Assalammualaikum W.B.T
Haish...lama sungguh la tak jenguk blog ni. Apatah lagi nak jenguk blog kawan-kawan yg lain. Cuti lama, blog pun terabai la sikit. Entri ni pun ambil masa juga nak disiapkan sebab kesibukan yg melampau di ofis ketika ini. Last week, satu kerja pun tak boleh buat sebab system down. So, minggu ni dah sistem dah okay....aku plak yg tak okay...rushing nak siapkan semua outstanding ni.
Okay...tutup kisah luahan perasaan tu. Nak cerita tentang percutian aku baru-baru ni. Cuti 5 hari ni aku ke Kedah. Tujuan asalnya sebab nak menghadiri majlis perkahwinan anak makcik aku. Hmm, takde la bercuti sangat pun. Spend masa kat rumah pengantin jelah. Tapi, majlis kali ni agak unik sikit sebab agenda di sebelah malam tu kami raikan dengan acara Family Day. Memang meriah!
DAY 1
Kami bertolak dari rumah (Bukit Beruntung) tepat jam 11.00 pagi. Adik aku yg
drive hari tu. Aku jadi
co-pilot je. Mak ayah jadi
boss kat
seat belakang...hee :p Sempat singgah kejap di RnR Jejantas Sg.Buloh. Ayah nak makan Dunkin' Donut katanya. Kami teruskan perjalanan dan keadaan hiway masa tu sangat lancar. Cuma, keadaan jadi sedikit sesak bila kami menghampiri
Terowong Menora di kawasan Ipoh-Jelapang. Lepas je terowong tu, keadaan hiway lancar balik.
Cuaca masa tu sangat panas. Terik. Kami dalam kereta yg berhawa dingin tu pun berpeluh-peluh. Ayah sampai tukar baju. Pakai t-shirt yg lebih nipis. Akhirnya kami singgah di RnR Sungai Perak. Makan dan cari "angin". Selesa rasanya dapat menghirup udara segar selepas berjam-jam terkurung dalam kereta. Kami teruskan lagi perjalanan dan akhirnya sampai di Kuala Nerang, Kedah hampir jam 6.30 petang. Aku tak pasti kenapa lewat sangat kami sampai. Tapi, apa yg pasti...kami memang kepenatan. Rasa nak terus masuk cari bantal je. Tapi, memandangkan masa kami sampai tu majlis akad nikah baru je selesai dan pengantin sedang b'gambar, terpaksa la aku batalkan niat nak membuta tu.
Malam hari pertama kami tiba di sana, diadakan kenduri tahlil. Majlis tamat je, aku pun sibuk menyelit di bilik pengantin tu untuk 2 tujuan. 1 - Pengantin request nak pakai selendang masa bersanding keesokan harinya. Jadi, malam tu aku pun try macam-macam kaedah lilitan selendang yg sesuai. Kemain! 2 - Nak tidur dengan pengantin. Memang dah jadi tradisi, aku ni orang yg akan tidur dengan pengantin pada malam terakhir dia sebelum dia tidur dengan suaminya...huhu >_<
DAY 2
Tersedar dari lena seawal jam 6.00 pagi. Pengantin masa tu tengah sibuk mandi. Aku pun dok golek sini, golek sana...akhirnya pukul 6.30 pagi baru betul-betul bangun. Mak andam nak datang pukul 7.00 pagi. Terpaksa akur dengan jadual mak andam sebab dia sudi
make-up kan di rumah. Kalau kat belah sana, pengantin kena datang butik mak andam untuk
make up. Jadi, pengantin memang lega sikit la sebab tak payah keluar rumah. Tak kisah la siap awal sikit. Lagipun, bilik tidur pengantin tu berhawa dingin. Tak la cair
make-up nya tu.
Lepas tu tugas aku la pula nak siapkan pengantin dengan selendang dia tu. Proses melilit selendang tu tak makan masa sangat. Nasib baik malam tu dah buat tutorial dulu...hehehe. Aku ni dalam tak pernah siapkan pengantin, tiba-tiba jadi tahu je nak pakaikan veil dan crown. Berangan jadi mak andam kejap. Nasib baik aku tak pandai make-up kan orang je. Kalau tak, aku suruh pengantin tu upah aku jelah. Tak payah susah-susah panggil mak andam lain. Amboi kau, Dylla!
