Puasa sunat bulan Syawal atau lebih dikenali dengan nama Puasa 6
Tentu semua dah tahu apakah kelebihan puasa 6 ni kan
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah)
Jadi, aku pun nak rebut juga peluang pahala berganda ni
In shaa Allah
Rugi lepaskan peluang yg Allah S.W.T nak bagi ni kan
Pagi tadi, aku sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di tv9
Kebetulan topik puasa 6 ni termasuk dalam perbincangan
Mengikut kata ustaz tu, ada 3 mazhab tentang puasa 6
1 - Puasa bermula pada 2 Syawal dan berturut-turut hingga hari ke-6 dan diteruskan dengan puasa Qada'
2 - Puasa Qada' terlebih dahulu
Jika puasa Qada' berjumlah 6 hari, dan diteruskan dengan puasa 6, maka jumlahnya menjadi 12 hari
3 - Puasa Qada' di dalam bulan Syawal tetapi mendapat pahala puasa sunat Syawal juga
** selalunya orang kita memang buat macam ni kan **
Pada aku, yg penting adalah puasa Qada'
Sebab ianya wajib (",)
p/s : betulkan aku kalau ada kesilapan pada maklumat di atas...sekadar berkongsi pandangan
~ Dylla Abas ~
No comments:
Post a Comment