Pages

Friday, 28 June 2013

Pengisian Ramadhan


Pejam celik pejam celik..dah nak Ramadhan pun
Alhamdulillah..moga dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk menempuh Ramadhan kali ini
Jadi...bagi sesiapa yg masih belum selesai mengqada' puasa...
masih ada masa lagi untuk menghabiskannya (",)

Apapun, untuk Ramadhan kali ini, banyak yg telah aku rancang
Salah satu daripadanya macam biasa la..khatam Quran
Dan moga diberi kekuatan untuk bertarawih penuh sebulan

Tahun ini, aku tak nak jahit baju last minute lagi
Disebabkan takut tak dapat tidur lagi di malam raya...
jadi aku dah siap-siap potong kain yg nak dijahit tu
Memandangkan dah ada mesin jahit...
tahun ini aku tak jahit baju aku sendiri je
Baju mak dan adik bongsu tu pun aku jahitkan juga
Kemain semangat!
Jangan buat sekerat jalan dah la ye Dylla

Ramadhan kali ni, aku teringin nak buat sesuatu
Teringin rasanya nak ikut mana-mana aktiviti sukarela
yg mengagihkan makanan bersahur kepada mereka yg memerlukannya
Walaupun aku dah mendaftar sebagai sukarela di Yayasan Salam
Tapi, belum pernah lagi melibatkan diri dalam aktiviti mereka
 In shaa Allah, tahun ini aku nak join

Sempena Ramadhan kali ni, aku nak bagi sesuatu untuk korang semua
Semua...??? err, maksud semua tu yg berminat jelah ye >_<
Tapi bukan kad raya macam tahun lepas tau
Nanti aku update lain ye..!!


p/s : sedih broadband dah kena blocked..kena pegi bayar lorr (T_T)



~ Dylla Abas ~
 

Tuesday, 25 June 2013

Cinta Pada Dunia

 

Seronok menonton rancangan Tanyalah Ustaz sehari dua ni
Semalam dan arini tajuknya berkaitan dengan cinta
Mesti ramai yg suka bila sebut pasal cinta kan

Disebabkan menonton sambil bersiap-siap nak pergi kerja...
jadi aku kurang fokus sangat
Apa yg menarik perhatian aku ialah bila ustaz menjawab persoalan tentang cintakan dunia

Antara tanda-tanda orang yg cintakan dunia :

1) Bila tiba waktu solat - dia mendengar azan tapi buat endah tak endah...sempat pula online FB dulu atau buat kerja lain terlebih dahulu
Ada orang yg suka melengah-lengahkan waktu solatnya..contohnya, solat Zuhur tu dibawa sekali ke solat Asar...solat di hujung waktu la senang cakap...tak boleh macam ni...Sabda Baginda Rasulullah S.A.W :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) 
2) Bila hendak bersedekah - asyik terfikir "cukup ke duit aku kalau aku sedekah rm50.00 ni..? ahh...sedekah rm1 sudah..janji dapat pahala..."
Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T..jangan takut untuk memberi (bersedekah) kerana pulangannya lebih daripada apa yg telah kita keluarkan...itu janji Allah S.W.T dan janji Allah S.W.T itu pasti. Seperti firman-Nya di dalam Surah al-Hadid ayat 18 yg bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

Ada banyak lagi tanda-tanda lain
Tapi, bagi aku cukup la dua ni sebagai pengajaran yg berguna
Moga aku akan lebih bermuhasabah diri lepas ni
Tak salah kita cintakan dunia
Asalkan kecintaan pada Akhirat itu melebihi segalanya
Wallahu'alam.


p/s : pentingkan tidur dari bagun solat pun dah masuk kategori cintakan dunia tu...astaghfirullahal'adzim



~ Dylla Abas ~

Monday, 24 June 2013

Jerebu oh Jerebu


Rata-rata kini orang bercakap tentang perihal jerebu
Di tempat aku - Cheras - keadaan jerebu agak teruk
Sehingga semalam, IPU di kawasan Cheras dah mencecah 111
Terasa kelamnya pandangan mata
Tekak pun dah mula rasa perit

Kalau dengan IPU yg macam ni pun aku dah rasa tak best
Apatah lagi di tempat-tempat yg IPU nya lebih tinggi
Tentu lebih teruk lagi kan
Ramai yg menyarankan agar kita memakai topeng muka
"Prevention is better than cure"
 Pagi tadi dalam tren pun ramai yg dah mula pakai topeng muka

Aku punya topeng muka mana ntah aku letak
Kena beli lain la nampaknya
Walaupun dengan keadaan berjerebu, rutin harian harus diteruskan
Chaiyokk..!!


p/s : Banyak sekolah dah declare cuti...kot la Universiti pun declare cuti kan best...huhu (>_<)



~ Dylla Abas ~

Friday, 14 June 2013

Bila Azeem Rindukan Makngahnya


3 hari yg lepas aku dapat panggilan daripada anak buah aku, Azeem
Tengah sibuk melayan berita, tetiba je handphone berbunyi
Bila tengok nama dia kat skrin, aku dah sengih-sengih dah

Azeem : Makngah buat apa tu...?

