Pages

Sunday, 31 July 2011

Mengekang Tabiat Merokok

Bulan Ramadhan datang lagi..!! Sebahagian dari kita menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kesyukuran. Tapi, ada juga yang menganggapnya sebagai berita buruk. Siapakah mereka..? Mereka ni terdiri dari golongan PEROKOK TEGAR...!!


Mereka terpaksa menahan rasa gian dan ketagihan mereka selepas tamatnya waktu sahur sehinggalah saat berbuka puasa. Bayangkan selama hampir 14 jam mereka ni terpaksa 'berpuasa' dari merokok. Ini adalah sesuatu yang amat perit bagi mereka. Perokok-perokok tegar ni sanggup menghisap rokok sebaik saja minum segelas air ketika waktu berbuka puasa. Itu sudah cukup puas bagi mereka.

Tapi, bagi mereka yang memang mempunyai keinginan atau berazam untuk berhenti merokok, maka bulan Ramadhan adalah waktu yang paling sesuai untuk melaksanakan impian tu. Jadi, ambil peluang ini. Fokus pada menu lazat untuk berbuka puasa nanti. Jangan fikirkan tentang rokok lagi.

p/s : katakan TIDAK pada rokok (",)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1432H



Ahlan Wa Sahlan..Selamat Datang wahai bulan Ramadhan..!! Alhamdulillah, akhirnya Ramdhan datang lagi. Dan alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang untuk menempuh Ramadhan sekali lagi.

Lepas Maghrib tadi memang dah tercongok depan tv tu. Tak sabar nak tengok pengumuman puasa. Walaupun dah boleh agak memang puasa jatuh pada esok hari, tapi rasa teruja nak tengok Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tu bagi announcement.

Tahun ni tahun ke-3 aku menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan puasa. Hmm..apa plan aku tahun ni ek..? Tahun lepas, tak dapat buat apa-apa sebab OFF puasa (nikmat dan kelebihan wanita..huhu..) Tahun sebelum tu best sangat sebab celebrate kat surau. 1st puasa kot..!! Tahun ni harap-harap tak OFF puasa. Boleh la buat solat sujud syukur (moga-moga berkesempatan..amin..)

isu Norman - Memey tetap hangat selepas 3 tahun..!!


Manusia ni memang tak boleh buat silap kot..? Macam kata pepatah, gajah depan mata kita tak nampak...tapi kuman di seberang nampak sejelas-jelasnya. Eh, lain macam je bunyi pepatah ni. Err..aku buat ayat sendiri la. Lupa ayat sebenar pepatah tu macam mana. Tak kisah la, yang penting maksud yang aku cuba nak sampaikan tu difahami (",)

Manusia yang paling cepat akan dikata, dicaci dan dihina adalah golongan artis. Public figure. Nak buat macam mana, kan..? Tapi, kita sebagai peminat janganlah tahu nak hentam je. Kat sini, aku nak cerita pasal Norman Hakim dan Memey. Aku bukanlah peminat 2 pelakon ni. Tapi, aku suka juga tengok lakonan diorang. Bagi aku, diorang ni berbakat. Tak perlu la kita nak menghukum diorang atas apa yang diorang dah buat. Kita pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Biarlah diorang nak hidup bahagia. Diorang pun manusia, macam kita juga. Ada hati. Ada perasaan.

Bak kata pakcik aku dulu, "kakak, kalau la artis-artis ni bertaubat, berdosa kita kalau tak minta maaf dari diorang.." Haa..fikir sendiri la ye. Dosa dengan Allah, kita boleh dapat lagi keampunan-Nya. Dosa dengan manusia..? Mampu ke kita nak cari diorang hingga kita dapat keampunan tu...? Wallahu'alam...

Ia masih wujud selepas bertahun-tahun..!!


Gerai pakcik yang jual apam balik tu (sebelah kiri)
Sekarang dah upgrade...ada stall jual burger lagi
 

Hmm..pagi-pagi tadi hujan lebat. Trrr..sejuk beb!! Tarik selimut la..apa lagi. Tapi, tiba-tiba dengar suara mak suruh bangun. "Bangunlah nak, oii!! Sarapan. Nanti sejuk nasi goreng ni.!!" Adesss..terpaksa la aku bangun juga. Cuti-cuti pun kena bangun awal. Tapi, nasi goreng mak sedaplah. Kang habis nyesal lak aku tak sempat nak makan..huhu :p

Lepas sarapan, mak terus ajak aku pergi pekan Slim River (aku ni orang perak, Slim River..tu pasal slim je..hahahaha) Oohhh..itulah sebabnya dia beria-ia suruh aku bangun sarapan. Nak ajak pergi pekan rupanya. Hmm..hari Ahad pekan Slim River tu ada lambak (orang kampung aku panggil lambak..macam pasar pagi la..)

