Pages

Thursday, 1 March 2012

Ukur Baju Badan Sendiri

Assalammualaikum W.B.T

Semalam takde entri. Sebab..?? Aku bercuti menguruskan pelbagai hal. Jadi, hari ni aku kembali semula ye. Alahai...macam la ada orang yg kisah sangat pun...hoho :p

Idea untuk menulis entri ni aku dapat lepas berbual dengan seorang teman tentang hubungannya dengan bekas kekasih hati. Mengikut katanya, dia pernah diberi peringatan oleh teman-teman terdekat, "ukur baju badan sendiri la beb!"

Mengikut pemahaman aku, istilah ukur baju badan sendiri tu maksudnya kalau nak mencari pasangan hidup atau melakukan apa saja, biaralah yg bersesuaian dan sepadan dengan kemampuan kita, betul kan...? Bila aku dengar ungkapan ni, aku mula la terfikir tentang apa yg pernah aku lakukan dalam hidup aku ni. Adakah semua perkara yg aku lakukan tu bersesuaian dengan kemampuan aku...? Adakah semua orang yg pernah menjadi kawan aku tu sepadan dengan aku...? Alamak...ayat 'sepadan dengan aku' tu macam apa je. Okay la...tukar-tukar...adakah aku sesuai dan sepadan berkawan dengan semua yg pernah menjadi kawan aku sebelum ni...?

Bila memikirkan perkara-perkara yg pernah aku lakukan, rasanya ada juga yg di luar kemampuan aku. Tapi, aku gigihkan juga. Hasilnya memang la tak kemana. Cuma boleh dapat pengalaman hidup. Well, pengalaman hidup tu mahal kan harganya (",)

Dan bila terkenangkan ada di antara kawan-kawan aku yg 'berada' dan cara hidup mereka memang tak tercapai dek akal aku untuk memikirkannya, aku rasa macam diri aku sangat kerdil kot. Memang terlupa langsung aku nak mengukur baju di badan aku sendiri.

Jadi, lepas ni...apa pun yg aku nak lakukan, dengan siapa pun yg aku nak berkawan, kena la tengok diri sendiri dulu. Mampu atau sebaliknya.

p/s : sabar dan tabah hadapi dugaan hidup ** eh, ada kaitan ke..?? **

11 comments:

MizzTina said...

dik, kaya xsemestinya sombong.. tp mmg kenkadang trsa kerdil berkwn dgn org berada ni..huhuhu

Kazman / Sue said...

ye betul... rasa kerdil tak pee... jangan rasa mengalah.... usaha tangga kejayaan

3no gr33ny said...

pada hamba..berkawan itu tidak memerlukan pengukuran..apatah lagi darjah...kita semua sama saja pada pandangan Yang Maha Pencipta..

mungkin bab memilih jodoh saja yang perlu ukur baju di badan sendiri..

nak dapatkan yang soleh..kita la perlu jadi solehah dulu..bukannya hanya tahu menjaga penampilan..iman di hati juga perlu dikukuhkan =)

Ce'gu JAERA said...

yaa, saya sependapat dengan 3no gr33ny... pada saya berkawan tidak perlu nak memilih.. kecuali lah org yang kita nak kawan itu sombong dan bongkak dengan statusnya..

yang penting diri kita, ikhlaskan lah berkawan dengan sesiapa saja. Siapa dia dan latarbelakangnya usah kita ambil kira, kerana kita sama saja pada pandangan Yang Maha Esa..

Selamat petang adik ku Dylla .... senyum2 sokmo yaa... Harap insurans wira tu dah dapat claim.. ehee

maszull said...

assalamualaikum Mia...ikhlas dlm berkawan itu yg pentingnyakan...:)

IntaNBerliaN said...

akak ada jugak membe kaya tp dorg semua ok.. xsombong..

Dylla Abas said...

@mizzkechique : betul tu...setuju :)

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : hmm..betul tu...tak perlu memilih dlm b'kawan...tapi biasa la manusia..pandangan Allah tu kadang-kala tak diambil kira kan..pandangan sesamam manusia yg lebih penting...wallahu'alam...

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : insyaAllah...walaupun ukuran keikhlasan tu x boleh dinilai sendiri...tapi sy akan cuba mengikhlaskan diri dalam b'kawan :)

Dylla Abas said...

@maszull : salam mama, betul tu..yg penting ikhlas dlm b'kawan :)

Dylla Abas said...

@IntaNBerliaN : kadang2 manusia ni suka fikir benda2 yg tak pernah jadi kan...memang ramai org kaya yg x sombong sebenarnya :)