawan baik sejak hari pertama berada di bumi Arau tu. Tak perlu risau ditinggalkan oleh mak dan ayah lagi ** memang tak risau pun..aku dah biasa berjauhan dengan keluarga aku**

Kenangan Minggu Orientasi yg paling tak boleh aku lupakan bila kumpulan aku memenangi acara Treasure Hunt. Tak la susah sangat nak mencari. Tapi, part yg susah ialah nak mengawal ahli kumpulan supaya kekal berada di dalam kumpulan yg sama sepanjang masa acara berjalan. Tiba-tiba aku pula yg jadi ketua kumpulan masa tu ** kau memang gila kuasa Dylla...hoho** Rasa bangga kot naik pentas menerima hadiah semasa majlis penutup Minggu Orientasi tu. Glamer akak!!


TUTORIAL & LECTURE
Aktiviti pembahagian kelas diadakan pada hari terakhir Minggu Orientasi. Aku yg memang sentiasa berkepit dengan Hidayah sepanjang minggu tu, memang kekal berada di kelas yg sama. Lega rasanya. Kelas aku ada 20 orang. Dan jumlah keseluruhan ada 10 kelas. 10 x 20 = 200!! Ramai tak adik-adik..?? Ramai..!! Sampai lecturer pun pening nak kecilkan sedikit kumpulan tu macam mana. Mungkin jumlah tu tak seramai jumlah pelajar di kampus lain la. Maklumlah, UiTM Kampus Arau bukanlah besar sangat. Yg membuatkan kampus tu besar sebab kami ada ladang untuk pelajar-pelajar aliran Perladangan di sana.




Di dalam kelas aku, ada 8 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar lelaki. Yg lelaki, kesemuanya pelajar dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Yg perempuan, majoritinya orang utara. Jadi, multi-races lah jawabnya ahli kelas aku.

Aku memang agak slow dalam subjek-subjek lain. Walaupun aku pernah menjadi pelajar aliran kejuruteraan semasa di tingkatan 4 dan 5 dulu, tapi aku akui, aku memang agak lemah subjek-subjek teknikal ni. Tapi, bila subjek Lukisan Kejuruteraan, akulah yg paling hyper sekali. Walaupun meja aku kat dalam studio tu bukanlah di depan sekali, tapi lagak aku umpama studio itu aku yg punya...hahaha!! Aku memang sangat suka melukis. Cita-cita asal kan nak jadi Arkitek. Tapi, terpaksa bertukar bidang setelah berlaku perdebatan hangat antara aku dengan ayah. Sedih...huh =(


AKTIVITI RIADAH
Ni part yg paling aku suka. Beriadah tu bermaksud bersukan. Aku kan gila sukan. Semester pertama aku sangat aktif dalam sukan Bola Tampar. Sampailah semester ke-3, baru aku aktif dalam badminton. Di samping itu, aku ada juga join KEREK (Kelab Rekreasi) UiTM. Bunyi pun kerek..ahli-ahli kelab ni semuanya kerek-kerek belaka termasuklah aku...hehe. Kelab ni paling aktif dalam acara perkhemahan. Banyak acara yg aku miss memandangkan jadual kuliah yg agak padat, di samping leturer yg sangat baik hati suka memberi kerja-kerja Design di saat-saat pelajar seperti aku mahu bergembira menyambut ketibaan cuti semester.

Aku sempat menyertai acara perkhemahan semasa aku berada di semester 5 dan 6 saja. Menarik rupanya. Walaupun cabaran membawa haversack tu memang sangat mencabar mental dan fizikal aku ni, tapi cabaran mengharungi malam-malam dengan suhu di sekitar 6-10 darjah celcius itu lebih mencabar sebenarnya. Aku rasa benda paling kelakar yg aku fikir masa tu ialah, "macam mana mak dan ayah kalau aku mati keras kat sini ye..?" Mengong! Macamlah kawan-kawan yg lain semua tu panas-panas belaka. Kami semua kesejukan. Cuma mental yg perlu kuat untuk terus bertahan. Alhamdulillah, aku mampu je bertahan sebenarnya. Ngada-ngada lebih je!


