Assalammualaikum W.B.T
Dah 4 hari aku tak update blog. Selalunya cuti blogging on weekend je. Tapi, kali ni drag samapi 4 hari pula...hehe...aku ada seminar la 2 hari lepas. Agak tak puas hati la bila bos hantar aku ke seminar tu mewakili dia. Tapi, bila dah sampai sana...macam best pula. So, takde la rasa menyesal pergi sana kan (",)
Tapi, hari ni aku bukan nak cerita tentang seminar tu. Aku nak cerita tentang sesuatu yang amat mengganggu fikiran aku 2-3 hari ni. Harap sangat korang boleh bantu untuk perbetulkan silap aku.
Baru-baru ni di salah satu lama sosial yang aku ada (pasti bukan FB), aku berbual dengan seseorang yang tak pernah aku kenal. Kawan Alam Maya. Begitulah aku gelarkan dirinya. Mula-mula perbualan antara kami biasa-biasa je. Tapi, bila dah lama berbalas-balas message...perbualan tu dah jadi semakin berat. Korang jangan fikir bukan-bukan lak. Takde isu 'cinta' kat sini ye.
Mulanya, dia sekadar bertanya ciri-ciri lelaki yg aku suka. Jadi, selepas melalui transformasi hidup ni, dah tentu la aku mahukan lelaki yg tak tinggal solat untuk menjadi bakal imamku satu hari nanti, kan?
"Oh, kalau yg tak tinggal solat jadi pilihan, saya memang dah terkeluar dari senarai cik Dila la ye..."
Begitu la jawapan dia masa aku bagitahu ciri pertama lelaki yg aku suka. Aku bukan kisahkan sangat tentang dia tu siapa. Tapi, aku kisah sangat dengan jawapan dia..."saya memang dah terkeluar senarai.." Maksudnya..?? Dia bukan jenis yg bersolat la ye...?
Bila aku katakan yg aku perlukan lelaki begitu untuk membimbing aku, nak tahu apa respon nya...?
"Saya tak rasa semua orang yg baik tu alim dan tak tinggal solat..."
Oh, okay...so, dia fikir macam tu. Aku cuba cari ayat yg terbaik untuk membalas. Tak nak gaduh-gaduh...tak nak mengecilkan hati. Jadi aku katakan :
"Orang yg bersolat tak semestinya alim...tapi, orang yg alim tu pasti tak tinggal solat..."
Aku cuma nak maksudkan disini, orang yg alim (orang yg berlimu tentang agama) mesti tahu mana yg baik atau buruk, kan? Orang yg alim pasti sentiasa Amal Maaruf Nahi Mungkar, kan? Dan yg pasti orang yg alim pasti tahu akan hukum Allah, kan?
Sambungnya lagi..."Saya tak kata apa yg awak cakap tu salah, cik Dila. Tapi saya percaya orang alim tu bukannya baik sangat. Dia mesti ada buat salah. Jadi, saya rasa..apa yg awak tulis tu hanyalah kepercayaan dari apa yg awak fikir..."
Astagfirullahal'azim...mengucap aku sekejap masa tu. Dia kata kepercayaan dari apa yg aku fikir...??? Weh...orang Islam bercakap tentang kepercayaan dengan seseorang Islam yg lain...? Ya Allah, dugaan apa ni, Tuhan??
Aku belum cukup bagus untuk bercakap tentang hukum Allah. Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu yg solat itu tiang agama. Tanpa "tiang" kita tak boleh nak bina rumah, kan...? Begitulah juga halnya dengan Islam. Tanpa tiangnya, bagaimana kita nak terus berjihad di jalan Allah...?
"Saya tak nafikan hukum-hukum yg ada dalam Quran tu. Tapi, saya percaya apa yg saya fikir selain dari hukum-hukum yg ada dalam Quran..."
Ya Allah....takutnya aku dengar!!! Kalau orang yg hidup atas kepercayaan pemikiran sendiri, macam mana tu...?? Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda..."jika kamu tidak jelas apa yg tertulis di dalam Al-Quran, maka ikutilah sunnahku.." lebih kurang macam tu la bunyinya. Jadi, boleh ke kita ikut pemikiran kita sendiri...?
Salahkah ke aku bila cuba perbetulkan apa yg dia fikirkan tu...?
p/s : tiada manusia yg tak buat silap...Allah itu Maha Pengampun...dan aku tak nak jadi hamba yg terpesong akidahnya...