Sudah 2 hari program ni berakhir. Tapi, hari ni baru ada kesempatan untuk menulis entri tentang program ni. BEAT atau nama penuhnya Building Excellence Attitude & Team. Bunyi macam menarik, kan? Okay...ini kali pertama aku join program macam ni. Personally, aku suka program ni. Selain dari pelbagai motivasi yg aku dapat, ramai juga kawan-kawan baru yg aku boleh kenal.
Program selama 3 hari 2 malam ni bermula pada 10 Feb 2012 dan berakhir pada 12 Feb 2012. Bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Penginapan tu boleh tahan la. Sangat selesa. Malangnya, aku tak dapat bilik yg menghadap laut. Boleh nampak sekerat je. Jadi la kan..daripada tak nampak langsung..hehe (",)
Aku nak cerita tentang aktiviti-aktiviti yg dijalankan selama aku berada di sana. Banyak sangat input yg aku nak kongsi dengan korang semua. Check it out...!
DAY 1 - 10 Feb 2012
Berkumpul di Teathrette sebelum bertolak. Mendengar beberapa taklimat tentang program yg bakal dijalankan di sana nanti.
Prof. Datuk Dr. Mohd Zabid memberi ucapan ringkas dan 'merasmikan' pemergian kami dengan kata-kata semangat dan harapan yg menggunung tinggi...hehe (",)
Tiba di Bayu Beach Resort pada pukul 5.00 petang. Kami dijamukan dengan hidangan minum petang dan terus check in di bilik masing-masing. Sempat berjalan dan bergambar di tepi pantai sebaik saja selesai makan malam. Waktu ni jam dah pukul 6.45 petang. Tapi hari cerah lagi kan...
Sangat suka gambar ni. Matahari dah terbenam penuh meninggalkan cahayanya. Sayang sangat tak dapat nak snap satu-satu gambar matahari dalam proses nak terbenam.
Aktiviti pertama - berkumpul di Ballroom untuk sesi suaikenal dengan fasilitator dari LH Consulting. Ada 3 orang fasilitator dan dibantu oleh beberapa orang lagi. Dan mereka sangat-sangat best! Seorang dari Negeri Sembilan, seorang dari Perak dan seorang lagi dari Johor. Macam-macam ragam, macam-macam cara. Tapi, mereka punya SATU misi. Untuk memastikan kami semua mendapat input yg sepatutnya kami dapat.
Beratur!!!!!!!! Proses pembahagian kumpulan. Dah besar-besar macam ni pun masih nak kena beratur lagi..hahaha. Selesai proses ni, kami berkumpul dengan ahli kumpulan masing-masing. Dan aku rasa sangat bertuah kerana mendapat ahli kumpulan yg sangat sporting (",) Dah selesai sesi suaikenal dengan ahli kumpulan sendiri, tamat la aktiviti untuk hari pertama ni.
DAY 2 - 11 Feb 2012
Aktiviti pertama di hari ke-2. Kami diberi beberapa module tentang Team Formation, Excellence Individual dan Team Bonding. Penyampaian yg amat bersahaja oleh fasilitator yg terlibat, module tu terasa sangat menarik. Boleh diaplikasikan di tempat bekerja.
Mereka menerangkan bagaimana sesebuah kumpulan itu boleh berjaya. Bukan sekadar menubuhkan sebuah kumpulan/pasukan/department, tapi banyak faktor lain yg perlu diambil kira. Kepercayaan adalah asas utama untuk membina sesebuah kumpulan. Selain dari itu, komunikasi, toleransi dan tanggungjawab juga memainkan peranan yg penting di dalam sesebuah kumpulan/organisasi.
