Assalammualaikum W.B.T
Dah lama rasanya tak update enrti on Sunday. Rasa agak pelik di situ..hehehe >_< Apapun, nak ucapkan selamat berhujung minggu buat semua kawan-kawan blogger. Moga cuti yg ada ni dimanfaatkan dengan sebaiknya. Hari ni, aku agak sibuk mengemas rumah dan membasuh baju. Rajin sungguh...anak siapa la ni ye...huhu (",) Dah siap mengemas baru la terasa nak BW. Lama juga tak menjenguk blog kawan-kawan. Mesti dah banyak cerita yg aku dah missed.
Sebenarnya nak cerita tentang aktiviti 2 malam yg lepas. Aku dan beberapa orang teman sekerja menghabiskan masa di Bukit Tinggi dan Genting Highland. Semalaman kami berada di 2 tempat tu. Masa kat Bukit Tinggi tu cuaca agak menyenangkan. Tak la sejuk sangat. Tapi, bila dah sampai Genting Highland, tetiba je rasa sejuk. Mula-mula tu aku okay lagi. Tapi, bila tetiba je ada angin yg bertiup, terasa sejuk pula. Tapi okay la...masih boleh bertahan lagi. Plus, aku pun tak bawa sweater. Jadi, memang kena bertahan la kan. Oh, lupa pula...si dia pun ikut sama dalam aktiviti ni **walapun hakikatnya aktiviti ni memang dirancang oleh si dia...hee **
Kami bertolak ke sana lepas solat Mabhrib. Sempat singgah kejap di Masjid Taman Melati untuk menunaikan solat Maghrib. Kami tiba di Colmar Tropicale Bukit Tinggi hampir jam 9.00 malam. Memang tak ramai orang. Sampai sana, kami bergambar dulu di hadapan bangunan ala-ala France di laluan masuknya. Gambar wajib bagi sesiapa jua yg sampai di sini.
Kami singgah makan di sebuah restoran yg terdapat di situ, Le Poulet Roti. Restoran tu menghidangkan 100% produk ayam. Dan malam tu kami memilih menu Roasted Chicken, yg ada side dish. Dah ala-ala Kenny Rogers je gayanya. Tapi, muffin Kenny Rogers lagi sedap la..huhu >_< Masa tengah makan tu, ada pula persembahan silap mata. Aku tak dapat nak fokus sangat sebab daya tarikan Roasted Chicken tu lebih kuat...hahahaha
Selesai je makan, kami sempat la juga melepak di depan pentas tu untuk melihat beberapa persembahan nyanyian. Mujurlah aku berkeras untuk duduk di tempat aku, kalau tak memang aku la yg conquer mic malam tu..hee >_< Suara penyanyi-penyanyi malam tu agak sedap juga ** dan aku difahamkan mereka berbangsa Filipina ** Mereka menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta dan Kuda Hitam dengan sangat baik. Tapi, aku kagum bila salah seorangnya menyanyikan lagu Rolling In The Deep (Adele). Boleh tahan juga la. Aku bagi 3 1/2 bintang kat dia (",)
Agak-agak dah bosan dengan persembahan tu, kami pun memulakan sesi pengambaran..cheh! Haa la, dah sampai sana kena la bergambar. Takkan la nak tengok je view kat sana kan. Dah nama pun bawa kamera, rugi pula rasanya tak snap barang sekeping dua gambar untuk dijadikan kenangan. Ini pertama kali aku datang ke sana dengan suasana malam. Walaupun tak begitu meriah ** mungkin sebab tak ramai orang kot ** tapi, aku tetap teruja dengan struktur bangunan di situ. Tetap hebat pada pandangan mata aku.
Kami sempat naik ke atas tower setinggi 3 tingkat yg ada di sana. Tapi, masa nak naik lif tu, masyaAllah...bau lif nya sangat menyengat. Pening sekejap. Nasib baik la 3 tingkat je. Kalau 10 tingkat, mahu pengsan kitaorang dalam lif tu!
Dah puas bergambar dalam kawasan Colmar Tropicale tu, kami singgah untuk melawat sekawan angsa putih dan hitam yg terdapat di situ. Angsa-angsa tu kelihatan agak kurang agresif di waktu malam. Macam mana pun, salah seekor dari angsa putih tu tetap "menyerang" bila si dia hulurkan tangan ke arah angsa tu. Padan muka kena gigit dengan angsa!
Lepas tu, kitaorang pun bergerak menuju ke Genting Highland pula. Bak kata diorang la, alang-alang dah sampai situ...baik terus ke Genting Highland. Nak merasa suasana malama kat sana. Aku memang on je. Lagipun, bukan aku yg drive. Relax je jadi co-pilot. Apa nak kisah sangat..ngee :p
Sampai Genting Highland, takde banyak aktiviti yg boleh dibuat pun. Maklumlah, sampai sana pun dah hampir tengah malam. Mana ada apa-apa event pun. Outdoor & indoor park, semua dah tutup. So, kitaorang melepak jelah. Keluar masuk hotel-hotel yg ada. Menikmati suasana dingin sambil berborak-borak. Malam tu, jelas sangat yg hanya aku dan si dia je yg nampak fresh. Yg lain-lain tu semua dah tak larat. Mata masing-masing layu je. Tunggu masa nak letak kepala atas bantal je tu. Confirm lena!
Kesian betul budak-budak ni. Disebabkan diorang dah nampak sangat tak bermaya, si dia terus buat keputusan untuk berehat dalam kereta je. Masuk je dalam kereta, masing-masing dah tersandar. Aku...?? Terpaksa pula meneman si dia yg sibuk dok tuning kereta dia. Tak tahu la kenapa, tapi enjin kereta dia macam bermasalah sepanjang perjalanan naik ke Genting Highland ni. Yg mengikut firasat aku, "mungkin enjin sejuk agaknya." Disebabkan aku pun dah tak larat nak melayan kerenah si dia membebel dengan keretanya, aku pun masuk la dalam kereta. Dan akhirnya, aku terlelap juga.
Sedar-sedar je, dah hampir Subuh. Yg lain-lain dah mula resah nak balik. Si dia suruh diorang balik dulu. Sebab dia nak sambung tidur sekejap je lagi. Lepas selesai Subuh nanti, baru kitaorang gerak. Haa, itu la dia penangan overnight di Bukit Tinggi dan Genting Highland kan. Sumpah memang takde apa aktiviti yg best. Tapi, sebab aku dah biasa overnight ** kalau sebelum ni kitaorang overnight dengan adik bongsu aku...alaa, rindu pula kat dia!! ** jadi aku rasa perkara tu biasa je. Takde apa yg membosankan sangat pun. Cuma, aku harap kawan-kawan yg lain tu tak serik la dengan aktiviti macam ni nanti kan (",)

~ Dylla Abas ~
3 comments:
Salam~ Zam dtg nak jemput tuan blog utk join satu segmen ni :)
http://zamani84.blogspot.com/2012/10/segmen-tambah-followers-laju-laju-by.html
Time2 free, boleh lah join k ;)
wah bestnyer tgk...tingin juga nk g sana eheee
wah bestnya... seronok tgk gambar2 ni smeua.. cantik :-)
*berkenan dkt kasut dylla :-)
Post a Comment