Pages

Monday, 12 November 2012

Maaf - Ikhlas atau Terpaksa

Assalammualaikum W.B.T

Bila bercerita tentang maaf, banyak persepsi yg muncul. Ada yg menganggap maaf itu perkara yg amat remeh. Ada juga yg menganggap maaf itu perlu agar hidup dapat diteruskan dengan hati yg lebih tenang. Tidak kiralah apa jua persepsi tentang maaf, apa yg penting adalah keikhlasan kita di dalam meminta maaf atau memaafkan seseorang yg lain.

Jika kita meminta maaf, adakah kita benar-benar ikhlas melakukannya...? Dan jika kita mahu memaafkan seseorang, adakah kita benar-benar ikhlas memaafkannya...? Tepuk dada tanyalah hati. Keikhlasan yg wujud di dalam perbuatan maaf ini akan membantu kita untuk menenangkan hati dan melapangkan fikiran. Kita tidak perlu lagi memikirkan perkara yg sudah berlalu sekiranya kita benar-benar ikhlas memaafkan atau meminta kemaafan.

Perkara pertama yg harus kita lakukan untuk mendapat keikhlasan adalah dengan memaafkan diri sendiri terlebih dahulu. Yakinkan diri bahawa setiap daripada kita pernah melakukan kesilapan. Dan berjanjilah yg kita tidak akan mengulangi kesilapan yg sama. Penting untuk kita memaafkan diri sendiri terlebih dahulu agar kita berlapang dada dan menerima semua yg berlaku itu dengan hati yg lebih terbuka.


p/s : memaksa diri untuk memaafkan atau meminta kemaafan akan membuatkan kita mengungkit perkara itu di kemudian hari...wallahu'alam
~ Dylla Abas ~


2 comments:

maszull said...

assalamualaikum dylla...betul tu kenalah memaafkan diri sendiri dulu barulah org lainkan..;)

IntaNBerliaN said...

mintak maaf or beri kemaafan biarlah ikhlas kan..