Selesai saja 3 module tersebut, kami semua diarahkan berkumpul beramai-ramai di hadapan. Sambil tangan bersilang antara satu sama lain, kami didendangkan dengan sebuah lagu melayu klasik. Adesss...lemah betul aku. Mana la aku tau lagu klasik ni. Fasilitator tu mengarahkan kami menyanyi pula lagu tu. Hahaha...macam-macam intonasi yg aku dengar. Pitching tak payah cerita la. Memang lari habis (",)
Selepas makan tengahari, kami semua berkumpul di tepi pantai untuk satu lagi aktiviti. Aku tak tahu nak gelar permainan ini sebagai apa, mungkin Spider Web atau mungkin ada nama lain. Yg pastinya, ketika permainan ini berlangsung la, banyak karektor yg boleh aku nampak. Ada yg berlagak nak jadi bos. Ada yg tak nak 'jatuh'kan status nya hinggakan posisi duduk pun dia boleh tegak berdiri. Ada juga yg jenis tak makan saman. Ada yg tak boleh ditegur. Ada yg jenis tak ambil peduli. Macam-macam hal la...hehehe
Muka penat lepas aktiviti di tepi pantai tu. Bukan la penat sangat. Tapi, disebabkan cuaca yg amat panas, jadi muka pun dah jadi macam apa je aku hari ke-2 tu..!
Kami berkumpul semula di Ballroom untuk mendengar taklimat tentang acara kemuncak bagi program ni. Nak tahu tak acara apa..??? Haa...acara ni la acara paling mengarut yg aku rasa. By the way, aku tetap mengambil bahagian. Kan Team Building, kena la support each other..huhu (",) Jom kita main kawen-kawen...!!!
Deco Team sedang sibuk menggantung pelamin. Tema untuk acara ni ialah merah. Yelah, UniRazak tu kan merah kalernya...kena la seiring dan sejalan..hahaha
Another members of Deco Team - tekun sungguh kak Efa ni buat gubahan. Muka tak senyum langsung..hehehe (",)
Okay...disebabkan kami nak buat 1 Malaysia Wedding, jadi...dekorasi ni pun bertemakan 1 Malaysia juga la. Aku tak tahu nak sebut dekorasi ni sebagai apa. Lupa dah namanya (",)
Haa...ni team memasak. Aku dalam team ni okay...don't play-play!! Hehehe...kami cuma buat 3 menu je. Nasi beriani, Ayam Goreng apa ntah dengan Udang panjat Nenas. Aku tak rasa pun, jadi tak tahu nak cakap sedap ke tak. Yg pasti, aku tak masak pun. Tolong tengok je. Maklumlah...supervisor (",)
Audio Team - diorang ni memang cekap la bab-bab audio ni. Kalau kat UniRazak pun, memang ni la tugas diorang. Tapi, dalam cekap diorang ni pun, ada juga kesilapan teknikal yg berlaku. Dan kesilapan tu berlaku semasa majlis berlangsung. Adess...memang pecah perut la aku ketawa.
Persembahan pertama ketika majlis berlangsung adalah persembahan silat daripada 2 orang staff yg seorang nya dah lama tak bersilat, dan seorang lagi memang takde basic silat. Tapi, persembahan diorang mengagumkan juga la. Tepukan gemuruh bergema di segenap Ballroom tu. Keep it up ya Ezwan and Ali (",)
Hidden talent - our Registrar, Tuan Haji Shuib dengan persembahan solo beliau. Memang impressed! Tuan Haji ni kalau kat ofis jenis yg senyap je. Soft spoken. Jarang dengar dia tinggikan suara. Rupa-rupanya Tuan Haji ni pandai main harmonika la!
Ni lagi seorang yg buat aku rasa kagum. Tak ramai generasi muda yg sangat berbakat dalam meniup seruling. Tapi, mamat ni selamba je! Adesss...memang aku berhenti makan kejap la waktu. Fokus (",)
Taraaaa...ini la dia 3 pasangan pengantin untuk 1 Malaysia Wedding ni...!! Perghhh...aku tengok pengantin olok-olok ni muka masing-masing ceria je. Macam kahwin betul-betul dah aku rasa. Nasib baik bukan aku yg dipilih untuk menjadi pengantin. Kalau tak harus lagi banyak gambar bersanding yg aku attach kat sini...hehehe (",)
Ambil peluang bergambar dengan pengantin lelaki, Cham. Cham ni budak department aku je pun. Kat ofis suka kenakan aku. Jadi, malam tu, memang turn aku la nak bahan dia balik. Hehehe...sampai merah padam la muka dia kena sakat dengan kitaorang semua. Sorry Cham..can't control myself to make fun of you (",)
Alhamdulillah, acara kemuncak ni berjalan lancar. Aku tak dapat nak tunggu untuk acara karoke. Mata dah tersangat berat masa tu. Jadi, lepas dapat bergambar dengan pengantin, aku pun terus naik bilik. Layan mata...tidur la!