Makngah : Tengah tengok tv...kenapa Azeem call makngah ni...?

Azeem : Makngah ni tak rindu kat Azeem ke...?

Makngah : Lorr..baru je jumpa Azeem hari tu...nak rindu buat apa...?
(dengan niat sengaja menyakat)

Azeem : Azeem rindu la kat makngah...bila makngah nak datang rumah Azeem lagi..?
(nada suara dia dah start mendayu-dayu masa ni...pelik pula aku)

Makngah : Iye ke Azeem rindu kat makngah ni...? Acu kan ada...

Azeem : Acu tu asyik cakap telefon je...dia mana nak kawan dengan Azeem..boring la Acu tu makngah...
(mengadu domba tentang perangai Acunya...hahahaha..)

Makngah : Okay...Azeem kira tiga hari, nanti makngah datang ye

Azeem : Kira tiga hari...?? Okay...1..2..3...takde pun makngah datang...

Makngah : ?????????????

Azeem...Azeem...kelakar la kau ni
Kalau ye pun rindu sangat kat makngah...tak payah la nak tipu kira macam tu
So..malam ni terpaksa la aku datang Puchong
Nak jumpa budak kecik yg rindu sangat kat aku tu (>_<)


p/s : macam lama gile aku menyepikan diri kan? kan? kan?



~ Dylla Abas ~

Tuesday, 4 June 2013

Baru Setengah Tahun


 2013 dah meninggalkan kita hampir setengah tahun
Jadi, dalam tempoh setengah tahun...apa yg dah kita capai...?
Apa yg dah kita buat dalam hidup...?
Apakah azam kita dah terlaksana....?

Bagi diri aku, banyak benda yg belum terlaksana lagi
Apa yg aku dah buat selama hampir setengah tahun ni pun belum cukup membanggakan
Cuma tahun ni...aku rasa aku behave sikit la
Lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni
Eh...??? Masuk lif tekan sendiri nampak!!

Hee..tak la..tak berniat nak puji diri sendiri pun
Cuma terasa ada kebaikan dalam diri
Dan kebaikan tu lebih baik dari kebaikan sebelum ni
Pasti korang pun sama kan
Contoh nya...yg paling ketara dari segi penampilan la
** penampilan yg baik boleh dikira kebaikan ke...??? **
Aku terasa yg aku dah semakin sopan...huhu (^_^)
Alhamdulillah...dah boleh menutup aurat dengan lebih sempurna walaupun belum sepenuhnya
** chaiyok Dylla...you can do it!! **

Yg paling utama, aku dah boleh buang sifat dendam dalam diri
Walau rasa marah macam mana sekalipun, aku mampu untuk memaafkan
dengan sepenuh hati
dengan seikhlas hati
Lepas tu move on...takde nak ungkit-ungkit lagi
Takde rasa dendam mahupun iri hati
Kan baik macam tu...?
Hahahaahaha (",)


p/s : moga-moga kebaikan ini akan terus istiqamah...amin



~ Dylla Abas ~

Monday, 3 June 2013

Kami Dah Ada Bos Baru


 Pagi ni masuk ofis lewat 4 minit
Gara-gara main "tarik tali" dengan bantal dan selimut pagi tadi..huhu (^_^)
Apapun, memang tak berniat nak masuk lewat
Cuma hari ni perjalanan dari rumah abang di Puchong
Jadi,  tak sempat nak kejar tren yg awal sikit

Okay..cukup pasal hal masuk kerja lewat tu
Sekarang nak cerita tentang bos baru
Ye...kitaorang dah dapat bos baru!
Lepas Bursar (En.Azrell) resign bulan Nov 2012, keadaan agak huru-hara
Kitaorang kat Finance Department ni paling terkesan la
Mengharapkan Finance Manager yg freshie tu...macam tak boleh nak diharapkan sangat
Masing-masing kena sangat independant
Sedih rasanya bila takde bos yg boleh back-up kitaorang

