Apabila engkau memandang segala-galanya daripada Tuhanmu yang menciptakan segala-galanya, yang menimpakan duka, yang membuat keinginan terhalang serta menyusahkan hidupmu, pastu akan damailah hatimu. Mustahil Allah sengaja mentakdirkan segala-galanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu dan betapa retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati sebeginilah yang lebih lunak untuk dekat dan akrab dengan-Nya - Hikmah Pujangga
Kebanyakan kita menganggap bahawa cubaan atau ujian hidup boleh melemahkan cita-cita dan melumpuhkan keyakinan. Ini kerana pada dasarnya kita hanya mengingini yang mudah-mudah dan tidak mahu menghadapi kesusahan apatah lagi cubaan hidup. Bagaimanapun, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangat untuk mengabdikan diri kepada Illahi dan mempertingkan ketakwaan - Syeikh An-Nadawi
Rasulullah S.A.W sentiasa mahu menjadi hamba yang bersyukur meskipun baginda sudah dijamin tempatnya di dalam syurga. Begitu juga dengan nabi dan rasul-rasul yang lain. Dalam sebuah kisah, Nabi Sulaiman mengungkapkan rasa syukur dianugerahkan mukjizat dapat memahami bahasa haiwan lalu menyebut doa ini :
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu, dalam kumpulan hamba-Mu yang soleh." - Surah An-Namlu : ayat 19
1 comment:
sbnarnya dgn ujian tu la DIA nak uji keimanan kita terhadap DIA kan..
Post a Comment