DAY 3 - 12 Feb 2012
Sesi pagi hari ke-3, sepatutnya kami ada perbentangan berkumpulan. Tapi, disebabkan kesuntukan masa, jadi fasilitator tu cuma boleh mengarahkan kami untuk menulis input yg telah kami dapat sepanjang program BEAT berlangsung. Aku memang suka jadi tukang tulis, tak perlu la nak perah otak fikir apa-apa kan. Tulis je..huhu (",)
Tak tahu la aku ni tengah khusyuk ke apa. Macam dok tersenyum sorang-sorang pun ada juga ni. Hehe...apa pun aku suka gambar candid ni..macam comel je..hahahaha
Sebelum berhenti untuk makan tengahari, kami sempat bermain satu lagi permainan. Permainan ni benar-benar menguji semangat berpasukan dan kepantasan kami. Menyusun, mengagih dan menerima kad-kad dalam tempoh masa yg ditetapkan. Perghhh...aku masa ni rasa macam dah jadi mesin kat kilang tu. Tangan tetap berkerja walaupun takde kad yg tiba. Kelakar je bila ingat balik. Apapun, aku berbangga sebab kami berjaya mencapai apa yg kami terget..caya la!
Prof. Datuk Dr. Mohd Zabid yg tiba di akhir program. Tiba untuk memberi tepukan semangat kepada kami semua. "Maybe, our next program on Star Cruise there..." ujarnya bersahaja. Kami pun apa lagi, tepuk tangan la..harap-harap Datuk benar-benar memaksudkannya...yippie!!
Dua orang yg mengapit aku ni budak-budak department aku. Seorang tu Lina, merangkap housemate aku juga. Dia sangat muda daripada aku. Tapi, tak nak panggil aku kakak pun..hoho :p Yg seorang lagi, Cham, pengantin olok-olok tu!
Bergambar kenangan dengan tag nama aku sendiri. Semua orang dah keluar waktu ni. Tinggal aku dengan photographer untuk gambar ni je. Sorry ye Dayah, tak niat nak buli pun...hehehe
Group photo - hentikan niat untuk mencari aku dalam gambar ni. Memang korang tak jumpa punya. Nasib aku, si kecik yg dilindungi oleh orang-orang sekeliling...huhu (",)
p/s : happy dengan program ni...Datuk, buat la lagi program macam ni ye..ngeee :p
10 comments:
YES qUEEN sokong! queen pun suka aktiviti mcm ni... seronok je kan..
p/s: dah lama pergi aktiviti mcm ni..
salam adik ku...
meriahnya aktiviti macam ni kan.. at least ianya sebuah input untuk semua individi agar bekerja dalam satu pasukan.. semangat berkumpulan pastinya akan lebih hebat dan lebih tertur
wahhh....beznye dpt aktiviti camni...pnt camner pun klu da sronok mesti xterasa pnat tu...
neway input dia adalah teamwork...bgus tu....
bila dh lama tak beraktiviti..dapat join program macam ni mmg sgt seronok..dpt release tension sambil belajar sesuatu yang baru =)
@QueeN TerataI : 1st time sy join...tapi rasa jatuh cinta dgn program macam ni :)
@Gen2Merah : betul tu abg cikgu..program macam ni memang sangat bermanfaat bg orang2 yg tahu nak memanfaatkannya la :)
@Si BuDaK KaChAk : betul..betul..penat pun tak terasa penat sangat sebab terasa enjoy..
@3no gr33ny : yes...agree with that...release tension (",)
seronokkan join aktiviti cam gini.. enjoy... :-)
seronoknye..yg silat ngan seruling tu rasa mcm nk tgk je
Post a Comment