Pages

Tuesday, 27 November 2012

Anak, Mak dan Ayah

Google
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
 Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
 Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
 Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
 Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
 Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
 Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
 Bila kita menagis tanda lapar,mak berlari bagai hilang kaki.
 Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
 Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
 Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.


Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah...peringatan yg baik buat diri aku juga (",)
p/s : credit to Aie Putih



~ Dylla Abas ~

18 comments:

  1. very gd sharing !

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dylla...memang sedih kalau jadi mcm ni kan...:)

    ReplyDelete
  3. tiba2 bergenang airmata.. dlm masa yg sama doa moga ank2 akn ingat segala jasa parent temasuk ank akak

    ReplyDelete
  4. tiba2 saya teringat dengan wajah arwah ayah saya... nice sharing adik Dylla (",)

    ReplyDelete
  5. bila dah jadi ibu dan ayah...baru tahu rasa sebenarnya....bagus untuk peringatan semua

    ReplyDelete
  6. rindu plak kat ibu & ayah kat kg...

    ReplyDelete
  7. akan buat yg terbaik utk mak ayah. =)

    ReplyDelete
  8. nice. sebak. baru lepas tinggi suara kat mak semalam :'(

    ReplyDelete
  9. @maszull : w'salam mama...sy baca b'ulang kali pun rasa sebak juga :(

    ReplyDelete
  10. @IntaNBerliaN : insyaa Allah..moga kita semua akan jd anak yg lebih menghargai ibubapa kita semua :)

    ReplyDelete
  11. @Gen2Merah : lama tak nampak abang kat sini >_<

    ReplyDelete
  12. @shedameor : insyaa Allah...masih ada kesempatan utk memohon maaf kan :)

    ReplyDelete