Lambak ni seingat aku la dah wujud sejak aku kecil lagi. Masa tu aku rasa umur aku dalam 3-4 tahun. Dulu aku selalu pergi lambak dengan arwah Opah aku. Ikut je dia ke hulu ke hilir. Masa tu lambak ni dibuka setiap hari Khamis. Sekarang dah tukar hari Ahad. Tapi, tempatnya masih sama. Orang-orang yang berniaga tu aku rasa masih ada yang sama. Terutamanya pakcik yang jual apam balik. Muka dia yang paling aku cam. Sebab dulu-dulu selalu beli apam balik kat dia.

Mak aku yang tengah sibuk mencari penapis teh (",)
Walaupun selepas bertahun-tahun, lambak ni masih wujud lagi. Masih ada ramai pengunjung. Kadang-kadang aku tersenyum seorang diri. Teringat macam mana aku merengek nak minta arwah Opah aku belikan burger (memang kecil-kecil dah suka makan burger..sampai sekarang masih suka lagi..)

Alhamdulillah..satu lagi NYAWA muncul di dunia..!!

Tak tergambar betapa bahagianya aku..!!! Seorang lagi anak buah aku selamat dilahirkan ke dunia tepat jam 1.59am - 31 Julai 2011. Bayi lelaki. Begitulah SMS yanga aku terima pagi tadi dari adik lelakiku. Belum berkesempatan nak melihat wajah tulus sang bayi itu. Namanya juga belum diketahui.

Hmm..rasa-rasanya entri ni kena bersambung la ye..?? Nanti dah tau nama baby, dah dapat MMS gambarnya, aku update lagi.

p/s : bila nak merasa bahagia dengan baby sendiri pula ni..?? huhu :p

Saturday, 30 July 2011

ulam kacang botol, sambal belacan dan teh O panas..!!

Source : BLOGger cendanakasih. Terima kasih, gambar ni memang best!!

Hehehe..sesiapa yang pernah makan ulam kacang botol mesti tau kesedapan ulam ni bila dicicah dengan sambal belacan kan? kan? kan? Ish...nikmat betul makan. Ada teh O panas lagi...perghhh!! Caya la mak...you are the best..!! Syukur alhamdulillah..kenyang sudah (",)

Sampai-sampai kampung tadi, mak terus ajak makan. Langkah kanan. Rezeki tu. Apa lagi, makan jelah. Bukan selalu dapat makan masakan mak. Maklumlah..anak rantau macam aku ni, harapkan tukang masak kat kedai jelah. Tak pun mengharapkan belas ihsan budak-budak umah, "korang nak masak apa malam ni...?" Hehehehehe...

p/s : kepada BLOGger yang dah sampai kampung, atau OTW nak sampai kampung, atau yang tengah plan nak balik kampung ke tak, atau yang memang tak balik kampung minggu ni...Selamat Berpuasa..!!!

macam mana nak ubati hati yang duka..???

Semua orang pernah berduka, kan..?? Jangan tipulah cakap tak pernah. Dari sekecil-kecil anak hingga ke sebesar-besar mak/bapak...semua pasti pernah berduka. Tak kira la macam mana rupa bentuk duka tu sekalipun. Kat sini aku nak share beberapa tips yang mungkin boleh diguna-pakai sekiranya anda mengalami saat-saat berduka. Tips ni aku dapat dari pengalaman orang lain dan pengalaman sendiri :



1. Jangan banyak fikir
Gila apa..??? Macam mana tak nak fikir..? Kalau tak fikir pun mesti perkara tu akan melintas juga. So, automatik dah kena fikir, kan..? Hehehe..ni respon yang selalu aku dengar bila cakap jangan fikir. Betul. Aku dulu pun macam tu. Tapi, bila dah makin matang ni (eh, matang ke..??) baru aku tahu betapa besarnya effect kalau kita tak fikir. Memang berkesan cara ni. Kita akan rasa sedikit tenang. Otak pun macam fresh je.

2. Sibukkan diri
Cara ni mungkin ramai yang dah dengar. Tapi, aku letak cara ni yang ke-2 ada sebabnya. Bila kita sibukkan diri, so secara automatik kita akan lupa untuk fikirkan hal yang menyebabkan kita berduka. Jadi, perkara 1 dan perkara 2 sangat berkait, kan..? Sibukkan diri anda dengan macam-macam hal. Kalau dah takde apa sangat yang nak dibuat, pergi tidur. Haaa...tidur ni memang boleh buat kita lupa segala masalah. Tapi, sebelum tidur tu niatlah dalam hati, 'lepas bangun dari tidur ni, aku harap aku takkan berduka lagi....' motivasi..motivasi...

3. Luahkan
Ini penting. Ada orang yang bila berdepan dengan masalah dan sering berduka, sangat suka untuk pendamkan masalah tu. JANGAN. Kalau kita jenis yang kuat semangat, takpe. Tapi, kalau sebaliknya, jangan sesekali cuba pendam. Cari sumber yang boleh dipercayai untuk kita luahkan segala macam hal yang terbuku di hati. Bahaya kalau kita pendam. Nanti depressed, terus ke Hospital Sakit Jiwa la jawabnya..!!

