Assalammualaikum W.B.T
Kehendak hati dan suratan takdir selalu tak seiring, kan...? Selalunya, lain yg hati kita impikan, lain pula takdir yg menentukan. Jadi, yg mana harus kita akur - kehendak hati atau suratan takdir...? Tapi, aku percaya kita yg beragama Islam ni ada pegangan iman. Mengikut Rukun Iman yg ke-6, beriman kepada qada' dan qadar - jelas menunjukkan suratan takdir melebihi kehendak hati.
Tapi, ini bukanlah bermakna kita harus tunduk pada suratan takdir semata-mata. Semua ketentuan itu memang di tangan-Nya. Kita sebagai hamba-Nya yg beriman, tidak boleh cepat berputus asa dan hanya berserah tanpa mahu berusaha. Tidak salah kita berusaha untuk mengubah takdir hidup kita.
Walaupun pada hakikatnya, kehendak hati itulah yg kita mahukan kerana pada sangkaan kita itulah yg akan menyempurnakan kehidupan kita. Ketahuilah, kita tidak pernah tahu. Hanya DIA saja yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-Nya. DIA hanya akan memberi apa yg kita perlu, bukan apa yg kita mahu. Andaikata ada kehendak hati yg tidak tertunai, janganlah terus menyalahkan takdir. Terimalah semua ketentuan-Nya dengan hati yg terbuka. Berlapang dada menerima semua yg telah ditentukan-Nya setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, akan membantu kita untuk menjadi hamba-Nya yg lebih redha. InsyaAllah.
p/s : sentiasa yakin dan bersangka baik pada Allah S.W.T...jiwa pasti akan lebih tenang (",)

~ Dylla Abas ~
4 comments:
betull.. kite sebagai muslim kena sentiasa redha dalam aturan yang Allah rancang untuk kita. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. tapi jangan lupa untuk terus berusaha! berusaha dan tawakal
a'aaa betoi tu... kdg2 kita rasa apa yg kita nak tu dah yg terbaik tp sebenanrnya Tuhan dah rancang lagi baik dr tu...
teruskan berusaha dan yakin pada Allah...insha Allah ada jalan... :))
kan Allah janjikan yg trbaik utk kita..wlpn bkn apa yg kita rncang, tp dlm jgka msa pnjang, bnda tu brgne utk kita..
Post a Comment