Pages

Tuesday 27 November 2012

Nama Kita Dan Maksudnya


Assalammualaikum W.B.T
 
Alhamdulillah, semalam aku dah berjaya khatamkan al-Quran untuk kali yg ke-4 dalam hidup aku. Walaupun tak la membanggakan sangat. Tapi, aku lega sebab akhirnya habis juga dan aku boleh mulakan bacaan semula. Kali ini dengan tafsirannya sekali...insyaa Allah (",)
 
Semalam, masa aku baca doa khatam al-Quran tu, terbaca la nama aku ada ditulis di dalam doa tu. Dalila. Petunjuk. Dan nama sebenar aku ialah Nor Dalila yg maksudnya Cahaya Petunjuk. Sedap maksudnya. Pandai sungguh ayah pilih nama untuk aku. Bersyukurnya kerana ada nama dengan maksud yg baik. Tapi, layakkah aku memiliki nama seperti ini...?
 
Membawa maksud Petunjuk tapi dalam kehidupan sebenar, tak la bertindak macam petunjuk sangat pun...hee >_< Hmm, macam mana pun...lepas ni kena la berusaha untuk memperbaiki diri dan boleh menjadi petunjuk yg baik kepada orang lain...tak gitu..?
 
Sekarang ni, nama dah macam-macam. Kalau dulu-dulu, nama simple je. Aminah. Fatimah. Zainab. Rokiah. Mudah je. Senang nak sebut. Senang nak ingat. Nama mak dan ayah aku pun simple je. Rahimah dan Abas. Nama sekarang..?? Uish...selagi tak penuh borang pendaftaran tu, selagi tu nak panjangkan lagi nama anak tu ye. Hehehe... Tapi, nama sekarang ni memanglah sedap-sedap didengar. Maksud pun baik-baik belaka. Nama anak-anak buah aku pun boleh tahan panjang juga. Nasib baik la tak payah nak panggil nama penuh, kan? Kalau tak mahu berbelit lidah ni rasanya. Nak mengingat nama penuh tu satu hal juga.
 
Apapun, tak kisah la nama tu panjang atau sebaliknya, biar la kita fahami maksudnya. Dan kalau boleh biarlah ada maksud yg baik. Insyaa Allah, baik juga la peribadinya nanti.
 
 
p/s : apa maksud nama korang...meh share >_<



 
 
~ Dylla Abas ~

8 comments:

IntaNBerliaN said...

mcm akak n suami lak nak nama ank2 pendek je senang paggil nama penuh.. hihi

biela bell said...

sian kalau nama anak pnjang2 lagi2 tang pompuan. dh lah panjang..berbelit pulak tu. Kesian nak akad nikah nanti..semput..kih3x..

L said...

L maksud dia ape eh? hehe..=P

Nilam suhana said...

maksud nama2 yg baik2...ibu bapa sekarang dah pandai rujuk buku nama... ingat lagi ustaz cita... org dulu x rujuk maksud disebalik nama, sekali letak nur baqarah... hehee jadilah cahaya lembu... asalkan ada dalam Al Quran...

Dylla Abas said...

@IntaNBerliaN : a'ah kan...nama Alisha n Aqilah tu mmg simple..tp sedap didengar n baik maksudnya :)

Dylla Abas said...

@biela bell : haa..tulah tu..terfikir juga :p

Dylla Abas said...

@L : jenuh nak cari maksud nama L tu >_<

Dylla Abas said...

@PeRmAtA bIrU : betul..yg sebaiknya rujuk la dulu pada maksudnya sebelum nak letak nama anak tu kan :)