Pages

Thursday, 25 October 2012

I Promise You...Ya Allah

Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban. Buat semua umat Islam, moga kita semua meraikan Aidiladha ini dengan penuh rasa keinsafan dan cubalah perbaiki diri dalam janji-janji kita yg ingin berkorban hanya kerana Allah S.W.T.

Bila hati diuji dengan pelbagai ujian hidup, mula la terasa nak dekatkan diri dengan-Nya. Bersyukurnya aku kerana dipilih untuk diuji sebegini. Bersyukurnya aku kerana "ditegur" oleh-Nya yang kadangkala lalai di dalam menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. Dan bersyukurnya aku kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kesilapan diri.
Aku berjanji Ya Allah, aku akan terima segala dugaan-Mu ini dengan penuh rasa redha kerana aku yakin, Engkau jua la Yang Maha Mengetahui segala yg terbaik buat diriku. Aku berjanji Ya Allah, tak akan aku sakiti hati orang-orang di sekeliling seperti mana aku disakiti. Pulihkan segera hatiku ini Ya Allah. Kembalikanlah semula ketenangan dalam diriku seperti yg pernah Engaku kurniakan dulu.
p/s : Salam Aidiladha buat semua yg sudi singgah blog buruk aku ni >_<
~ Dylla Abas ~

4 comments:

Anonymous said...

nk wish selamat hari raya aidiladha juga ye

maszull said...

assalamualaikum dylla...salam hari raya korban...:)

Zana Adieyza said...

nice sharing dear...

ayut said...

smoga cepat hati dylla sembuh..insha Allah,sampai masa yer semua itu akn terubat...slam aidiladha yer wlupun dh lmbt.huhu