Pages

Tuesday 13 November 2012

Takbur

Assalammualaikum W.B.T

Takbur adalah penyakit hati yg bahaya. Orang yg memiliki penyakit seperti ini tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yg buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana akan turut memburukkan nama jemaah yg diwakilinya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yg ada dalam diri manusia :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua, anggalah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa akibat kejahilan mereka, sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa depannya, sedangkan kita belum tahu apakah pengakhiran hidup kita.

6. Apabila bertemu orang kafir, katakan bahawa belum tentu mereka akan kafir selama-lamanya.


p/s : jom muhasabah diri!

~ Dylla Abas ~

8 comments:

Unknown said...

kita mmg perlu sentiasa muhasabah diri.. istighfar byk2...

IntaNBerliaN said...

sama2lah kita muhasabah diri.. xelok sifat takbur tu

shedameor said...

aah kan, kadang2 sheda macam pandang serong orang yang buat jahat. Ya Allah, insaf, InsyaAllah sheda berubah. nak coppy ni boleh ?

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : betul tu Queen :)

Dylla Abas said...

@IntaNBerliaN : insyaAllah..sama2 perbaiki diri :)

Dylla Abas said...

@shedameor : sile2..sharing is caring :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sifat takbur sgt2 xelok...sama2 kita muhasabah diri :-)

dieyna said...

Benar... Kita bukan yang terbaik hingga perlu memandang rendah pada yang lain...