4. SABAR
Huh..perkataan yang dinanti-nanti telah tiba!! Ramai yang tak suka dengar perkataan ni bila ditimpa musibah, kan..?? Tapi, percayalah, hanya dengan bersabar je hati anda akan kembali pulih seperti sediakala. Aku tak suruh korang jadi sangat-sangat bersabar la. Sabar ikut mana yang termampu. Selebihnya, tawakkal je. Allah takkan menguji kita melebihi dari apa yang kita mampu.

5. Banyakkan Zikrullah & Mengaji
Kepada yang beragama Islam, cara ini amatlah disarankan. Dulu, masa aku tengah down dengan macam-macam dugaan yang datang menimpa, aku banyak mengaji dan berzikir (alhamdulillah, sekarang pun masih meneruskan lagi walaupun hati dah sedikit tenang...) Semakin banyak kita mengaji dan berzikir, semakin khusyuk hati kita jadinya. Bila dah khusyuk tu, memang kita akan rasa something melanda kat hati. Rasa berdebar-debar. Rasa sebak. Rasa tenang. Masa tu, ambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah, minta supaya Dia mengampunkan dosa-dosa kita dan tenangkan hati kita. InsyaAllah, diperkenankan. Allah suka hamba-Nya meminta daripada-Nya.

6. Solat
Okay..ini cara terakhir yang selalu aku buat bila aku tengah berduka. SOLAT. Hmm..aku tak cakap pasal solat 5 waktu tau (tu memang WAJIB..!!) Aku bercakap tentang Solat Sunat. Banyakkan solat sunat seperti solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Istikharah atau solat sunat Tahajjud. Dengan cara ini, kita akan semakin dekat dengan Pencipta kita. Bila kita dekat dengan-Nya, hati kita pasti akan tenang. Dijamin!! Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  Wallahu'alam...

ish..BEN ASHAARI ni takde benda lain ke nak minta..???

Salam semua...!!!
(especially to bro BEN ASHAARI for creating this segment...)

Mood : Super duper excited
Weather : Raining
Background music : I Will Survive (Glroia Gayner)



Hmm..dalam banyak-banyak segmen, aku rasa segmen ni macam best la. Bila bro BEN suruh letak apa-apa gambar DAN apa saja tajuk asalkan ada nama BEN ASHAARI tu, aku rasa excited walaupun terlambat sikit nak join (sebab tadi sempat view BLOGgers lain yang dah siap entri nya..)

So, kat bawah ni aku attach gambar yang menyimpan kenangan yang bermakna tapi memang gelak la kalau ingat balik. Malam kedua kat A Famosa Resort Malacca, kitaorang (aku dan budak-budak ofis) ada program kat Cowboy Town tu. Sebab nama dia Cowboy Town, jadi aku pun berusaha la memakai pakaian yang ala-ala cowgirl. Haa..amik kau!! Jadi..!!! Takde topi, takde pistol, takde kuda. Kalau ada semua-semua tu..memang perfect la (",)

** edited **
Gambar terpaksa di 'remove' kan satas sebab-sebab tertentu



Berita Baik Untuk WANITA..???

WANITA banyak pilihan...??? Haaa...inilah tajuk muka depan Berita Harian hari ni. Rasanya la..sebab aku tak beli paper. Baca online je..huhu (",)

Ish...perlu ke wanita berpindah ke negeri yang ada ramai lelaki..??
Dengan erti kata lain, kadar pertumbuhan LELAKI di negara kita ni merupakan berita baik untuk WANITA la sebab takde la istilah ANDARTU atau ANDALUSIA (macam terkena kat diri sendiri je..hoho :p) Eh, ye ke..???? Ataupun berita yang lebih baik, takde la banyak kes POLIGAMI. Sebab wanita sekarang tak perlu berkongsi lelaki yang sama.

Hahahaha..tapi ini cuma fakta. Kenyataannya, bergantung pada individu tu juga. Selagi ada :

1. Jenis yang suka merampas suami orang
2. Jenis yang suka memadukan isteri sendiri

wujud di dunia ni, tak guna juga lelaki lebih ramai dari wanita pun...ye tak?? Wallahu'alam...

Pagi-Pagi Dah BASAH...!!

Tapi..belum kuyup lagi (",) Alhamdulillah, hujan RAHMAT di pagi hari. Bangun tidur je terus rasa menggigil. Macam nak sambung tidur balik. Nasib baik la hari ni kerja. Kalau tak mesti dah tarik selimut, berdengkur balik la jawabnya..!!


Teringat dulu pernah dapat 1 email. Dalam email tu tertulis, kalau waktu-waktu hujan macam ni...elok la kita amalkan membaca Surah Al-Kautsar. Baca sebanyak 11 kali dan niat la dalam hati apa yang kita nak minta dari-Nya. InsyaAllah dimakbulkan. Waktu hujan kan salah satu waktu mustajab doa kita diperkenankan. Allah Maha Mendengar. Kalau rajin, baca la banyak kali (",)

p/s : Sharing is Caring...!!