Sekarang, hari ni...3 June 2013...bos baru yg menggantikan tempat En.Azrell dah masuk
Tu...tengah dengar briefing dari Finance Manager
Oh, dengarnya bos a.k.a Bursar baru ni mixblood
Aku tak perasan pula muka dia macam mix ke apa ke
Yg pasti...dia memang speaking jelah dari tadi!
Uish...pasni kitaorang semua memang dok speaking jelah ek...oh, my english (>_<)


p/s : all the best to our new Bursar



~ Dylla Abas ~

Sunday, 2 June 2013

Cerianya Hidup Dengan Anak Kecil

D

Entri ni memang berkisar tentang dua orang anak buah aku
Azeem dan Adam
Seorang anak abang dan seorang lagi anak adik aku
Anak aku...?? Coming soon...huhu (^_^)

Bila tengok gelagat dan kerenah diorang ni...rasa tenang je
Walaupun suasana terasa meriah sangat..tapi ada rasa bahagia kat situ
Tak mampu nak sembunyikan senyum dan tawa dengan keletah diorang
Ceria hidup dapat tengok diorang ketawa dan bermain bersama




Kadang-kadang aku terfikir juga
Apalah salahnya budak-budak kecil yg didera...??
Ada yg didera sampai mati!!!
Apalah dosa diorang agaknya...??
Aku kalau tengok anak-anak kecil mesti, mesti ada rasa suka
Nak kata aku ni sukakan sangat budak-budak tu...tak la
Anak buah sendiri aku layan la
Kalau anak orang lain aku tak tahu sangat nak layan macam mana
Tak kisah la pasal tu
Apap yg aku nak tekankan kat sini...
bila aku tengok anak-anak kecil ni...
memang tak kan rasa sampai hati la nak mendera diorang
Nak jentik pun dah rasa lain macam
** walaupun kadang-kadang aku jentik je telinga si Azeem tu bila dia degil...huhu **

Jadi, bila ada berita kes penderaan kanak-kanak atau bayi ni
Hanya 1 je yg terdetik dalam hati aku ni
TAKDE HATI PERUT
Anak-anak yg masih suci dan tak berdosa tu pun nak didera
Sedihnya rasa :(



p/s : baru-baru terbaca berita tentang bayi yg ditemui masih hidup dalam saluran najis..na'uzubillah...jauhkanlah kami dari sifat sedemikian dan lindungilah anak-anak kecil yg tak berdosa ni...amin..




~ Dylla Abas ~

Saturday, 1 June 2013

Kisah Si Mesin Jahit


Dah lama tak update blog malam-malam macam ni kan
Sambil-sambil makan...sambil-sambil online..sambil-sambil update
Al-kisahnya, semalam aku ke rumah abang yg terletak di Puchong
Gigih juga ke sana sebab mak dan adik aku dari Kemaman tu ada
Satunya sebab memang nak jumpa anak buah yg lagi sorang tulah
Satu lagi sebabnya si mesin jahit tu haa...teruja!

Sampai-sampai je umah abang, soalan pertama aku pasal mesin jahit
Haa..nampak keterujaan di situ..??
Tapi, sebelum sempat mencapai mesin jahit tu...
aku dah diserbu oleh anak adik aku
Lama juga la tak jumpa dia
So...peluk-peluk kejap...cium-cium kejap...dah habis lepas rindu semua...
baru aku teruskan balik agenda yg tertunda tu




Taraaaa...ini la dia mesin jahitnya
Model : Singer 6180
Ni je yg termampu nak beli buat masa ni
Nanti bila dah jadi tailor...eh..?? hahaha
Nanti bila dah jadi tailor..boleh la beli yg lain pula (",)
Yg bestnya, kakak dan adik ipar aku pun teruja juga
Masing-masing dok sibuk-sibuk nak tengok aku rasmikan mesin jahit tu
Hehehe...kelakar pula rasanya bila semua orang teruja
Padahal mesin jahit je pun!




Antara contoh jahitan yg aku dah test
Untuk model 6180 ni..ada 80 jenis jahitan!
Kalau tak cukup juga tak tahu nak cakap la kan
Jadi, lepas ni...aktiviti menjahit aku akan menjadi lebih efisyen..huhu (^_^)


p/s : ada kawan ofis yg suruh belajar jahit baju melayu...wah, kena belajar ni!!



~ Dylla Abas ~