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan aku yg secara tiba-tiba terpaksa menjadi pengapit. Aduhai...adik sedara punya pasal. Aku turutkan jelah. Bukan susah sangat jadi pengapit ni. Tayang muka je. Eh...?? Hahahaha (",)
Kebetulan,
photographer (sepupu pengantin) diorang masa tu tak dapat datang. Tak dapat cuti dengarnya. Nasib baik la ada 3 DSLR masa tu (termasuk aku punya la). Kami la
photographernya. Haa..kemain banyak
job aku masa tu ye. Aku la pengapit. Aku la
photographer. Tapi takpe. Aku suka. Kerja menangkap gambar ni memang dah sebati dalam diri...chewahhh. Dan
outdoor petang tu pun kami juga la
photographernya. Mesti nak buat juga. Nanti ada la kenangan untuk disimpan kan. Kebetulan, masa
outdoor petang tu, ada 4 lagi pasangan pengantin baru. Meriah betul Alor Star petang tu. Masing-masing beraksi dengan pasangan masing-masing. Walaupun cuaca panas terik, muka para pengantin masa tu berseri-seri je (",)
Malamnya, kami ada acara
Family Day. Memang dah diberitahu awal-awal lagi. Sebab tu aku teruja nak bercuti ke sana. Sebab ni pertama kali aku
join Family Day keluarga sebelah mak. Memang sangat meriah. Macam-macam ragam. Makcik-pakcik semua
sporting belaka. Malam tu, aku memang sangat bertuah rasanya. Macam-macam hadiah aku dapat. Ayah sampai perli aku, "balik-balik muka budak sorang ni yg dapat hadiah..." Hahaha...jeles ler tu! Majlis berakhir hampir jam 12.30 malam. Sengaja tunggu lepas pukul 12.00 malam sebab nak potong kek. Ada pula adik sedara aku yg sambut
birthday. Lagi la meriah jadinya. Nasib baik rumah makcik aku tu jenis kat tengah-tengah bendang dan jauh dari jiran-jiran. Kalau tak mau kena ketuk pintu ni...kecoh!
DAY 3
Masing-masing dah sibuk berkemas mahu pulang. Keluarga aku pun tak terkecuali la. Mulanya, mak nak singgah di Alor Star. Nak cari asam jawa katanya. Lepas tu bila ayah cakap nanti nak singgah jumpa adik aku di Seri Iskandar, terus mak tak jadi nak cari asam jawa dia tu. "Terus singgah tempat Ekin la..." Haaa...dah rindu la tu! Sampai tak sabar-sabar nak jumpa "penawar jantung" dia tu. Adik bongsu aku tu masa kecil, mak selalu panggil dia penawar jantung. Dulu-dulu jeles gak aku. Tapi, sekarang tak lagi. Aku pula yg kadang-kadang panggil Ekin macam tu. Saja menyakat. Sebab Ekin marah gile bila dengar orang panggil dia macam tu...huhu :p
Alhamdulillah. Akhirnya kami selamat tiba di rumah jam 8.30 malam. Memang letih. Tapi, dek kerana semangat nak tengok hadiah-hadiah kemenangan aku masa
Family Day tu, mak ayah pun terus jadi tak letih. Diorang pula yg teruja nak tahu apa yg aku dapat.
Best gile hadiahnya! Banyaknya dapat makanan la. Kenyang la perut aku sebulan ni dengan stok makanan. Alhamdulillah, rezeki (",)
Begitulah al-kisahnya percutian aku. Dan sebab-sebab kenapa aku menyepi 4-5 hari ni....hee >_< Apapun, lepas ni aku akan kembali berblog seperti biasa. Walaupun tak buat entri baru, aku akan BW macam selalu (",)
p/s : semalam tak sempat nak BW sangat...busy!
~ Dylla Abas ~