Friday, 29 July 2011

Saat-Saat Tunggu GAJI..!!


Haa...best kan nak hadapi saat-saat tunggu GAJI..?? Masa ni macam-macam terlintas kat kepala otak. Nak beli itu la...nak beli ini la. Kalau boleh semua benda kita nak.

Tapi, untuk sesiapa yang memiliki aset seperti kereta atau rumah...time gaji tu mula la rasa susah hati. Duit banyak keluar nak bayar installment. Hehehe..tapi takpe, yang kita bayar tiap-tiap bulan tu akan jadi milik kita juga, kan..? Takpe la susah-susah dahulu...senang-senang kemudian (",)

Yang penting, kita kena berjimat-cermat. Nak beli apa-apa pun, kena plan. Kita beli apa yang kita dah plan untuk beli. Kalau boleh jangan ada others expenses. Duit yang lebih tu kita boleh buat back-up untuk unexpected budget, kan..?? Bulan Ramadhan pun tak lama lagi dah. Lagi la kena berjimat sebab nanti nak shopping raya...hahahaha. Selamat Berpuasa BLOGgers..!!

Thursday, 28 July 2011

Saya BANGGA Saya Anak MALAYSIA..!!!


Jersi Skuad Harimau Malaya

Uish..bukan main lagi tajuk entri..!! Siapa yang tak bangga jadi anak Malaysia, kan..? Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan hidup harmoni sesama kita. Tambahan pula sekarang ni Pasukan Harimau Malaya sedang bertungkus-lumus berjuang di Stadium Bukit Jalil tu. Memang bangga la jadi anak Malaysia.

Tadi, masa jengah blog bro Ben Ashaari aku terbaca 1 entri ni. Dalam tu bro Ben tulis, manusia ni memang suka buat propa terhadap manusia lain. Contohnya artis Malaysia la. Masa artis tu tengah naik namanya, dia dipuji-puji, disanjung-sanjung. Tapi, bila dia buat silap sikit je, habis semua hal dalam-dalam artis tu nak dipukul-canangkan. Tak baik camtu kan. Mengaibkan manusia ni berdosa tau.

Untuk kaitkan entri bro Ben tu dengan entri aku malam ni, pasal skuad kebangsaan kita la. Sebelum skuad kita jadi seperti hari ini (terutamanya malam ini..!! go Malaysia go..!!)...mereka dikritik hebat oleh rakyat Malaysia sendiri. Macam-macam yang diorang cakap. Jaguh kampung la..itu la..ini la. Sekarang ni, skuad Malaysia dipuja-puja (memang la barisan pemainnya pun dah bertukar..). Sampaikan aku pergi kemana saja, mesti nampak orang pakai jersi Harimau Malaya tu (termasuklah seorang housemate aku...)

Jersi Kedua Skuad Harimau Malaya
p/s : Skuad kita pakai jersi kedua malam ni (",)
Yang paling best masa aku keluar nak beli burger tadi. Abang yang jual burger tu kelam-kabut siapkan burger aku, semata-mata nak tengok match malam ni. Perghhhh..sebenarnya aku memang respect la kat penyokong Malaysia. Walaupun korang pernah kutuk-kutuk skuad kita, tapi korang juga yang sokong mereka. Salute arr beb!

BEN ASHAARI CARI BLOG...CEPAT!!

Salam..Salam..Salam...!!


Cari punya cari...sekali terjumpa BLOG budak baru nak belajar ni pula (",)

Wahai kawan-kawan BLOGger...bila sebut pasal cari ni..aku sangat-sangat suka nak perluaskan maksud CARI tu apa :
Sebenarnya kalau nak buka kamus untuk mencari maksud CARI tu mesti tak dapat..hahaha..kebanyakan kamus (buku atau online) akan memberi penjelasan tentang penggunaan cari. Huh..payah juga kan nak tahu apa maksud cari tu. So, macam mana nak tahu maksudnya..?? Aku cuba terangkan secara ringkaslah maksud cari tu mengikut definisi aku sendiri (rasa-rasanya ramai yang dah tahu)

CARI ialah perbuatan atau usaha untuk mendapatkan sesuatu.

Jadi kawan-kawan, cepat-cepat CARI jalan untuk dapatkan Traffic Blog yang best dengan menyertai event kat atas tu (klik je banner bro BEN ASHAARI tu) Good luck..!! Moga BLOG anda akan diterjah..yiehaaa!!



Kau Fikir Kau Hebat..???

Wahhhh..tengok tajuk pun dah ala-ala nak cari gaduh ni..hehehe :p chill Dylla..jangan gaduh-gaduh dengan orang..gaduh dengan kucing takpe (mana lak nak cari kucing ni...)


2-3 menjak ni, bila online FB ada je status yg buat aku rasa pelik sangat dengan perangai manusia. Ya..aku cakap pasal manusia. Sebab kucing tak pandai nak berFB..hahaha (",) Dalam status tu macam-macam la yang diorang tulis. Macam-macam sampai aku rasa "korang ni tulis-tulis macam ni tak rasa ke macam nak memperbodohkan diri..??"

