Assalammualaikum wbt. Bila bercakap soal skincare ni, aku rasa agak gerun juga. Yelah, masalah kulit muka breakout ni memang dah lama menghantui hidup aku. Haa, kemain!
Aku mula menghadapi masalah kulit muka bila umur dah masuk 14 tahun. Umur tu pula aku baru pertama kalinya datang bulan. Jadi, mungkin disebabkan perubahan hormon, maka kesannya pada kulit muka memang terlihat serta-merta.
Gila tak sedih bila pandang cermin, tengok muka yang bermasalah tu. Aku sampai tahap pernah cuti sekolah selama sebulan, punyalah gerun nak pergi sekolah dengan muka breakout.
Masa tu memang tak pandai nak menjaga kulit muka ni sangat. Jadinya, bila ayah bawa ke satu klinik pakar kulit ni, dan aku hanya dibekalkan dengan sebiji sabun, maka itulah saja rutin penjagaan kulit muka aku. Sadis kan.
Tapi, sabun tu elok. Memang elok. Walaupun kesan penggunaan sabun tu meninggalkan parut-parut hitam pada muka, tapi kulit muka masa tu rasa smooth je. Jangan tanya aku apa nama sabun tu, sebab memang dah lupa. Cerita 24 tahun yang lepas kot. Manalah nak ingat sangat.
Bila sabun tu dah habis, ayah pun dah malas nak bawa aku ke klinik tu lagi. Sebab kebetulan pula kami berpindah. Jadi, lokasi klinik tu agak jauh. Mak pula masa tu memang bersimpati sangatlah dengan aku. Jadi, dia cuba bertanya pada kawan-kawannya. Dan, di situlah bermulanya aku mengamalkan petua tradisional. Yes, tak salah baca, petua tradisional!
Not bad sebenarnya. Dan aku masa tu, memang rajin gila. Setiap hari aku apply petua tu, sampailah parut-parut hitam tu memudar. Petuanya mudah je, kisarkan daun sireh dan bancuh bersama bedak sejuk. Aku amalkan setiap malam sebelum tidur.
Oh, masa tu aku memang tak guna apa-apa pencuci muka. Hanya basuh muka dengan air biasa je. Jadinya, memang takde chemical la atas muka aku masa tu.
Then, bila dah habis sekolah, masa hari pendaftaran di UiTM, kebetulan mak aku sempat berbual dengan mak salah seorang student yang mendaftar juga. So, borak punya borak, mak student tu rekomen produk Safi pada aku. Katanya, krim Safi yang warna hijau tu elok. Berkesan untuk hilangkan parut-parut akibat jerawat pada muka.
Semester pertama ye, memanglah aku naif. Muda sangat masa tu nak fikir pasal produk-produk muka ni. Jadi, nasihat pasal krim Safi tu aku biarkan ia berlalu pergi. Dah masuk semester 2, baru aku tekad nak cuba, tu pun selepas hampir tertekan dengan ejekan-ejekan orang sekeliling pasal muka aku yang berparut tu.
Ya. Aku memang lalui fasa-fasa diejek sebab memiliki kulit muka yang tak cantik. Dari seusia 14 tahun, membawa ke alam universiti. Sedih juga rasa. Masa tu tak faham sangat konsep body-shaming ni kan. So, redha jelah.
6 bulan aku mencuba krim Safi yang berwarna hijau tu untuk dapatkan hasilnya. 6 bulan tu bukan tempoh yang sekejap la untuk orang yang kurang sabar macam aku ni. Nak pula, aku apply sekali je dalam sehari. Memang lambatlah kesannya kan.
Tapi, sebenarnya aku sendiri pun tak perasan perubahan kulit muka aku masa tu. Aku tak perasan parut-parut hitam pada muka memang totally hilang! Mungkin sebab dah terbiasa tak belek muka kat cermin, so dia jadi tak perasan.
Yang best-nya, family aku pun tak perasan. Sebab takde siapa pun yang tegur pasal perubahan kulit muka aku tu. Bila dah masuk semester 3, bila makin ramai kawan-kawan yang tegur, barulah aku perasan yang muka aku dah bebas breakout. Yeay!!
Lega weh! Lega sangat rasa. Memang aku bercinta habis-habisan dengan krim Safi hijau tu. Dialah penyelamat aku. Ya, dengan izin Allah of course. Dah tentu dengan izin dari-NYA.
Lepas tu, ramai pula yang minta rahsia perubahan kulit muka aku. Segan rasanya nak berkongsi. Tapi, aku jujur jelah dengan diorang semua. Takde apa yang disorokkan pun. Bukannya parut ni hilang dengan memetik jari kan. Memang ada usahanya. Kena konsisten je.
Jadi, inilah sedikit sebanyak episod pengenalan kepada rutin skincare aku. Aku sekarang sedang melalui fasa kedua kulit muka breakout. Ya, mimpi ngeri itu berulang kembali! Dan apa yang ingin aku kongsikan selepas ini adalah tentang beberapa produk yang aku dah cuba, hasilnya dan juga akibatnya.
Aku akan update di entri lain ya!
Loves,
Dylla Dalila
No comments:
Post a Comment