Pages

Tuesday, 10 January 2012

Mengenali Lelaki Psiko

Bercinta dengan lelaki psiko...?? Aduhai...kesian! Percintaan korang mesti sentiasa diselubungi misteri kan. Sanggup ke korang nak teruskan hubungan sebegitu sedangkan korang tahu apa akibatnya..?? Okay...jom kita kenali dulu ciri-ciri lelaki psiko.

1. Tidak menunjukkan sikap sebenar
Kebanyakan lelaki psiko tidak akan menunjukkan sikap sebenarnya di awal perkenalan. Mereka akan berhabis daya untuk menjadi teman lelaki yg paling mengambil berat dan memahami. Dan bila korang dah terpedaya dengan sikap 'baik'nya itu, barulah diorang menunjukkan belang.

2. Manis mulut
Lelaki psiko memang bersikap manis mulut. Apa saja yg diungkapkannya, bak kata pepatah, lembut gigi dari lidah! Diorang ni memang akan sentiasa bermanis mulut untuk memikat hati korang. Setiap tutur katanya bukanlah lahir dari hati. Jadi, berhati-hati dengan lelaki jenis ini. Selidik dahulu latar belakangnya sebelum mempercayai setiap butir bicaranya.

3. Pandai berlakon
Best actor in the world!!! Lelaki psiko kebanyakannya memiliki dua personaliti. Diorang boleh berubah menjadi individu yg sangat penyayang kepada seseorang yg amat agresif. Kalau korang dah nampak tanda-tanda begini, berhati-hati la. Jangan ikutkan sangat perasaan sayang kalau diri sendiri yg merana.

4. Setiap pergaduhan membawa kecederaan
Hah...ini lagi satu sikap yg tak boleh nak dimaafkan! Walaupun setelah lama berkawan, tapi sikap cemburu buta dan tidak mempercayai korang sentiasa menjadi punca pergaduhan. Dan pergaduhan tu pula pasti akan mencederakan korang. Lelaki jenis apa macam ni..?? Lelaki yg memukul perempuan ni dayus namanya. Sepatutnya lelaki harus melindungi perempuan. Bukan mencederakannya.

Jadi, 4 ciri-ciri lelaki psiko ini boleh kenalpasti dengan jelas. Kalau korang dah nampak ciri-ciri ni, tak perlu nak fikir panjang dah kot. Tinggalkan je. Semua orang mengimpikan hubungan yg bahagia kan. Tiada siapa pun yg mahukan sengsara. Cuma, Allah saja yg berhak memilih untuk menentukan siapakah di antara hamba-Nya yg terpilih untuk diuji. Jangan pula kita berputus asa. Terima ujian itu dengan redha. Selebihnya, berserahlah kepada Allah. DIA Maha Mengetahui.

p/s : sebab aku blogger wanita, jadi topik ni aku buat khusus untuk wanita la ye (",)

26 comments:

  1. baik xpayah bercinta je kalo dpt mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  2. tuan hamba ditag di sini

    http://3nogr33ny.blogspot.com/2012/01/segmen-siapakah-nama-saya.html

    ReplyDelete
  3. hehehe betul tu.. tp ada juga yg buta cinta... lelaki tu buat mcm2 pun masih setia kononnya syg sgtlah tue.. alahai.. mmg kesianlah pada wanita yg tak sedar ni...

    ReplyDelete
  4. adakah BK tergolong??

    arap2 tak....insyaAllah....

    ReplyDelete
  5. eeeii scary..sy x suka la laki panas baran..sbb sy pun cpt panas haha..

    ReplyDelete
  6. ahahaha..

    insya Allah, saya tak tergolong dalam kumpulan lelaki spesis tu.. Insya Allah amin.. ehehe

    ReplyDelete
  7. adik Dylla, tadi kan masa saya BW sana sini, saya terjumpa gak blog yang namanya 'La Mia Storia'...

    nanti saya bagi link blog tu ye.... (",)

    ReplyDelete
  8. hurm dapat lelaki macam tu memang menyakitkan hati...

    hurm maaf baru sempat buat lawatan... apa khabar?..:)

    ReplyDelete
  9. @3no gr33ny : betul kan..susah betul nak menghadap org psiko ni..hehe :p

    ReplyDelete
  10. @3no gr33ny : alamak..kena tag juga...ok2..tunggu ye nanti sy buat :)

    ReplyDelete
  11. @QueeN TerataI : kadang2 si wanita sampai tak sedar dirinya diperlakukan sebab alasan syg kan..

    ReplyDelete
  12. @Si BuDaK KaChAk : harap2 tak t'golong ye..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  13. @Eera Shera ; selalunya kalau lelaki panas baran mesti pasangannya jenis yg sabar dan begitulah sebaliknya..wallahu'alam :)

    ReplyDelete
  14. @Gen2Merah : jgn m'golongkan diri dlm golongan ni ye cikgu..kesian kat bakal pasangan cikgu nanti..hehe :p

    eh, ada ye blogger yg blog nya sama nama dgn blog sy..?? best2..nanti jgn lupa bagi link nya kat sy ye..

    ReplyDelete
  15. @PeRmAtA bIrU : alhamdulillah sihat je..macam biasa..hehe :)

    puteri sibuk ye..?? tapi aritu sempat la BW kt blog puteri..so sekarang tgh tunggu your novel to be published (",)

    ReplyDelete
  16. salam kenal...tq ye sbb syer..
    hhahahhaha..nak tgk laki intan jenis ape.. ;)

    ReplyDelete
  17. selamat pagi adik dylla.. ini link La Mia Storia yang saya maksudkan.. heee

    http://mamsder.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. owhh, sngat tak suke lelaki yang berkata2 manis.

    ReplyDelete
  19. @intan_blur : hehe..sila2..jgn nnt intan pula yg disangka psiko dgn laki intan tu :)

    ReplyDelete
  20. @Gen2Merah : cikgu...sy dah tengok...alamak..memang sama la..dah la blog dia kaler kelabu juga..oh, my twin!! hehehe...

    p/s : thanks!!

    ReplyDelete
  21. @diana : betul tu..sebab tu kita tak boleh sayang orang lebih2 kan..tambah lagi orang tu bukan ada kena mengena dengan diri kita..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  22. haaa..ex-bf MK psiko giler.. stupid!!

    ReplyDelete
  23. AAII..NAK BERBOHONG GANER LAA..YANG KITA NII CINTAKAN AWAK...HAHHAHAHHAHA
    GAGAGAA!!!

    ReplyDelete
  24. @mizzkechique : hehe...xpe2..dh jd ex kan..? moga2 lepas ni MK akan dpt yg lebih baik dr yg sebelumnya ok..amin :)

    ReplyDelete