Kenapa aku cakap macam tu..? Mudah je..contoh 1 status ni : Aku punya suka la aku nak buat apa..kau jangan nak menyibuk hal aku..jangan nak cari pasal..kau ingat kau tu lelaki aku takut sangat la..kalau kau cari pasal lagi dengan aku...kau siap!! Haa..perempuan tau yang tulis macam tu. Adeiii..cik kak..dah lumrah wanita..kita ni insan yang lemah (lain la kalau dia ada Blackbelt ke..takut gak kan..) Jangan buat hal macam tu. Biarlah orang nak cari pasal. Memanglah bengang kan. Tapi, kita relax je. Banyak-banyak sabar..muhasabah diri. Kalau dah kita pun jenis kepala angin..memang susah la.

Sebenarnya ada banyak lagi..tapi tak larat plak nak list satu-satu. Korang pun faham kan apa maksud aku. Kadang-kadang rasa menyampah dengan status-status macam ni (macam la orang tak pernah menyampah dengan status aku..hahahaha...) Tapi, kadang-kadang seronok gak dapat baca. Boleh kenal ragam manusia.

Tapi satu jelah. Tak payah la kot nak tunjuk hebat sangat. Kita ni manusia, sama je. Ada 2 mata, 1 hidung, 1 mulut..yang penting 1 HATI. Jadi, berbuat sesama kita kan lebih bagus. Wallahu'alam...

p/s : pesanan untuk diri sendiri juga (",)

Wednesday, 27 July 2011

Sana-Sini pasal BOLA..!!

Dari kiri : Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Muhammad Fadhli Mohd Salleh, Muslim Ahmad dan Aidil Zafuan
Pagi-pagi ni sempatlah singgah BH Online, baca apa-apa yang patut. Buka-buka je muka depan dah nampak gambar beberapa pemain barisan pertahanan skuad kebangsaan yang dah bersedia untuk berdepan dengan pasukan Singapura malam esok. Perghh..aku pula yang nervous.

Sebenarnya aku memang dah lama tak ambil tahu dunia sukan bola sepak ni. Sejak aku mengaktifkan diri dalam dunia permotoran (kereta ye..bukan motor.hehe..) ni, aku dah memang tak tahu apa yang berlaku dengan mana-mana pasukan bola sepak kat dunia ni. Terutamanya pasukan yang pernah aku ikuti perkembangannya sejak dari darjah 5 lagi (glory..glory..Man United..!!). Masa tu gila betul dengan Eric Cantona. Duit saku habis beli majalah Man United FC. Sampai kena marah dengan ayah. Hahahaha..kenangan sungguh!!

Wajah-wajah ceria penyokong Malaysia yg berjaya mendapatkan tiket perlawanan. Caya la beb!
Kepada pemain-pemain Malaysia yang akan turun padang malam esok, all the best to you guys. Menang kalah adat bertanding. Tapi, kita memang nak menang..chaiyok!!

Tuesday, 26 July 2011

5 Rahsia Lelaki


Model : Aaron Aziz..perghh..tak tahan!!
Hensem la my Hero ni..hak3 :p
Sang bf..jangan marah ye..my Hero is uR id0L (",)

So..kawan-kawan blog..kat bawah inilah 5 rahsia lelaki tu :

1. Lelaki sebenarnya boleh menjadi sangat sensitif & prihatin
2. Lelaki memilih perempuan yang mempunyai banyak persamaan dengan mereka
3. Kebanyakan lelaki sering berasa resah untuk 1st date
4. Lelaki mudah cemburu terutama jika sang gf menyebut nama lelaki lain
5. Masa putus cinta, lelaki juga sedih...tapi tak nak tunjuk sebab nak kontrol macho

p/s : bacaan umum ni sesuai untuk kaum Hawa je..
tapi kaum Adam kalau nak join baca sekali..apa salahnya
Dah baca kan..? Anda percaya tak..??

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...


Ada sesiapa yang berminat nak join Ben Ashaari dalam
Segmen : Ben Ashaari Ajak Join Bloglist Baru..??
Haa..ringan-ringankan tangan anda klik banner kat atas tu ye

p/s : sesiapa yg berminat nak tukar SUKA SAMA SUKA link dengan saya..
sila tinggalkan komen di kotak bawah..peace..!!!

SAYA BUDAK BARU BELAJAR...KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN (",)

Cara Menangani Stress


Stress atau tekanan..?? Hampir semua orang di dunia ni pernah mengalami keadaan ini. Pelbagai jenis tekanan yang melanda akan menyebabkan diri menjadi tidak tenteram, kusut dan buntu. Tidak kiralah dia tu golongan professional, penganggur, pelajar atau sesiapa sekalipun..pasti pernah mengalami stress dengan sesuatu atau dengan seseorang. 

