Pages

Thursday, 28 August 2014

Alhamdulillah...Selesai Sudah Semuanya


Setelah sekian lama tak berkongsi cerita dengan semua
Tetiba je rasa nak update entri tentang perkembangan terbaru aku
Yg pasti...badan memang tak berkembang la kan

Tanggal 22 Ogos 2014 yg lepas
Umur bertambah setahun lagi
"Happy belated birthday to me!!"
Dan "dihadiahkan" pula dengan seorang lelaki yg bergelar suami
Ye..aku sudah selamat bernikah dengan encik suami pada tarikh yg sama
Sudah bergelar isteri..haish, macam mimpi!
Semuanya berlaku secara tiba-tiba..boleh??
Hahaha

Tempoh perkenalan tu memang tak lama
Tapi...kata orang tua-tua, kalau dah jodoh kan

Apapun, sekarang ni memang dalam proses nak mengenali encik suami
Memandangkan tempoh perkenalan yg tak lama
Dan dia pula jauh kat selatan tu...tak banyak masa nak berkenalan dgn lebih rapat lagi
Tambahan pula kitaorang ni weekend husband-wife
Lagi la masa tu terhad kan

Well, tak nak cerita panjang-lebar
Sebab perasaan ni masih tak menentu lagi
Macam-macam benda yg aku rasa
Moga segala urusan dipermudahkan-Nya



p/s : mekasih pada mak & ayah untuk semuanya...masih tak percaya tanggungjawab ayah dah beralih pada encik suami (",)


~ Dylla Abas ~

No comments: