Pages

Monday, 26 March 2012

Jangan Terlalu Taksub

Rata-rata dunia hari ini, kita didedahkan dengan perkembangan pelbagai jenis hiburan, fesyen dan komunikasi. Mungkin di zaman kanak-kanak dan remaja aku dulu dunia tidak sehebat hari ini. 

Zaman aku dulu, kalau dah ada handphone Nokia 3310 dah cukup gah.
Hari ini...? Budak sekolah rendah pun pakai Blackberry.

Zaman aku dulu, pergi sekolah pun naik bas tambang...dah cukup hebat la dapat naik bas sekolah.
Hari ini...? Driver hantar sampai depan pintu kot.

Zaman aku dulu, dapat spend sejam dua kat CC (Cyber Cafe) pun dah cukup baik.
Hari ini...? Majoriti orang dah memiliki iPad sendiri.

Begitulah perbezaan 'dunia' yg aku nampak. Betapa mewahnya manusia pada masa kini. Walaupun handphone aku dah bertukar rupa ** tak la canggih sangat...tapi boleh la layan FB..hoho :p ** kadang-kadang aku sentap juga melihat budak-budak sekolah main campak-campak je Blackberry diorang. Gila la! Banyak betul duit dia kan.

Tu baru cakap pasal gadget. Belum lagi cakap pasal dunia fesyen dan hiburan. Yg Islam pun tak nak ketinggalan berfesyen. Kononnya, Islam itu sukakan kecantikan dan keindahan. Betul. Aku setuju. Tapi, kecantikan itu tidak la pula sampai melamapui syariatnya.

Kadang-kadang aku perasan, majoriti yg beragama Islam ni yg terlampau taksub dengan perkembangan dunia. Baik dari segi apa sekalipun la. Kononnya tak nak dikatakan ketinggalan. Kita masih boleh terus maju meskipun kita mengikut syariat yg telah dtetapkan ** aku sedang berusaha ke arah itu..insyaAllah ** Asalkan niat kita itu ikhlas kerana Allah, insyaAllah.

Janganlah kita menjadi terlampau taksub akan sesuatu yg tidak kekal. Tak salah melayari FB. Tapi, jangan sampai melalaikan hingga lupa solat dan hal sekeliling. Tak salah mahu kelihatan cantik, tapi biarlah kesopanan dan kemuliaan Islam itu dikekalkan. Tak salah meminati seseorang artis kerana bakatnya, tapi janganlah sehingga memujanya.Wallahu'alam.


p/s : entri hari ni berunsur nasihat je kot...baik sungguh aku...hoho (",)







7 comments:

abghani said...

tabsub membuta tuli itu dilarang..ada akal boleh pikir

Kazman / Sue said...

saya setuju sangat dengan pendapat dalam entri kali ini... jangan jadikan kemodenan kita lalai dengan tuntutan akhirat.... semoga kita semua dirahmati selalu.... aminnn

Ezad Skytech said...

budak2 sekarang ni hidup terlalu mewah...bila ada je gadget baru kat pasaran..dan2 tu jugak nak tukar baru...yg barang2 lama dilupakan...

Unknown said...

mmg mewah anak2 zamn skrg ni.. cumanya semoga kemewahan yg ada ini tidak disalhgunakan dan semoga mereka menghargai apa yg mereka ada.

budak penjara said...

aku dlu x penah pn di manjakan oleh ibu bapa ku..nnti de anak, ak nk ajar ank2 nek kete lembu je..klu nk berhubung dengan kawan, just pakai surat dan hantar melalui burung merpati je..baru lah gahhhhh haha

Kancil 8349 said...

mereka tidak menghargai apa yang mereka ada...ingat mereka akan hidup kekal...tulah bebudak zaman sekarang...Kancil pernah ajuk soalan kepada murid kancil mengenai kematian...
jika mak bapa anda meninggal dunia, dari mana kamu akan dapat duit saku...jawapan mereka datuk atau nenek,
jika nenek atau datuk meninggal dunia, jawapan mereka pak cik dan mak cik...
jika mereka juga meninggal dunia, jawapan mereka...banyak harta kami...(kancil tidak merujuk semua murid namun ada di antara mereka)

3no gr33ny said...

bdk2 skrg...huhu..hamba juga tak terkejar dengan zaman