Tips ni aku copy & paste untuk berkongsi dengan korang semua macam mana caranya menangani stress. Mungkin korang ada cara lain yang lebih baik lagi. So..boleh kongsi-kongsi la ye!

1. SENYUM - Masa tengah stress mesti korang semua akan tarik muka kan..? Lepas tu mula la nak mengomel seroang diri. Apakata korang cuba senyum. Bila kita senyum, pasti tekanan yang dihadapi tu akan reda.

2. BERSENDIRIAN - Hmm..rasanya kebanyakan orang yang menghadapi tekanan memang suka bersendirian. Memencilkan diri dan menjauhkan diri dari orang sekeliling. Cara ni bagus juga. Tapi, janganlah masa menyendiri tu korang layan perasaan sangat. Nanti bertambah stress lak. Cuba muhasabah diri. Mesti berkesan.

3. BERTENANG - Jangan sesekali cuba serabutkan keadaan yang sedia ada. Cuba tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali. Elakkan diri dari membuat keputusan dalam keadaan tidak bertenang. Kebiasaannya, keputusan yang berlandaskan emosi akan membawa kekesalan.

4. BERBUAT BAIK PADA INSAN LAIN - Cuba elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh menyakiti hati orang lain. Jika korang terpandang seseorang yang akan membuat korang berasa stress, jauhkan diri dari mereka. Sentiasa berbuat baik sesama insan. Pasti hati akan menjadi lebih tenang.

5. PEMAAF - Jadilah seseorang yang berhati luhur dan pemaaf. Ini penting kerana memberi kemaafan itu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan orang yang meminta kemaafan. Dengan cara ini saja korang akan berasa lapang dada dan sekaligus boleh mengurangkan tekanan.

6. PELUK - Korang pasti akan berasa lebih lega, nyaman dan tenang jika berada dalam pelukan seseorang, kan? Ataupun, kalau tiada siapa di sisi korang yang boleh memeluk korang untuk melegakan korang, korang carilah teddy bear ke, bantal busuk kesayangan korang ke. Berada dalam pelukan atau memeluk sesuatu akan mengurangkan rasa stress yang ada.

7. LAVENDAR - Pernah dengar nama bunga ni..? Haa..kalau korang nak tahu, haruman Lavendar ni merupakan anti-stress yang sangat-sangat membantu. Jadi, kepada sesiapa yang tengah stress tu, boleh la cuba menghidu haruman Lavendar ni. Aroma terapi ke. Air freshener ke.

8. KASIH SAYANG - Sebenarnya inilah tips yang paling best kot. Masa kita tengah stress tu, cuba kita bayangkan orang-orang yang kita sayang ataupun orang-orang yang menyayangi kita. Kasih sayang mereka itu akan mampu memberi kita kekuatan dan semangat untuk menghadapi segala macam bentuk tekanan.

9. CERIA - Tak perlu bebankan fikiran dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan terlalu menekan diri kita untuk menghadapi setiap masalah, beban atau apa saja. Hadapi dengan apa yang termampu. Ceriakan hidup korang selalu. Orang yang ceria ni jarang terkena penyakit stress..hehe :p

10. TUHAN - Walau apapun tips yang aku dah senaraikan kat atas, yang terakhir ini merupakan tips yang paling berkesan. Ikutilah segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. InsyaAllah hidup kita akan dirahmati selalu. Hati akan menjadi lebih tenang. Kita hidup di dunia ni hanya sekali je kawan-kawan. Jadi, nikmatilah hidup ini dengan seadanya. Wallahu'alam..



Monday, 25 July 2011

Bentuk Gigi

"Senyum seindah suria..Yang membawa cahaya..Senyumlah dari hati..Duniamu berseri..!!"

Mesti semua orang pernah tahu atau pernah dengar lirik lagu kat atas tu kan..? Aku pun dah lupa lirik keseluruhannya. Tapi, part ni yang menarik perhatian aku untuk aku kaitkan dengan entri aku hari ni. Senyum dan gigi..?? Apa perkaitannya..? Haa..meh nak citer (",)

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang memandang remeh tentang kecantikan gigi. "Asalkan aku gosok gigi 2 kali sehari dah cukup.." Dialog-dialog macam tu dah selalu aku dengar. Kat mana-mana akan ada orang yang mengulang-ulang dialog begini. Cuba bayangkan, rupa minah tu cun gile..tapi bila dia senyum..alamak..hancus!! Gigi berkarat..!! Haa..cuba cakap..siapa kata gigi dan senyuman tu takde kaitan..??

Okay..sekarang aku tak nak cakap pasal senyuman. Aku nak cakap pasal gigi. Jenis-jenis gigi dan apa maksudnya kepada sesiapa yang memilikinya. Hmm..check it out!!

JARANG DAN KECIL
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain.Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi, yang tak best nya, dia sibuk menilai orang lain dalam masa yang sama dia tak suka pula dirinya dinilai. Ish..tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah. Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau kamu yang bersalah, kan??

