Pages

Monday, 15 October 2012

Isnin Yg Terpilih

Assalammualaikum W.B.T
 
Isnin kembali seperti biasa. Dan pagi Isnin kali ni, aku di"hidang"kan dengan berita sedih tentang adik Ahmad Adam Syukri di MHI. Setiap kali berita adik Adam disiarkan, setiap kali tulah rasanya mata aku ni panas. Airmata tu macam nak keluar. Tapi, tak keluar pun. Namun, dalam hati betapa Allah saja yg tahu betapa sedihnya aku melihat penderitaan adik Adam yg terus berjuang untuk hidup. Ketabahan hati kedua orang tuanya, begitu memberi inspirasi. Ya Allah, moga Kau ringankan la penderitaan dan beban mereka sekeluarga. Amin.
 
Bila bercakap tentang hari Isnin, pasti banyak gelaran yg diberi. Monday Blues. The Sickness Monday. Dan macam-macam lagi. Walaupun aku sendiri secara peribadinya agak kurang bersemangat bila datangnya hari Isnin, tapi banyak kebaikan yg ada pada hari Isnin yg kita semua sedari, tapi sengaja mengabaikannya.
 
Di dalam Islam, ada beberapa perkara besar yg berlaku pada hari Isnin. Antaranya :
 
1. Nabi Idris A.S telah naik ke langit.
2. Nabi Musa A.S menerima wahyu di Bukit Thursina.
3. Turunnya dalil tentang ke-Esa-an Allah S.W.T
4. Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W
5. Malaikat Jibril turun ke bumi untuk kali pertama bertemu dengan baginda Rasulullah.
6. Semua amal perbuatan umat Islam diperlihatkan kepada Rasulullah.
7. Wafatnya Nabi Muhamad S.A.W
 
Hari Isnin juga dipilih sebagai hari di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa Sunat. Ada yg berpuasa Sunat hari ni..? Alhamdulillah. Dan ada banyak lagi kelebihan hari Isnin yg kita semua tahu. Isnin juga merupakan permulaan minggu baru dalam kehidupan seharian kita. Moga-moga, lepas ni kita semua akan lebih bersyukur untuk menempuh hari Isnin yg akan datang ** termasuklah diri aku sendiri ** InsyaAllah. 
 
 
Google
 
 
p/s : Zikir Isnin
 

 




~ Dylla Abas ~ 

11 comments:

sYaMiL HaTtA said...

Maklumat Yang Sangat Berguna (^_^)

Tie HT said...

as salam,

nice entry, moga diberi ketabahan kepada insan2 yang diuji..

Zana Adieyza said...

nice sharing.. zana selalunya nak hilangkan monday blues tu trs ingatkan diri yg zana sendiri lahir hari isnin so kenapa nak benci pada hari isnin kan?

Unknown said...

x ada sebab pun x suka pd hari Isnin ni.. tak ada Isnin.. bila pulak nak sampai ke Jumaatkan? :)

whatever it is.. kita kena tukar mindset kita jer.. kalo kita rasa isnin tu membosankan.. kita jdkanlah isnin tu yg plg ceria.. kan.. kan.. kan..

Anonymous said...

tq share this gd one !

azievee said...

Hari senin cam beruang kutup...jalan seret kaki g keje....hihihi

maszull said...

assalamualaikum dylla...setiap hari pasti ada keistimewaannyakan...oleh itu nikmatilah setiap hari yg kita lalui itu...:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima kasih berkngsi sis...

Mimie said...

nice entry

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice sharing dylla...akak pun sedih tgk kisah adik adam

IntaNBerliaN said...

perkongsian yg bagus..