Pages

Tuesday, 31 July 2018

Si Kecil Pelengkap Hidup

Assalammualaikum wbt.

Sebelum wujudnya hubungan aku dan suami, si kecil kami ni memang selalu muncul dalam bayangan aku.
Tiap kali menjelang waktu tidur, bayangan kanak-kanak comel pasti muncul dalam kepala.
Aku sampai pernah terdetik nak ambil anak angkat.
Tapi, niat tu tak dipersetujui langsung oleh mak dan ayah. 

"Kakak kahwinlah. Dapat anak sendiri kan lagi seronok.."

Hahahaha. Ayat keramat yang selalunya aku balas dengan jelingan je.
Masa tu, topik kahwin bukanlah satu topik yang sangat menarik.
31 tahun hidup membujang, bebas dengan kehidupan sendiri, tup-tup disuruh kahwin.
Alahai, down sekejap rasanya.

Tak. Aku bukan membenci sunnah Rasulullah S.A.W.
Tidak sama sekali.
Cumanya, dengan peningkatan usia masa tu, aku rasa lebih bahagia habiskan masa dengan mak dan ayah.
No pressure.

Tapi. Allah tu Maha Pengasih. Maha Penyayang.
DIA datangkan jodoh aku dengan keadaan yang tak pernah aku sangka.
Dengan keadaan aku tak terfikir langsung akan menamatkan zaman bujang.
Tempoh perkenalan cuma 4 bulan, dan kami diijabkabulkan sebagai suami dan isteri.
Bercinta lepas kahwin gituuuu..

Sweet ke? 
Boleh la.

Tapi, banyak sangat suka dan duka sebab baru nak kenal hati budi masing-masing kan.
Bergaduh tu tak payah cakaplah.
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Cumanya, kenalah banyak mengalah. Aku ni kalau nak ikut kepala sendiri, maka tamatlah riwayat kesan degil!
Kematangan pun seiring dengan usia kan.
So, takde la nak ikutkan sangat kepala sendiri ni.
Belajar redha dan terima baik buruk seadanya.
Kalau suami boleh terima baik buruk aku, kenapa aku tak boleh.
Alhamdulillah, hubungan yang sejuk-panas ni la yang masih kekal hingga kini.
Syukur.

Kemudian, sekali lagi tanda kebesaran Illahi pada diri aku ni, tanda DIA benar-benar sayangkan aku,
aku disahkan mengandung selepas 3 bulan bernikah.
Allahu, bahagia tak terkata!
Bayangan kanak-kanak yang comel dulu tu sekarang betul-betul muncul dalam rahim.
Tipulah kalau tak teruja kan.

Menghitung waktu tu memang aktivit feveret tau.
Lepas tu bila ada movement dalam perut ni, nikmat dia, Ya Allah, syukur sebab aku diberi peluang untuk merasai.
Bila saat dia hadir, he's totally complete a part of me.

Lahir macam anak Jepun!
Dengan mata sepetnya. Kulit putih kemerah-merahan.
Tak puas rasa bergomol dan cium bau baby.
Masih rindu dengan suasana tu.



p/s : aku sentiasa mendoakan semoga setiap pasangan yang berkahwin akan dikurniakan zuriat oleh-Nya



~ Dylla Abas ~


No comments: