Pages

Monday, 22 October 2012

Hidup Tak Selamanya Indah

Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Isnin kembali seperti biasa. Masih diberikan peluang untuk meneruskan komitmen dan tanggungjawab terhadap tugasan harian. Lama rasanya tak membebel kat blog buruk ni. Tak tahu nak bebelkan tentang apa. Banyak sangat perkara yg berlaku, sampai tak tahu nak update yg mana dulu.
Akhir-akhir ni, aku rasa macam kehilangan mood yg amat ketara. Datang kerja pun dengan sangat tidak berperasaan. Hanya ada rasa tanggungjawab je yg membuatkan aku gigih juga ke tempat kerja. Selebihnya, hanya perasaan kosong menghadap pc. Aku rasa, aku rindukan mak dan ayah la. Dah lama tak jumpa diorang. Mungkin sebab tu aku rasa hidup ni tak sempurna. Nasib baik la hujung minggu ni dah nak bercuti. Mak, ayah...nanti kita jumpa ye.
Berbalik kepada topik entri hari ni, sebenarnya dah lama nak tulis entri ni. Tapi, nak mengumpul kekuatan untuk menaip tu agak slow sikit. Hari ni la baru dapat kekuatan tu. Macam yg aku dah taip kat atas tu, banyak sangat perkara yg jadi akhir-akhir ni yg menjejaskan mood aku. Walaupun boleh ketawa riang macam biasa, tapi dalam hati Allah jelah yg tahu. Peritnya rasa menjadi hipokrit. Berlagak seperti takde apa-apa yg berlaku. Sedangkan perasaan ni berkecamuk sangat.
Memang hidup ni tak selamanya indah. Bila terasa hidup dah begitu sempurna dengan perjalanan hidup yg sangat lancar, dan tetiba datang dugaan yg mengejutkan, memang rasa tersentak kejap. Cuba untuk bersabar dan bertabah, tapi sebenarnya aku lemah! Yg mampu aku buat hanyalah menjadi seorang yg hipokrit. Sakit weh!
Google
Mungkin tu salah satu sebab kenapa aku slow sikit update entri. Kang update dengan emosi macam ni, memang cerita sedih jelah yg keluar kan. Jadi, aku nak ambil masa untuk pulihkan semangat dulu. InsyaAllah, bila semuanya dah selesai, aku akan kembali seperti biasa. Apapun, aku rasa kadang-kadang sifat hipokrit ni perlu juga. Walaupun sakit, tapi itulah sikap yg membolehkan kita terus berdepan dengan apa jua situasi dalam apa jua emosi. Hah, dah jadi peribahasa lak...ngee >_<
p/s : bila dah terlalu lama bergembira, rasa lemah pula nak berdepan dengan dugaan yg "menarik" kegembiraan tu secara tiba-tiba =(
~ Dylla Abas ~

6 comments:

MizzTina said...

mstila ada pro n kontra.. kena ada happy n sad story kan.. nape ni, ada masalah lg ke?

Dylla Abas said...

@MizzTina : hee...ada!! tapi..malas la nak fikir..boleh?? huhu :p

3no gr33ny said...

masalah ni xboleh difikirkan sangat sahabat..tapi tidak boleh juga kita hindarinya..bila diri dah bersedia nanti..hadapinya dengan tenang..insya-Allah hidup pun akan tenang seperti biasa

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hidup ni penuh dgn dugaan n cabaran..kita perlu kuat tuk hadapinya...hidup xkan indah tanpa ada masalah :)

Dylla Abas said...

@3no gr33ny : insyaAllah...semuanya akan pulih seperti sediakala :)

Dylla Abas said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief : betul tu sis..kena kuat..sy akan cuba jadi kuat ye >_<