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA
Orang yang memiliki bentuk gigi macam ni adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulang. Sebenarnya mereka ni jenis yang ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Hmm..bagus ya sifat pemilik gigi jenis ni :)

BESAR DAN JARANG
Alamak..parah!! Pemilik bentuk gigi sebegini kebanyakannya merupakan seorang yang iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok begitu. Itu kan rezeki namanya. Selain itu, golongan ini juga keras kepala orangnya. Hmm..mereka ni jenis yang sanggup untuk melakukan apa saja asalkan kemahuan mereka tercapai. Bahaya ni..!!

JONGANG DAN KECIL
Apa pula maksud pemilik bentuk gigi macam ni..? Dikatakan mereka ni seorang yang bertolak ansur dengan orang lain. Keras kepala..tapi bertempatlah. Ada lembut dalam kekerasan tu.

JONGANG DAN BESAR
Banyakkan bersabar jika anda ada kawan/kekasih yang memiliki bentuk gigi sebegini. Mereka ni dikatakan bermulut celupar. Alamak..ye ke?? Mereka ni juga dikatakan mudah mengeluh dan tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tapi, yang bagusnya..mereka ni seorang yang agresif dan ringan tulang.

TIDAK TERSUSUN
Kata orang, jangan menilai rupa dari luaran saja. Jangan hanya kerana giginya tidak tersusun cantik, maka dia pun tak cantik. Salah tu. Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini memang sangat tepat dijadikan teman. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Berpengetahuan luas pula tu. Tapi, kadangkala mereka ni agak kebudak-budakkan. Walau apa pun, mereka ini adalah insan yang pandai membahagiakan insan lain.

GIGI MASUK KE DALAM
Orang macam ni perahsia sikit. Mereka suka menyembunyikan sifat sebenar mereka. Selalunya, mereka ni golongan yang pendiam. Mereka ni amat bagus dijadikan tempat untuk menyimpan rahsia.

Haa..amacam..?? Ada tak antara jenis-jenis gigi kat atas ni yang sama dengan kawan-kawan..? Ada..? Takde..? Hehehe..entri ni hanya sekadar untuk berkongsi info. Takde niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Aku takde la nak percaya sangat. Keperibadian seseorang tu bukanlah dinilai dari jenis gigi..setuju..?? Tapi, terpulang la kepada anda untuk menilainya. Dah baca, kan..? Anda percaya tak..?

Wallahu'alam..

Hapuskan Islam..???

Tengok tajuk entri pun dah rasa macam nak marah. Tapi, sebagai umat Islam yang telah dididik supaya tidak menggunakan kekerasan untuk mengajar orang-orang yang selalu berfikiran mahu menghapuskan Islam, aku terasa nak berkongsi maklumat ni dengan kawan-kawan semua.

Kepada kawan-kawan yang telah tahu atau masih belum tahu, baru-baru ni di Eropah, berlaku pembunuhan kejam ke atas berpuluh-puluh remaja Islam di Perkhemahan Belia. Orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu dikenali sebagai Anders Behring Breivik. Dia menembak mati 85 orang dan mengebom 7 lagi mangsa yang lain. Gila..memang gila!!

Sebelum dia melakukan serangan tu, dia sempat memuat-naik video di dalam Youtube. Video itu menunjukkan bagaimana Breivik menyeru serangan terhadap umat Islam. Ya Allah..tak habis-habis si Kafir Laknatullah ni nak buat hal kan. Tak serik-serik dengan bala yang Allah dah turunkan.

Apa yang terlintas di fikran aku sekarang ini ialah KIAMAT. Breivik sendiri menegaskan dia bertindak sedemikian untuk berdepan dengan kebangkitan Islam. Hmm..yang lebih menarik, tindakannya itu ada kaitan dengan Facebook. Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut, sila klik di sini. Selamat Membaca..!!

FYI..inilah dia rupa Breivik, orang yang bertanggungjawab mahu menghapuskan Islam.

Saturday, 23 July 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2..best..!!

Date : 21st July 2011
Venue : Cathay The Curve

Felt so excited to watch my favourite serial movie : Harry Potter..!! And this was the final movie for the series. After so many years to follow this movie, it'll end up..finally. Just can't believe it. Credit to JK Rowling for the great imagination of these witch and wizard life. And to Daniel Radcliffe, Emma Watson and Rupert Grint..you are such a great actors and actress. The 3 best-friend characters really suit 3 of you. Good luck for your future undertakings. No Harry Potter doesn't mean no more you..!!!


Really satisfied to watch this final adventure series of Harry Potter's movie. Ah..almost forgot to credit to the director..David Yates. Your work was excellent..!! Part 2 brings the audience almost directly into the gigantic and intense climax of the entire series but is wise enough to spend the first 30 minutes or so focusing on closing out remaining plot-points that needed to be resolved before entering the final stages of revelation, confrontation, and ultimately closure. Once the film begins entering that last leg of the entire series things become dramatically heightened to such extremes that it's one of the most thrilling and satisfying large-scale films to be produced in recent years. This is one epic conclusion that should manage to leave audiences feeling extremely satisfied.


