Pages

Tuesday, 10 July 2012

Perlu Ke Nak Menyindir

Assalammualaikum W.B.T

Pagi-pagi nak cakap topik menyindir. Apa kes..?? Hee..sebab ada kes la aku nak cerita ni. Sebenarnya, kalau ikutkan tahap umur aku, kes macam ni memang small the matter je. Tapi, sebab dah kena tempias-tempias sikit, jadi aku terasa la nak berkongsi dengan korang semua.

Al-kisahnya, bila ada orang yg tak puas hati dengan kita atau rasa sakit hati dengan kita atau tak boleh tengok kita lebih sikit daripada dia, mesti akan keluar kata-kata sindiran atau cacian dari mulut dia kan...? Begitulah yg selalunya berlaku. Dan begitulah yg berlaku kat aku 2-3 menjak ni.

By the way...aku tak ambil hati pun. Sebab, kata-kata tu tak ditujukan secara langsung kat aku. Cuma bila kawan-kawan di sekeliling yg terkena, dan aku rapat pula dengan diorang....sedikit sebanyak aku terasa la juga kan. Tapi, perlu ke nak menyindir...?

Kawan-kawan, kalau ada rasa tak puas hati ke apa ke, apa salahnya kita berdepan dan cakap elok-elok. Tak baik la menyindir orang macam ni. Tulis semua rasa tak puas hati dalam FB. Semua orang boleh baca kot. Status-status dalam FB yg kita update hari-hari tu sebenarnya menunjukkan diri kita. Malu la sikit bila orang beranggapan tak elok tentang diri kita hanya melalui penulisan kita. Tak perlu kot nak buka pekung di dada.

Apapun, muhasabah diri la. Kalau kita terasa orang tu yg bersalah, tegurlah dia secara berhemah. Kalau kita rasa kita yg salah ** posibility untuk mengakui kesilapan diri itu agak mustahil la kan ** tak perlu nak malukan orang lain dengan berkata yg bukan-bukan.

Memang betul, jaga hati sendiri dulu sebelum jaga hati orang lain. Tapi, Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Tiada kebaikan bagi orang yg berpuasa di siang hari dan solat di tengah malam jika dia menyakiti hati jirannya dan tempat selayak baginya adalah neraka jahanam." Konsep jiran tu adalah kawan-kawan di sekeliling la kan. Jadi, jaga hati sendiri dan dalam masa yg sama cuba elakkan daripada menyakiti hati orang lain. Wallahu'alam.


p/s : tak suka sebenarnya nak menghadap manusia yg suka menyindir ni, tapi malas nak ambil pusing


Photobucket

22 comments:

  1. haha....betul....kadang2 kita tak sedar...kita suka meluahkan rasa d fb......sebab nanti akan ada orang caring yang memujuk kita...=D

    tp still.....tak matang la cam tu kan...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dylla...memang betul tu manusia yg suka menyindir ni susah juga kita nak mendekatinya ...lebih baik jauh kn diri...:)

    ReplyDelete
  3. jauhkan diri dari terjebak secara langsung dengan kaki sindir...biasanya orang yang suka menyindir ni ada je yang tak kena dengan mata dia..

    ReplyDelete
  4. klu akak mmg ckp direct je..

    ReplyDelete
  5. kdg2 perlu juga sindiran ini tp selepas kita menasihati dan berterus terang pada org tersebut tentang sesuatu kesalahannya. tp biarlah sindiran itu jgn smp memalukan seseorg itu. Sindiran secara berdepan adalah lbh baik bak kata ustazah siti nurbahyah di semanis kurma isteri2 sindirlah suami anda dgn cara yg berhemah.. jgn smp suami anda terasa hati dgn sindiran kita dan itu dah jd satu dosa. kalau dpt kaki sindir yang x kira tempat dan masa tu mmg perlu dielakkan dan dijauhkan.

    ReplyDelete
  6. a'aa betoi tu... ckp je dpn2 kan.. :-)

    ReplyDelete
  7. sindir bertempat utk kebaikan boleh diterimalah tapi sindir untk menjatuhkan tu mmg x bolhe blah bgi saya!

    ReplyDelete
  8. nice sharing... =)

    ReplyDelete
  9. Betul! Kalau ada benda yang tak puas hati bawak2lah berbincang cara elok.. Tak perlula nak menyindir2 & sakitkan hati orang macam tu.. MM pun cukup tak suka dengan spesies orang cani..

    ReplyDelete
  10. hamba paling tidak suka akan sindiran..orang yang suka menyindir biasanya jenis xjaga perasaan orang dan perasan bagus..

    ReplyDelete
  11. @nini : attention seeker yg selalu buat macam tu kan..? hee :p

    ReplyDelete
  12. @maszull : w'salam mama, memang tak berapa senang dengan orang macam ni..menyakitkan hati

    ReplyDelete
  13. @Aien Alien : hmm..betul..buat baik kena sindir..buat tak baik apatah lagi..

    ReplyDelete
  14. @MizzTina : lebih baik macam tu dari menyindir kan

    ReplyDelete
  15. @QueeN TerataI : hmm...setuju..sindiran2 manja ni takpe la lagi..tapi kalau sindiran yg memang menyakitkan hati, tak payah la buat kot

    ReplyDelete
  16. @IntaNBerliaN : tulah...tak ramai yg suka ckp depan2...lebih suka menyindir je

    ReplyDelete
  17. @Misz Mieza : kat mana2 pun ada je spesis mcm ni MM..yg sedihnya bangsa kita sendiri..hmm, tak faham!

    ReplyDelete
  18. @3no gr33ny : lagi 1...orang macam ni selalu rasa diri dia je betul..

    ReplyDelete