PASAR MALAM
Haa...pasar malam ni mesti jadi tempat wajib yg kami tujui bila tiba saatnya. Dari awal pagi dah merancang dengan teman-teman untuk mencari pelbagai jenis makanan yg menjadi idaman. Bayar duit pakcik van sebanyak rm1.50 seorang (kalau tak silap aku la) sampailah kami di pasar malam Arau tu. Kadang-kadang kalau rasa tak puas hati, kami sambung pula ke pasar malam Jejawi.

Aku rasa, peniaga-peniaga pasar malam mesti suka berniaga di tempat yg ada ramai pelajar. Murah rezeki diorang bila dapat pelanggan di kalangan pelajar-pelajar yg sentiasa kebulur ni ** itu aku je..hehehe**


PADANG BESAR
Adoi...sebut pasal padang besar, mesti aku teringat anak patung Dolphin yg ayah pernah beli masa aku belajar kat sana. Sekarang ni, anak patung Dolphin tu dah jadi milik ayah sepenuhnya. Suka pula dia tidur dengan memeluk menatang tu. Sian kat mak kena tidur peluk diri..hehehe

Lagi satu tempat di sekitar Perlis yg menjadi tumpuan ramai. Padang Besar ni macam-macam ada. Sebut je korang nak apa. Tapi, faham-faham jelah. Kualiti barangan Siam macam mana. Walaupun 'branded' tapi, jenis pakai buang jelah kot. Bagi yg pandai berjimat, memanglah boleh pakai lama setiap barangan yg dibeli dengan cop mohor Made In Thailand ni kan.

Selama berada di Perlis, aku rasa lebih 10 kali kot aku bershopping di Padang Besar. Kali pertama menjejakkan kaki ke Padang Besar, semasa aku berada di semester 3. Masa tu rasa teruja beb! Padahal Padang Besar je. Tapi, biasalah aku...suka excited lebih!


KUALA PERLIS
Lagi satu tempat yg memang best! Kuala Perlis. Kawasan tempat makan yg sangat heaven! Ikan bakar. Perghhh...dah la murah, sedap pula tu. Memang aku tak rasa rugilah walaupun terpaksa pergi ke kawasan yg jauh sikit dari kawasan kampus semata-mata nak pekena ikan bakaq..!

Lagi 1 menu yg dikaitkan dengan nama Kuala Perlis ialah Laksa Kuala Perlis. Sebelum belajar kat sana, aku pernah juga terdengar Laksa Kuala Perlis ni dimasak dengan menggunakan belut. Betul ke tak betul...wallahu'alam. Tapi aku belasah je. Makan? Laksa? Memang tak tolak la! Kalau betul dibuat dari belut sekalipun, itu kan benda halal. Sedap je aku rasa. Layankan aje...hoho :p


CHAR KUEY TEOW
Okay. Lagi pasal makan. Siapa-siapa yg pernah menetap, belajar atau bekerja di Perlis mesti tahu tentang kewujudan gerai Char Kuey Teow di Dataran Maybank kat area Stesen Bas Ekspres tu, kan..? Dengar cerita sekarang dah takde lagi. Tapi, itulah tempat yg paling aku suka nak melepak, selain dari menikmati kesedapan Char Kuey Teow tu. Memang maveles la! Aku dengan kawan-kawan memang dah jadi regular customer la pendek kata. Abang tu sampai dah kenal sangat muka kami ni. Kawan aku siap boleh tukar-tukar no fon dengan abang tu, "senang nak reserve tempat.." katanya. Betul juga, gerai tu selalu penuh. Pelanggan tak putus-putus datang. Murah rezeki abang tu.


Hmm..mungkin ada part yg aku dah miss dalam entri ni. Tapi, takpe. Ada banyak masa lagi aku boleh ceritakan ke'best'an menjadi penduduk Arau, Perlis. Walaupun hanya 3 tahun berada di sana, tapi kenangan yg ada tu memang sukar nak dilupakan.

Tu belum cerita bab-bab kawan lagi. Ada macam-macam kerenah. Macam-macam ragam. Macam best pula nak cerita tentang diorang. Okay la. tunggu next entri ye.