Daniel Radcliffe proves how amazing he really is in the central role by grounding the entire story and making the emotional journey worth the wait because of his satisfying performance in Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2. Radcliffe carries the series to a grand finale and only someone as talented and dedicated as him could have seen this series through to the end. Emma Watson and Rupert Grint remain perfect for their roles of Ron and Hermione and when a special moment occurs between these characters it is truly satisfying and convincing. Fans will be happy! Alan Rickman delivered one of his best performances as Severus Snape and one can only hope that the Academy Awards recognize his stunning portrayal of the character this time around. Overall, it is truly just fantastic to see so many supporting characters receive a brief moment in the spotlight again with actors who are fantastic at representing them.


To those who doesn't watch this movie yet, please to do so. Watch the trailer and you'll feel to watch the movie. You'll not regret. You can count on me (",)

Thursday, 7 July 2011

Semalam, Hari Ini dan Esok

Semalam adalah kenangan..
Hari ini adalah kenyataan..
Esok adalah masa depan..

Semua orang yg hidup kat atas muka bumi ni punya kenangan tersendiri. Kenangan yg berbeza yg dimiliki oleh setiap orang akan menentukan kematangan seseorang. Betul ke..?? Kenangan tu umpama pengajaran yg berguna untuk masa depan. Ada kenangan yg baik. Ada juga kenangan yg buruk. Bergantung pada individu bagaimana dia mengadaptasikan kenangan itu untuk dijadikan pengajaran dalam hidupnya. Bak kata pepatah, yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan. Tiada kenangan yg tidak ada pengajaran.
Hmm..bercakap tentang 'Hari Ini'..present..setiap perkara yg sedang berlaku dalam hidup seseorang selalunya merupakan rutin harian. Setiap kita dah boleh mengagak apa yg sedang berlaku. Tapi, ada juga perkara 'Hari Ini' yg kita tak jangkakan. Bila sesuatu yg di luar jangkaan berlaku, akan memberi impak kepada sesiapa yg sedang menghadapinya. Sama ada besar atau kecil impak tu, bergantung kepada cara penerimaan setiap individu.
Esok..??? Perkara yg tak pernah ada kepastian. Yg benar-benar pasti ialah bila kita bangun dari tidur dan lakukan rutin harian macam biasa. Mesti semua orang lalui perkara yg sama ni..sebelum tidur mesti terfikir dulu, apa nak buat esok..apa akan jadi esok..kalau benda yg kita plan tak akan terjadi esok, apa mesti kita lakukan..??
Bila hari silih berganti, usia akan makin bertambah. Mesti kita selalu dengar, bila seseorang tu dah mencapai usia err..contohnya 50 tahun ke..60 tahun ke..akan ada suara-suara yg berkata, "wahh..panjang umur kau ye.." Tapi, sebenarnya, bila difikirkan balik..usia yg makin meningkat tu bukanlah panjang umur. Umur tu makin pendek. Hmm..kalau kita ditakdirkan untuk hidup selama 60 tahun, makin bertambah usia kita, makin pendeklah umur kita sebenarnya. Huh..bercakap pasal umur pula. Aku pun tahun depan dah 3 dekad hidup di atas muka bumi ni. Hampir 3 dekad diberi peluang untuk berbakti dan menjalankan tanggungjawab serta amanah yg Allah dah tentukan untuk aku. Tak tahulah amalan aku selama ni cukup tak untuk aku bawa menghadap Yang Maha Esa kelak. Wallahu'alam...

Saturday, 2 July 2011

KLSE become LATAR - Launching Day!!

Note : Blog ni patutnya ditulis pada 23 June 2011 yang lalu. Tapi, banyak sangat hal sampai tak sempat nak tulis (",)

23 June 2011, Plaza Tol Taman Rimba Templer - Perasmian pembukaan LATAR Expressway telah dilakukan dengan penuh meriah oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Beliau juga memaklumkan, mulai dari tarikh pembukaan sehingga 31 Ogos 2011, laluan akan dibuka secara percuma untuk semua pengguna lebuhraya ini.

Mudajaya Corporation Bhd, selaku kontraktor yang bertanggungjawab untuk membina lebuhraya ini, akhirnya mampu menarik nafas lega selepas pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi sepanjang kerja-kerja pembinaan dijalankan. Dan aku yang menjadi sebahagian dari kakitangan Mudajaya yang turut sama bertanggungjawab dalam projek ni, turut berbangga kerana akhirnya lebuhraya ni dah boleh digunakan. Rasa bangga dan amat puas hati bila melihat banyak kenderaan yang menggunakan laluan 'percuma' ni..hahaha (",)






Walau apa pun, aku rasa amat bertuah sebab dapat menghadiri majlis sebegini. Rasa penat lelah dan hasil kerja kami, team di Mudajaya, amat berbaloi. Meninggalkan manfaat yang amat besar untuk seluruh rakyat Malaysia, terutamanya pengguna lebuhraya LATAR ni.