Assalammualaikum W.B.T
Bila sebut tentang motivasi, mesti dah ramai yg terbayangkan kata-kata semangat yg mampu membantu kita untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Namun, cukupkah dengan sekadar mendengar kata-kata semangat itu saja...??
Seringkali kita terlihat orang yg sedang bersedih hati - putus cinta, kehilangan orang tersayang, dibuang kerja, ditikam dari belakang etc - sering memanfaatkan kata-kata semangat untuk memulihkan kembali jiwa mereka yg telah sakit. Ada yg mampu menjadikan kata-kata semangat itu untuk terus bangkit dari kekecewaan. Namun, ada yg hanya sekadar 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'. Susah ke sebenarnya nak memotivasikan diri sendiri dan sekaligus memulakan hidup baru...?
Tiada manusia yg pernah terlepas dari ujian Allah S.W.T. Ujian itu hadir sebagai bukti Allah itu Maha Penyayang. DIA sayangkan hamba-Nya. Dengan cara memberi ujianlah, Allah menunjukkan kasih sayang-Nya.
Hanya kekuatan diri kita saja yg mampu membawa diri kita kembali pulih atau terus hanyut dalam kekecewaan. Memang sukar untuk melupakan masa silam, bangkit dari kecewa dan mulakan hidup baru. Tapi, belum cuba belum tahu, kan? Jadi, jangan berhenti mencuba. Jangan mengalah sebelum bertindak. Jangan berputus asa selagi masih ada nyawa di dada.
Tanamkan keyakinan yg tinggi bahawa Allah S.W.T sentiasa ada bersama kita, di saat susah dan senang. Hadapilah hidup dengan keyakinan itu. InsyaAllah, semua kerja kita akan dipermudahkan-Nya. Hanya orang yg yakin dan percaya bahawa setiap ketentuan Allah S.W.T ini adalah yg terbaik buat dirinya saja yg akan bahagia, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat kelak, insyaAllah.
7 comments:
walau apa pun, Allah sentiasa bersama kite..
baru lps pulih dari kekecewaan.. sbb tu lama sepi... cuba untuk mencari ketenangan dan kekuatan serta memotivasikan diri.. Alhamdulillah Queen berjaya mengatasi segala kekusutan... kata2 semangat dan sokongan mmg diperlukan...
motivasi diri ni sgt penting kan.. :-)
@mizzkechique : betul tu...sentiasa yakin yg Allah tak berjauhan dari kita :)
@QueeN TerataI : insyaAllah...u'll be recovered soon :)
@IntaNBerliaN : mmg sangat penting (",)
yang penting..semangat kena kuat...jgn cepat berputus asa...:D
Post a Comment